Followers

Tuesday, 26 July 2011

Jimmy oh Jimmy....

leya | 09:54 |
Cerai atau kekal


APA KATA NURSUHAILA

* SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia.

* Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.

* Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami.

* Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

* Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.

* Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil.

* Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan. (mlm perkahwinan dok umah diam2 la pandai..)

* Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil.

* Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.

* Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.

APA KATA JIMMY

* SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

* Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

* Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

* Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

* Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

* Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

* Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

* Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

* Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

* Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.

p/s ~ mcm2 btol la dorg ni...sini kte sane, sane kte sini...dua2 pn ade bt silap msg2 so try la communicate n discuss elok2..gi jmpe kaunseling mntak pndapat n nasihat ke (cehh mcm bgus lak aku..) emm dorg ni bercinta ke x ni sblm kawen? xknla xtau prangai msg2 kot..? Wallahualam..


12 comments:

deeya said...

artis ! ta kuase nak memikirkannye . diri sendiri pun belum menemui cinta sejati lagi . kih3 !

Cahaya Fajar said...

mcm2 lah diorng ni....sume nk slh kn satu sama lain.ish9..

leya said...

deeya: hahaha..ha nk cri pastikan knal dlm luar psngan tu ye..;p

Cahaya Fajar: tau xpe kn..time kawen dlu nmpk cm ok je, lps dh kwen bru nk ngungkit itu ini..xphm btol

penaberduri said...

pabila kite bernikah, maka kite telah berjanji kpda Allah utk menjaga sesebuah ikatan itu krana Allah, ramai yg dtg saat kte bernikah, ramai yg doakan kebhagian kte, tp apabila kte bercerai, kte harus bertanggungjawab dgn doa yg telah didoakan. apakah kte tidak malu kpda Allah? atau kte hanya berkahwin atas dasar nafsu semata? wahai umat manusia, carilah ilmu, carilah iman, carilah Allah, carilah Nabi Muhammad S.A.W, sampai bila-bila pun, kamu tidak akan sesat, selamanya. itu janji Allah. jgn menyalahkan org lain, tp tanya janji kte pd Allah, ape yg telah kte lakukan. Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat. takutlah kpda Allah, malukah kpda Allah.

SimplySeoul said...

la ini cerita sebenarnya...Jimmy punya statement masa baca dekat beautifulnara hari tu bukan main sedih lagi. Aku pun simpati dengan dia. Tapi like usual there's always two sides of story.

aDda said...

tu lah dia bila kehidupan sbelum ni pnuh kbebasan bila dah kawin nak ikut lg prangai lama suami mana yg nak tahan ...kan...kan...

leya said...

penaberduri: suke sttment anda..bile bace trus rse kesadaran dlm diri ni..kte sume ni alpa ngn khidupan tnpa mmikirkan balasan Allah...

SimplySeoul: tau xpe aku bce sttment jimmy pn rse sayu n trharu je..tp bile bini die dh bkk cte disebalik hal sbenar cmni la jdinya..kte yg bce jdi konpius dh..

aDda: btol tu..ade lak mlm prkhwinan dok p kuar lgi ngn kwn2..agk2 la kn..jge la batas2 sbgai istri lps kwen..

raider150 said...

apa dah jadi buat malu kaum adam jer nie......apa hal back to islam apa punca sebenarnya ( agama kita islam )

leya said...

jgn kte kaum adam, kaum hawa pn malu sme gk..dua2 pn ade bt silap dlm hal jimmy nie...cume bile ade sifat ego n xnk brtolak ansur maka inilah jdinya..Wallahualam

PORUMAN said...

ni sbbnye aku x kawen2 lg samp skrg.. tkt kalo da ade istri,, tgn kanan nak pkul die plak!!!!

leya said...

cmtu plak...so crila psngan btol2 ye...kaji lifestyle n prangai msg2 esk dh kwen sng..kne byk kn la ilmu rumah tngga ni ye..hehe ;p

raider150 said...

apa2 back to 0 .betul org kata cakap nie senang bila betul berlaku hanya tuhan jer yg tahu...ingat hidup nie hanya sementara jer..lepas nie dok dlm kubur seorg jer...semasa berteman jaga ler elok..nie nasihat utk diri saya sendiri jugak...jgn marah pulak..ya..