Followers

Wednesday, 21 January 2015

Instant Shawl ala-ala Neelofa

leya | 17:32 |
Assalamualaikum...

Hai korang...ada siape2 penggemar Instant Shawl? Sekarang tengah trend kot nak pakai and bergaya cantik mcm Neelofa giteww...
Kat sini ada beberapa design instant shawl ala neelofa..material plak ada cotton, lycra, cotton with awning, chiffon etc...
Let's take a look....
p/s : saya tak jual Naelofarhijab yee...

Instant Cotton Shawl
- RM 27/pc (SM) RM 30/pc (SS)
Instant Cotton Shawl II (Tebal)
- RM 35/pc
 
  Instant Lycra Shawl 2 Muka
- RM 27/pc (SM) RM 32/pc (SS)
 
Instant Cotton Shawl with Soft Awning
- RM 30/pc (SM) RM 35/pc (SS)
 
  
Instant Shawl Magic Chiffon
- RM 20/pc
 
 Instant Cotton Pleats
RM 40/pc (SM) RM 43 (SS)
Instant Cotton Printed
RM 30/pc (SM) RM 35/pc (SS)
Instant Natasya
(Half printed Chiffon with Cotton Awning)
RM 40/pc (SM) RM 43/pc (SS)
 
 
 Yg berminat boleh tinggalan comment anda untuk available stock or directly sms/WA/Telegram ke:
019-2312858 (ms.lia)
~boleh visit ig sy jgak lialicious_shop utk promosi baru.
~sy juga menerima tempahan menjahit instant shawl cotton (pre-order), kain sy carikan dan anda hanya perlu inform color apa yg anda mahu (1-20 pcs)

Marilah bersama membantu perniagaan sesama saudara islam...InsyaAllah perbuatan baik akan dibalas baik..Wallahualam


Nama Panggilan

leya | 01:36 |
Assalamualaikum...
Entry pertama di tahun baru hehe ;)
 
Mesti semua orang ada nama panggilan, samaran mahupun nama manja giteww kan??
Entry kali ni pasal tetiba teringat kat jiran2 lama masa duduk kat Seksyen 18 Shah Alam kat flat PKNS tu (ohhh memory nyeee sob sob...). Lama kot aku n family duduk situ since aku lahir sampai umur 23 (sekarang dah tua)...
Wokey2 aku nak citer pasal nama panggilan or mungkin nama samaran kami jiran2 di flat blok 12 tersebut. Kadang2 bila ingat balik mcm kelakar pulak nama sebenar lain nama panggilan lain...masalahnye lain bebenor...hehe
Dimulakan dengan Pakcik kat tingkat 2 tu nama panggilan dia Pakcik Usop, so ingatkan nama standard la kan untuk Yusof. Tapi nama sebenar beliau Sakarani. Erkkk lain bukan? We all takde idea langsung mcamane boleh dapat nama Usop tu haha...Okay tu ayah ni anaknye pulak...dok panggil selalu dengan nama Iwan tapi nama sebenar dia Khairul hehe...masa kecik2 dulu main sama2 takde la plak terdetik nak tanya nama sebenar seperti yg tertera dalam surat beranak ke kan...
Wokey kite beralih ke tingkat 3 plak...nama panggilan dia pun Iwan jugak sama dengan yg jiran tingkat 2 tadi...tapi nama sebenar dia Hafizan hehe...tengah top agaknye kot nama Iwan time tu..kalau nak bercakap or mentioned pasal diorang just stated as Iwan tingkat 2 or Iwan tingkat 3 hehe...another thing nama ayah dia pun Usop jugak tapi Alhamdulillah itu nama sebenar dia (Yusof) hehe..
Wokey seterusnye ke tingkat 4 plak (family aku...!). Ni kakak2 aku la ni. Nama panggilan kakak aku yg sulong Ita, nama sebenar Nordaiyana hahaha. Mak aku cakap mula2 nak bagi nama kakak aku tu Anita tapi last2 kasi nama lain plak..tapi masalahnye mcamne plak boleh tersebar nama xjadi tu ke pelosok flat blok 12 tu? hahaha adoii kelako2. Kakak no2 aku plak nama panggilan dia Emy tapi nama sebenar dia Nastrah hahaha...(garuk2 kepala)..
Kadang2 bila dah terbiasa dengan nama2 panggilan ni sampai terlupa or tak tahu langsung nama sebenar kan...macam Iwan yg tingkat 3 tu aku tahu nama sebenar dia pun melalui majalah sekolah sebab dia pengawas. Kalau x sampai kesudah tak tahu hahaha..
Tapi nama2 panggilan ni memang memory n kenangan sangat2 sebab bila terjumpa semula (sebab masing2 ada yg berpindah n dah kawen), kita akan panggil balik dengan nama panggilan lama tu kan.
Lagipun nama panggilan tu pun popular kat jiran2 situ je la..kawan2 diorang mungkin panggil dengan nama betul. Nasib baik aku takde nama panggilan yg lain dari bunyi nama sebenar hehehe...
Korang2 ada ke nama panggilan yg lain ni?
 
Wokeyy that's it for today...xoxo