Followers

Friday, 30 December 2011

Eskelator gergasi

leya | 13:01 |

Di kawasan pedalaman Colombia, sebuah eskelator gergasi telah dibina bagi kemudahan 12,000 orang penduduk di kawasan tersebut yg merupakan kawasan kedua termiskin di negara itu. Ianya dibina bagi menolong penduduk disini yg perlu menaiki kawasan bukit setinggi kira-kira bangunan 28 tingkat (uuii dasyattt..). Dengan adanya eskelator ini, penduduk disini boleh turun ke pekan dengan hanya dalam masa 5-6minit sahaja berbanding sebelum ini yang memakan masa hampir 35minit (turun bukit cara manual..pkai kaki daaa..). Eskelator ni depecahkan kepada 6 seksyen supaya penduduk dari setiap bahagian dari kampung boleh menaiki eskelator dengan senang. Jom usha gambar eskelator tersebut..:



kemain santai kome berdua ye...


uiii dasyat dorang ni kat celah bedah atas bukit mane tah boleh gak buat penempatan gak ek...tapi ada 1 kemusykilan kat kepala ni...benda alah ni kan ke pakai elektrik kan?? nampak kat gambar memang tak ada bumbung kan? then kalau hujan, petir, ribut dan seangkatan dengannya macam mana?? tak ke merbahayakan nyawa dan keselamatan gak tu?? ishhh..

Thursday, 29 December 2011

Fakta Bangang...

leya | 16:06 |

@ Aurat dan urat adalah dua benda yg berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yg mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah  kawasan.

@ Kuih tat enak dimakan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya cuba kira..satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

@ Kondominium tidak ada kene mengene dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

@ Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kene cabai, cubalah cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

@ Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yg makan duit rakyat mendapat sanjungan.

@ Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa Kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?".

@ Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

@ Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

@ Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi Pop Yeh Yeh L.Ramli mungkin pernah dapat Lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat Lesen A sebab tak ada.

@ Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.
 (Mesej berunsur dakwah. Sila insaf)


Thursday, 15 December 2011

Sayang kereta basuh basuhkan...

leya | 16:27 |
Ntah kenapala anak dara sorang dibelenggu kemalasan yg teramat sangat...bawak kehulu kehilir je tau tapi jaganya xtau pun...yg tau bila masa nak ke pam stesyen utk isi minyak..hal-hal lain emmm hampeh..
Ni la kete bibah kesayangan hamba ni kemain pemalas btol nak basuhkan beliau..merata-rata najis burung sana sini pun tak diendahkan..ape kejadahnya kemalasan ku ini?? sampai ayah pun tegur "tak ada niat ke nak membasuh bibah ekau ni ha?" perghh 'niat'? hehehe btol2 mendalam maksudnya tu..pernah sekali sampai ayah sendiri yg tolong bersihkan segala najis burung yg tanpa segan silu membuang ke atas bibahku..takut lama-lama jadi berkarat kete ko katenye...dalam hati memang selalu pasang niat yg setiap ujung minggu akan basuh bibah nie...tapi dari minggu ke minggu sampai dah nak masuk bulan baru pun tak jugak dibasuhnya bibah tu...hanya sekadar lap-lap je..tu baru bahagian luar belum masuk bab kt dalam kete g..hahaha..memang kalo tengok karpet alas kaki tu memang la byk habuk batu2 kecik sume tu..memang malas btol nak kibas-kibaskan alas kaki tu bagi buang habuk sampah sume adoiyaii...kadang-kadang agak segan + malu gak la kalo kawan2 or member opis yg tumpang naik skali..mesti dorang ckp mcm2 punye la...huh tu la puncanya pun dari diri sendiri gak kan..sape suruh pemalas yg amat...okla2 mulai saat ni ataupun emm start tahun depan la ek (kira azam tahun baru gak tu) akan ku rajinkan diriku ini untuk membasuh dan membersihkan kete bibah kesayangan hamba tersebut...kesayangan 1 family gak tu almaklum tomey hahaha...


p/s ~ nak anginkan tayar pun malas gak ni camne??

Friday, 9 December 2011

~Mat Rempit Sempit

leya | 12:25 |
Diserang dan disamun oleh bukan sorang,bukan 2orang mahupun 3orang tapi 10orang Mat Rempit amatlah menakutkan dan merisaukan...dorang ni memang dah tak ade keje..tu je la keje yg mampu dorang buat merempit buang masa pastu merompak menyamun tak tentu pasal..memang what the frog dorang nie...tak tau dah nak kate ape..macam tuuuuttttttt....kt jalan raya kemain berlagak press motor kuat2 konon nak bgtau yg die tu mat rempit sejati..ade aku kesah! pastu dorang ni kalo dengan geng boleh la berlagak konon bagus dah merempit ramai2,ragut sana,samun sini..cuba bt sorang2 tengok? 10 lawan 1 memang la dorang menang..bukan menang lagi dah memang berjaya success btol tu..cuba bt kje merempit,merompak,meragut,menyamun sume sorang2..boleh? dahla kurang wangi,kurang ilmu,kurang akal pendek  kate memang serba kekurangan la dorang sume nie..hidup nak menyusahkan orang je..tak fikir ke perasaan orang lain? kalo ye pun fikirla perasaan family dorang terutama mak bapak dorang..tak ke kecewa + sedih kalau tau perangai n kegiatan tak bermoral dan tak berperi kemanusian anak2 dorang ni...mat2 rempit ni pun menyamun ramai2 sebab nak kaburkan mate si mangsa..bila dah ramai sangat kite pun jadi mcm blur mana 1 or mcmana nak buat report kt polis..kalo 1,2 motor boleh kan nak amik no plat moto ke atau nak cam gaya sememeh dorang tu..tapi kalo dah sampai 10org ape bole buat...cuma harapla kt dorang ni janganla cederakan mangsa2 yg dorang samun tu karang berganda2 plak dosa kalau si mangsa tu meninggal..
mintak dijauhkan dari disamun atau terserempak dgn mat2 rempit lahabau nie..amin..^^


p/s~ camane la nak hapuskan mat rempit nie? nak sumpit dorang sekor2 bole?

Monday, 5 December 2011

Chill yawww...

leya | 12:00 |
Mari kenali Pak Pandir....

erk..ni popeye

* Dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* Dia fax surat dengan stem diatasnya.

* Cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* Cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* Study hard untuk ujian darah.

* Tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* Fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* Vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* Mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

Wednesday, 30 November 2011

Anak Datuk rupenya...

leya | 14:37 |

Hari tu tgk NONA kt tv3 ari ahad tu ada segmen lelaki dan artisnya Johan Asaari aka BOTAK...lepas dah abeskan cite pasal life die, die perkenalkan kt mak die, Datin bla bla bla....uwaaaa anak Datuk rupanya mamat ni ekkk...barula ku tau selama ni...nampak dia sangat low profile kan mcm stok budak2 hingusan dari kampung jek oppsss...hehe..memang datang dari family yg low profile la kot tengok mak die pun biasa2 je mcm mak2 kite gak...tapi okla kn low profile cmtu baru sejuk hati tengok...

Barula faham sebab apenya si Johan ni menjadi rebutan 2orang wanita jelita lagi gedik iaitu Fasha Sandha dan Izreen Azminda...yg Izreen tu okla lagi sebab dorang pun same2 baru + same2 berlakon dalam Juvana kan...tapi yg si Fasha tu ape hal plak kan..memangla sama2 berlakon Cinta Elyssa tu tpi nak menggedik sangat dgn Johan tu..mula2 memang pelik tengok kemesraan dorang berdua mcm pasangan kekasih kan...tapi ni firasat Leya je la mungkin Fasha memilih atau lebih tepat lagi menggedik ngn Johan ni sebab die anak Datuk..Wallahualam la kn...mane tak nye gosip cinta pompuan tu nak dengan yg golongan ada2 je mana ada dgn org kebanyakan kan? dgn Jejai la pastu ada Datuk muda tu pastu dgn Qabil yg main kuda tu...


Mula2 ada gak terfikir pasal apa yg dua2 pompuan tu berebutkan Johan yg nampak innocent + nampak suci je muka die tu kan..mungkin la antara sebabnya pasal dia anak Datuk kan...hehe..Wallahualam ^^

Thursday, 24 November 2011

Tak pasal pasal....

leya | 12:43 |
Kisahnya hari sabtu yg lepas Leya pegi ke majlis kawen kawan skolah dlu kt dewan..so haruslah kt luar dewan kiri kanan jalan penuh sesak dgn kenderaan yg parking kan...kiranya 1 lane je la kenderaan yg boleh lalu, maka perlulah ada kesedaran civik + amalan bertolak ansur sesama pemandu dikala menempuh keadaan yg sukar mcm tu..

Nak dijadikan cite mase nak balik dari majlis bertembungla dgn kereta dari arah bertentangan..kiri kanan ada kereta, depan ada kereta, belakang pn ada kereta gk tggu turn nak jalan...means Leya dah stuck kt tengah2 kawasan sesak tu..kereta depan Leya dah berjaya menyelit kt tepi sebab ada space memang ngam untuk die...so nak tak nak Leya bagi lampu tinggi kt kereta bertentangan tu dan suruh die reverse sebab belakang die tak ada kereta dan ada space utk menyelit...tak nampak plak hamba Allah kt dalam kereta tu sebab cermin tinted...lepas dia reverse skit kereta depan Leya tadi pun bole kluar dan selamat dia mnempuh keadaan sesak tu...then Leya punya turn lak masuk kt space kereta depan tadi tu kan sebab nak bagi kereta bertentangan tu lalu...dengan tidak semena-mena nya kerete tu lepas lalu sebelah Leya die menjerit sekuat hati 'BODOHHHH...!!!' kt Leya..! what the....???!!! Ya Allah agak sentap kejap la kt situ sebab tak memasal LELAKI tu boleh menjerit cm orang gila kat PEREMPUAN?? tertekan sangat ke sebab perempuan bagi lampu tinggi n suruh die mengundur?? heloo aku bukan suruh ko reverse sesuka hati untuk kepentingan aku sorang je ok! kiri kanan aku kereta, blakang aku kereta gak ko cuba bgtau aku camane cara nya aku nk bergerak?? memang tak pakai otak btol mamat tuh! tak GENTLEMAN langsung ok jerit2 kt perempuan mcm orang gila?!


Nasib baik Leya tak pandang langsung muka mamat bedebah tu sebab tgh sebok meng'adjust' kereta nak bagi laluan kt dia (lagipun mmg dah dapat agak dah dari cara dia reverse tu die tengah dlm keadaan tak puas hati sebab tu tak nak pandang dia)...mak Leya kt sebelah la cite, muka mamat tu byk jerawat tak hensem n muka memang tengah menahan marah! memang Leya xpaham btol la ngan die dan sebab musabab yg dia nak naik angin sampai mcm tu skali...kalo ye pun tak puas hati, buat muka je la atau kasi hon skali...xperlu la ko nak menghambur perkataan yg bukan2 mcm tu, menjerit tak tentu pasal kt perempuan plak tu...kalo nak ikutkan kesentapan hati ni, memang sampai hari ni still terasa lagi ni..mana tak nya agak kuat la die jerit 'BODOH' tu...for sure orang sekeliling boleh dengar dengan jelas...hari tu memang 1hari mnyumpah kt dia biar dia dapat balasan dari Allah sebab menghambur kata hinaan kt kaum hawa yg lemah ni..Allah maha adil...^^

Friday, 18 November 2011

Tambah PAHALA ke tambah DOSA..?

leya | 12:15 |
Macam ni punya orang pun ade ke? Seorang lelaki mendakwa memakai 'Susuk Kuat Sembahyang' di tubuh badannya dengan niat untuk mendalami ilmu agama dan beribadat. Katenya setiap kali dengar bunyi Azan, tubuhnya akan merasa panas dan akan ada satu suara berbisik ke telinganya menyuruhnya sembahyang. Dia pakai susuk ni dari kenalannya yg memperkenalkan dia kt sorang ustaz dri Kelantan. haii laki pun ada intention nak pakai susuk ke? whatever susuk it is, dah name susuk surely + confirmly HARAM dalam agama islam kan...nak beribadat dan mendalami ilmu agama tu dah bagus dah tapi why must used all this kind of @#$%^ terms ni? Tak sangka masih ada yg berfikiran jahil dan kolot macam tu sampai sanggup mengetepikan hukum Allah dan memesongkan akidah.

KESAL...Zaki kesal dengan perbuatannya.
suspek


Dengar azan je badan dah menggelupur panas? Hint ape sampai mcm tu? Patutnya dengar azan hati rasa senang + tenteram. Dan dengan hati dan jiwa yg ikhlas kita menunaikan solat, tak payah sampai nak kena ada suara aneh berbisik kt telinga suruh solat ke (suara mak bebel suruh solat tu tak pe..heee). Dah nama pun susuk kan so mesti ada pantang larang nya.. di awal 3bulan pemakaian benda alah ni dia tak boleh pegi ke tanah perkuburan, kalau tak dia akan mendapat penyakit misteri yg sukar utk diubati (tak ada masalah cari masalah la pulak..)..Lelaki ni pun dah kesal dan mnyesal dengan apa yg dia dah buat tu..bagusla gitu kan sebelum terjadi apa2 yg tak diingini, tak cukup dgn tu dapat dosa free2 je...bila2 mase je Allah boleh balas so janganla ada intention sikit pun nak buat benda2 yg memang surely ditegah dan dilarang dalam agama islam ye..(dah mcm ustazah la pulok...ha sesuaila hari jumaat kan heee)..okla tu saje..more details pegila selak paper Harian Metro tu ok..front page kot...Selamat Hari Jumaat dan Selamat Beramal...salam

Wednesday, 16 November 2011

Renew lesen ikut tarikh lahir

leya | 13:51 |

Ok kawan-kawan mulai isnin ni segala lesen memandu kamu orang yg ada boleh la ditukarkan tarikh renew nya kepada tarikh kamu orang dilahirkan pendek cite befday kamu orang le...mana yg baru renew kan lesen tu selagi dlm tempoh 12-18bulan dari tarikh lahir ke tarikh perlaksanaan atau sebaliknya,kerajaan akan support yurannya maknanya FREE le...so takde la lagi istilah lupe nak g barukan lesen tu..tapi mungkin ada gak la yg sesaje tak nak barukan lesen dorang sebab malas, lupa dan ada gak yg berfikiran 'alaaa xjadi pape pun kalo tak renew lesen ni..'. tapi malang kadang2 tak berbau..hari ni ko cakap esok gak polis saman korang bukan kire waktu dan tempat pun...(ape aku merepek ni..?)

Image Detail
sape pnye lesen tah memandai curi ambik...

Emm agak2 lepas kerajaan dah suruh tukar tarikh barukan lesen ni ade lagi tak yg masih terlupa atau buat2 lupa tarikh nak barukan lesen sendiri tu? Manela tau kot gembira sangat nak sambut befday punya pasal sampai terlupa kt lesen sndiri tersadai kt dalam wallet tu kan...? Hahaha masing2 punya hal la..tepuk dada tanya selera....ok chow dadaaaaa ^^


Monday, 14 November 2011

kite plak yg terkena..

leya | 13:33 |
Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u n mane evo u ?
GF :
!@#$%^&*
 
Image Detail
 
p/s~ kite nasihat kite lak yg terkena ek..hehehe..mcm2 hal ^^
 

Friday, 11 November 2011

Giveaway-koleksi-resepi-nannie

leya | 17:28 |

Di petang jumaat berbahagia ni time tengah bosan xde keje, melawat blog Kak Nannie kt SINI. Kebetulan ada GA plak so apa lagi sesaje try nak join skali nampak cm menarik...selalu gak singah menyinggah blog Kak Nannie ni sebab ada banyak sangat resipi yg sedap + best2...pernah jgak try 2,3,4 resipi beliau antaranya Cupcake chocolate,Muffin,Apam blueberry n Macaroni cheese...baru je lepas buat entry pasal apam blueberry tu tapi ditambah dengan polka kasi meriah skit...
Ni plak cupcake coklat yg Leya try buat aritu...


Memang sedap hingga menjilat jari..thank to Resipi Kak Nannie untuk resipi2 hidangan yg enak2 belaka..lepas ni nak try kek or hidangan2 yg berat2 plak...okla tu aje dadaaaaa ^^


Thursday, 10 November 2011

Aku, Apam dan dot dot dot....

leya | 14:25 |
Tajuk filem terbaru ke atau drama bersiri terbaru ke? oh tidak, hanya tajuk entry dalam blog ni saja..
Malam tadila dengan berbekalkan kudrat yg ada bersama kerajinan dan kesungguhan maka terbuatlah sebuah kuih yg menjadi kegilaan manusia abad ini untuk membuat dan mendapatkannya...mempersembahkan apam polka dotttttt.....!!! kecoh btol ek? adunan apam ni memang sgt la senang cuma campurkan semua dan putar sampai sebati...yg susahnya time nak letak kt cuppies yg kecik tu dan men'dot dot' kan ia...huhh memang menguji kesabaran btol...almaklumla bkn profesional, pakai je la alatan ape yg ada kt dapur tu janji berasap...ada 4 step diperlukan untuk menyiapkan apam ni pertama; letak adunan 3/4 penuh, kedua; letakkan filling bluberry, ketiga; tutupkan atau penuhkan cuppies tdi dgn adunan, keempat; polka dot kan adunan tadi...sakit jgakla pinggang ku ini...mcm org gila jgakla berulang alik ke tmpat kukus tu sebab tak dapat nak siapkan banyak2 so mana yg dah siap dikukuskan dulu...dalam 10-15minit benda alah ni dah masak dah dan boleh disumbat ke mulut...nyam nyam nyam boleh thn la rase cam apam...dulu penah buat sekali time raya tapi dot dia tu salah bajet skit ala2 pemalas rupanya..nk tgk entrynya klik SINI..so xnak cite panjang inilah hasilnya...taraaaaaaa


dot dot pink bersama ijau menjadi pinkjau...


p/s ~ sronok buat benda2 alah ni hehe..aritu buat cupcake,pastu apam polka dot, next time nk try buat kek pula ye..nantikan....daaaaa ^^

Wednesday, 9 November 2011

Soffiya....

leya | 16:53 |

Drama bersiri Soffiya ni abes dah pun semalam..sape yg mengikuti cite nie? apa pendapatan korang, ok tak ending die? Kabir Bhatia ni slalu buat ending yg kadang2 diluar jangkaan penonton termasuk Leya...cite ni at 1st ramai gk penonton yg kecam sebab di awal cerita berlaku konflik kekeluargaan dimana ayah merogol anak kandungnya sendiri dan isterinya juga diseksa, lepas tu si anak bertindak ganas dengan membunuh ayahnya...dan bermulalah kehidupan baru si Soffiya ni seorang diri sebatang kara...ingatkan ending dia Soffiya akan kembali bercinta dengan Illyas lps Kamal ceraikan dia, tapi sebaliknya Soffiya teruskan membina keluarga bahagia bersama Kamal dan anak yg bakal dilahirkan..okla jgak not bad sebab kesian gk dengan Kamal yg tnggal sorang2 lepas anak dia Fiona kene bunuh kan..dahla kaki dia dah kene potong..yg best part nya bila anak Fiona tu sebenarnya memang btol anak kandung Illyas so agak sedih dan terkilan gak la kt situ sebab dapat tahu pun lepas Fiona dan meninggal..kalau tak maybe dorang bole hidup bahagia sebab Fiona pun dah menyesal n bertaubat kan...agak sadis gak la cara Fiona meninggal kan sebab terbunuh dengan tak sengaja dahla tengah mengandung...hehe apa2 je la nama pun berlakon kan...so ptg ni nanti ada citer baru plak, ramai gk pelakon2 nya..yg penting ada abg sayangku Ady Putra...yeayyy
okla tu je..have a blast wednesday daaaaa...^^


Tuesday, 8 November 2011

~ Kisah Burung....

leya | 13:49 |

Haaahhhh malas btol kan nak keje arini yerla dah cuti direct 3hari kan...keje je la demi sesenduk nasik kan...
semalam la mak Leya gi kluar ke tempat menjual barangan hiasan rumah dan membeli sebuah sarang burung buatan sendiri..gantung kan dia kt lampu car porch kt luar tu (yerla tak kan nk gantung kt toilet lak ek)..burung tu akan bertindak balas dengan sesuatu bunyi di sekelilingnya lalu mengeluarkan bunyi sendiri (bunyi burung berkicau la tak kan bunyi rimau lak kan)...tepuk je tangan mesti dia berkicau punyela..
kebetulan Leya tgh batuk2 skrang ni so asal batuk je trus dia berbunyi..yg peliknya time bunyi enjin kete tak de la plak die berbunyi..musykil kejap..

Image Detail
sekadar gambar hiasan


nak dijadikan citer malam tadi kan tengah bersantai2 menonton tv di ruang tamu tetibe je si burung kt luar tu berbunyi pdahal xde pun bunyi2 sebelumnya atau disebaliknya yg membolehkan dia bertindak balas...jeng jeng jeng..seram tak seram?? ade la dalam 2x gak la dia berkicau kicauan tanpa sebab...naik hairan + seram dibuatknya...nak kate ayah balik xde plak, nak kate ade jiran2 kluar msuk ke sidai kain ke pun xde jugak...hai burung kau main2 ye...Leya yg memang penakut ni mula la terbayang yg bukan2...muka dah cuak...makanya untuk mengelakkan sebarang bunyi bunyian yg diluar jangkaan, kakak Leya dah off kan battery yg ada kt sangkar burung tu so dia dah tak akan berbunyi lagi lepas nie...time burung tu berbunyi waktu siang memang happening la skit kan nampak cm suasana desa gitu tapi time berbunyi malam2 tu agak seram skit la kan bukan skit dah boleh naik jugakla bulu roma ni..nak2 kalo bunyi tanpa sebab kan...ishh burung burung...


Friday, 4 November 2011

Lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...

leya | 11:07 |
Image Detail


Pasal apa yg tajuk panjang sangat plak tu? selak2 berita di paper Metro hari ini Leya terbaca kisah sorang laki ni yg jumpa seorang bayi kt depan pasaraya tapi sebenarnya diala bapa kepada bayi berkenaan...hmmm cmane plak tu? to cut it short, maybe laki tu kononnya xde kene mngene dengan bayi tu tapi mungkin ada rasa belas kasihan dia membuat laporan akan kejumpaan bayi berkenaan (firasat Leya je..)..tapi akhirnya terkantoi jgak sebab polis pun dalam masa yg sama tengah siasat pasal bayi tu dan mendapati laki tu lah bapa kandung bayi tersebut...antara faktornya ialah melalui hidung..hehe lobang hidung dorang sama agknya..dah name pun anak beranak kan..paling mnguatkan lagi ujian DNA la...memang sah laki tu bapa kandung bayi tu dan dilahirkan oleh teman wanita beliau, seorang pekerja kedai makan. Polis pun dah tahan kedua2 orang malaun tu..mungkin dorang dah plan dari awal untuk membuang bayi tu dan membuat laporan polis tapi idea tu tak berapa nak bijakla mcm pepatah 'sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga'...

* Bukanla nak ckp apa tapi most of them yg terlibat kes buang bayi ni dari golongan yg kurang ilmu dari semua sudut aka tak belajar tinggi sampaikan tak tahu menilai perkara haram dan halal serta kesannya di mase akan dtg...keje pun mostly kt kedai makan dan pasaraya...dorang dgn dunia dorang je..24jam berkepit dengan laki dorang (dah kawen tapi blom nikah)..sebab tu mana ada mase nak tgk tv, nk dgr radio, atau baca paper pasal kes2 serupa dorang buat tu..tu yg makin berleluasa je kes mcm ni..kesian ngn bayi tu, dorang pun tak minta nak dilahirkan oleh mak ayah yg berperangai mcm sampah..dorang pun tak nak dilabel sebagai anak diluar nikah...siapa yg nak dipersalahkan dalam hal semacam ni? mak ayah? keadaan sekeliling? lu pikirlah sendiri tepuk dada tanya selera..Wallahualam...^^

Wednesday, 2 November 2011

~ Birthday Batch ~

leya | 17:01 |
Last monday was a very memorable moment in my life..cewahh skeping london tgh2 ujan sejuk cmnie...
Mesti pelik pasal apa hari Isnin? bukan sabtu mahupun ahad..sebab weeknd aritu aku ade aktiviti lain bersama family,kisahnya akan menyusul die entry akan datang ok? maka hari isnin aritu hari cuti kami sekeluarga...dengan itu dipilih juga ari cuti tersebut utk bersama2 insan terchenta..digagahkan jua badan ini walaupun sedikit keletihan dgn aktiviti di ujung mnggu sebelumnya demi insan yg tersayang ehem2...
ok ape hari isnin xde orang sesak sgt sbb suma bekerja kan...as u all knows last week adalah befday ku jadi makanya ingin celebrate..tp bukanla dgn party bgai or kek ke belon bgai..just spending a day with someone special in my life...isnt that sweet? hehehe...kami menonton wayang, berjalan2, bersiar2, makan dan minum...


~ befday girl aka princess...lalala

kesayangan....peace

~kami lunch di Wendys...~

then tea break at old town...

name pun celebrate befday kan maka inilah habuannya...mempersembahkan...!


big pink teddy bear! muahhh muahhh kt dia! akak shuke nok!

thousand million thanks to my beloved for the present and also for the whole moment that day...really appreciate it and hope to have that moment again again and again...hihihi (gedik ek? sory le..hoho)

emmm tu je la ok bai...^^

Friday, 28 October 2011

~Terima Kasih...~

leya | 14:10 |

Edisi : Orang Berbudi Kita Berbahasa....

Image Detail

Terima kasih...sama-sama...Thank You...U're welcome,most welcome...mekaceh..maceh...xie xie ...
hehe ok dalam 1 hari brapa byk kali agaknya kita ucapkan perkataan ni semua? ke tak ucap langsung? tak terucap? lupa nak ucap? depends on situation la kan tak kan tetiba lak nak wish terima kasih kt org tanpa sebab kn....kadang-kadang kita lupa dan terlepas pandang akan ucapan 'terima kasih' tu yg tanpa kita sedar boleh membuatkan si penerima ucapan tu merasa dihargai dan dihormati walau dalam keadaan mcmana sekali pun...ada setengah2 orang plak jenis memilih bulu utk mengeluarkan ucapan 'terima kasih' tu...terfikir gak dlm kpala otak pasal apa yg susah nak ucapkan terima kasih tu bukannya susah pun..bukan kena bayar pun kan..
Antara tempat yg kita jarang atau terlepas pandang utk mengucapkan terima kasih..:

1) Tol gate person- dalam 1 hari agak2 bape byk kali dorang dok hulur tangan nak bg tiket, nak amik duit tol n pulangkan balance duit? beratus n beribu kali gak la kan? dan bape byk kali la agaknya dorng menerima ucapan terima kasih dari pengunjung2 tol tu?

2) Pam minyak- kan kadang2 ada pekerja yg tolong kita isikan minyak dlm mulut tangki kete kite kan? dan ada jugak yg tolong bt service lain mcm lap kan cermin kete,anginkan tayar kete kan? ada ucap terima kasih tak kt dorang? tak kirala bangla ke indon ke yg penting mereka dah membantu kita dan menjalankan tugas dgn baik...tp kadang2 kita lupa nk ucapkannya kn?

3) Penjual tepi jalan- contoh utama penjual pisang goreng dan seangkatan dgn nya...dah amik mkanan n bayar duit trus blah cmtu je kan...yerla dah dpt goreng pisang panas la katekan..

tu antara contoh terdekat..mungkin ade byk lgi kot kan...bukannya apa kadang2 ucapan 'terima kasih' sahaja boleh mampu untuk menceriakan hati seseorang...mnela kite tau kan kan?
so senang je 'orang berbudi kita berbahasa' tak kira mcamana gaya dan rupa org tu yg penting mereka dah berikan 'sesuatu' yg telah memudahkan idup dan keje kita...

~TERIMA KASIH~ 

Image Detail


Monday, 24 October 2011

24 Tahun...steadyyyy...!

leya | 11:50 |
Salam Monday blues sume..ape yg steady lak pagi2 nie ye? hehe
Semalam yakni 23Oktober adalah hari lahirku yg ke 24..tua ke? tak kan ok g ek...firstly syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernyawa dan dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang usia ni..terima kasih kepada mak dan abahku krana mereka aku lahir ke dunia ni cewahhh haha...tak yah la ek nak ayat poyo bagai..anyway thanks a lot diucapkan pada mak,abah dan kakak2 tercinta sbb masak2 n beli kek comel utk anak n adik yg comel lagi bergaya nie..tak lupa gk pada kawan2,kawan2 FB dan teristimewa en.boyfie sayer hihik segannn..(blushing) yg dah wish utk bufday girl ni semalam..mekaceh ye kamu org..syg korang ketat2..
emm ucapan utk diri sendiri semoga di usia yg makin meningkat dan dewasa ni diharap dapat berfikir dgn matang, menjadi anak,adik,kawan,teman istimewa yg berguna dan disayangi sepanjang masa, dikurniakan akal yg cerdas serta sihat tubuh badan dan yg penting gembira dan bahagia di samping insan2 tersayang di dunia dan di akhirat together with Allah's bless..Amin...^^

Jom tgk kek ni...




simple but tasty..moist cake..sedap wooo

syg btol nak abeskan...nyam nyammm


ok tu je la..babai ^^

Thursday, 20 October 2011

'Tak perasan ada budak kene langgar'??

leya | 11:49 |

Baru2 ni seperti yg sedia maklum kita dikejutkan dengan kejadian menyayat hati di China, seorang budak perempuan 2tahun dilanggar dan digilis 2buah kenderaan namun tiada siapa yg membantu dia yg sedang kesakitan itu (skema la pulok ekk...)..tapi pagi tadi dgr berita kt radio smbil bersiap ke tmpat keje ckp yg budak tu dah pun meninggal dunia semlm...aduhai nasib dia menemui ajal dalam keadaan sebegitu...dunia mesti mengecam '18 orang' yg lalu lalang yg dikatakan hanya melihat dan membiarkan budak tu kesakitan sorg2...pelik sungguh la kan tak kan la langsung takde rase belas kesian ke simpati ke ape ke kan yela budak umur 2tahun tu...

Most of them ckp yg dorang TAK NAMPAK ada budak sedang terbaring kesakitan dilanggar van kt tgh jalan tu..what the frog la kan bole ckp tak nampak padahal siap toleh lak kan pastu blah cmtu jek...
pastu ade pmpuan yg bwk budak kecik tu ckp dia nampak bdak tu terbaring kt jalan tapi die blah gk sebab anak die tu menangis sbb takut tgk budak yg kene langgar tu..adoii ni lagila what the fish kan..kalau la anak kau tu plak yg ada kt tmpat budak kene langgar tu dan ada lak pmpuan yg biarkan serupa mcm kau buat tu apa perasaan kau? ke takde perasaan sebab lom kene lgi kan? pelik bin ajaib btol la..dlm 18 18 org tu tak kan la takde sorg pun mahluk yg bergelar manusia yg cukup akal dan fikiran yg terdetik atau tersentuh hati nak tolong selamatkan budak kecik yg tak tau ape2 tu?? tetiba rase mnyirap lak darah ni bila dorang ckp dorang tak nampak?? yg parent budak tu pon 1 hal la nape dibiarkan budak kecik tu jalan berkeliaran kt tmpt sempit n kete lalu lalang tu?

Dunia oh dunia...mcm2 btol la perangai manusia zaman skrang nie yg tak bole diterima akal...apa pun RIP utk budak malang tu..Yue Yue namenye...^^


Friday, 14 October 2011

Pantun Aurat Wanita

leya | 14:51 |
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah



gambar sekadar hiasan...(comel tak?)



Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Thursday, 13 October 2011

Realiti sebenar apabila beritahu rahsia pada kawan

leya | 10:54 |


p/s ~ jangan bagitau lain orang tau ni rahsia kite BERDUA je...^^


Tuesday, 11 October 2011

~ what goes around comes around...

leya | 16:24 |
Ape yg goes around comes around nye? tu pepatah omputih, dlm erti kata yg lain 'karma'..penah dengar kan hukum karma? tapi bukan lagu wings tu ye...melalui pemahaman mata kasar maksudnya lebih kurang apa yg penah kite buat pada orang lain akan jadi pada kite juga suatu hari nanti...btol ke? lebih kurang la ek..
tapi apa kisahnya?



Dah jatuh ditimpa tangga nasib si Mamat Sepah ni. Bukan sahaja dibuang ahli kumpulan Sepah yang lain kerana tidak berdisiplin, malah teman wanitanya Fida juga mengesahkan kini dia sudah memutuskan hubungan dengannya.
Namun difahamkan bahawa Mamat kurang berpuas hati dengan cara Fida mengatasi masalah hubungan mereka ini dan membuat keputusan tergesa-gesa memutuskan hubungan tersebut.

Bukanla nak kate ape kan tapi mmg kisah dorang tengah hangat skang ni kan..so secara tak langsung hal peribadi semua habis dibongkar...artis la katekan..kadang2 kalo tersalah mulut boleh memporak peranda kan sesuatu hal atau perhubungan...senang ckp kerana mulut badan binasa la kan...korang pon tau kan kisah si Mamat dgn ex die kan sebelum bercinta dgn Fida nie so xpayahla nak explain pnjang lebar...dan sebab Fida nak putuskan hubungan dengan Mamat ni pun mesti korang dah lebih arif dan tahu...Wallahualam ^^

p/s ~ Takziah kpd keluarga Allahyarham Dato'Ahmad Jais diatas pemergian beliau pagi tadi...penyanyi 50an-60an fevret mak tu huhu...semoga roh dicucuri rahmat..Al-Fatihah

yes...!!! i made it...!

leya | 10:58 |
Salam Selasa semua..
Tajuk jek dah over excited ek? pasal apa? hehehe
saje nak sharing2...sharing is caring kan..
Ari sabtu aritu yakni 08102011 befday akak aku no.2..kebetulan lak ari minggu kan so terdetik la di hati ni nak buat cupcake ke muffin ke or yg seangkatan dengannya...resipi memang aku dah amik awal2 dulu tapi blom berkesempatan membuatnya...resipi dan cara membuat memang teramat senang tinggal kerajinan dan keazaman juga ketekunan kite jek nak buat kan?

So aku decide nk buat cupcake cokolat..terconggeng conggeng trbalik balik aku kt dapur mmbuat benda alah ni (tipu jek)...oleh kerana 1st trying so aku buat separuh je la takut xjadi or xsdap ke kan..
setelah bertungkus lumus maka inilah hasilnya....





hmmm..shedapp wa cakap sama luuu...tp nampak cm muffin jek

ni baby muffin...sbb sikit nau nak letak kt cup yg besa tu hihi...

ade chip cokolat di dalam...hmm yummyyy


Ade 6 ketul je berjaya dihasilkan dlm kursus percubaan ni...hahahah..saje je entry gedik angkat bakul di pagi hari nie hehe..yerla bnda hasil kerja/air tangan sendiri dan berjaya tentu rasa puas lagi gembira bukan?
sonang yo buat muffin ni ekau cubo la yo...yg pasti jgn putus asa...caiyokk! ^^


Wednesday, 5 October 2011

Amanah Saham Aurat Wanita

leya | 11:27 |


                                                                                                                                                                 

Tuesday, 4 October 2011

kerja ikhlas, customer riang, pulangan lumayan

leya | 11:27 |
Masuk jek kedai dah ada mata yg memerhati. Lepas tu salah sorg akan ikut customer kemana jua dia pergi. Ikut jela bontot customer mane pegi sampai naik rimas dibuatnya, tak kasi can langsung nak tengok2, usha2 barang sebab ade orang memerhati.

Bukanla aku nak menghentam promoter2 kedai semua tapi adala caranya yg sesuai utk melayan customer yg berkunjung kan. Asal aku belek2 barang je terus tanya 'Nak size ape?'. okla fine itu memang part of scop keje dorang tapi berpada2 jugak sampai aku naik rimas asik diperhatikan seolah2 berada dalam tahanan. Last2 aku naik fedup aku blah jek terus dr kedai tu. Juz tengok or pantau dari jauh pun dah ok kan then kalo aku or customer lain nak apa2 for sure akan panggil dorang gak so not to worry about that. Vice versa plak by the time aku memerlukan service dorang takde la plak kelibat batang hidung dorang sampai melilau mata dok mencari promoter yg duty.

Lepas dah bgtau size or barang apa yg aku nak, dorang juz belek2 dan directly cakap 'oh dah abesla kak, mane yg ada kt sini je la".. then aku yg tak puas hati pegi la cari sendiri kt belah sana plak...huh ade je saiz yg aku nak banyak lak tu...dia bt keje tak ikhlas ke ape? so ape sebenarnya tujuan dorang dok follow mane customer pegi? takut barang kene curik? ok maybe itu slh satu sebabnya tapi bukan ikut bontot customer please...naik rimas ok...usha dari jauh je sudahla asalkan bole nampak clear apa yg customer tgh buat or cari..

aku bukanla nak condemn promoter2 kt mana2 kedai, juz the way dorang service + intertain customer je yg isunya.. there's nothing wrong dengan scop keje masing2 or jawatan, juz cara or the way you perform and present your work, thats it..mcm aritu aku nak beli basikal kt kedai tikar aka kedai serbaneka yg biasa je, then ada pekerja dia punya layanan mmg tip top i mean the way dia promote + present kan brg yg customer nak,sampaikan aku n akak aku jd cam segan2 sebab budak tu terlebih pandai bab2 menjawab pertanyaan customer. The best part is budak tu boleh cakap cina ye very the fluent gitu sbb owner kedai tu cina so sgtla senang bila berkomunikasi sesama dorang. Kan dah 1 kelebihan tu walaupun appearance budak tu memang mcm indon mcm budak xabes skolah (maaf sekadar berkongsi bukan mengutuk) tapi disebaliknya he such a smart boy n worker..memang cekap dia buat keje sampai rase sronok jek jadi customer dia kejap.

p/s~ again there's nothing wrong dgn type of keje yg kte buat asalkan selesa + halal kan tapi the way kte present kan keje kite tu dgn org or customer...cobbler tepi ceruk tu pun bole jadi kesukaan sebab dia sgt peramah + harga berpatutan, so xheran hari2 memang byk kasut dia dapat utk repair..bless them all...:)

Monday, 3 October 2011

~ 10 tahun tak pakai handphone demi isteri tercinta...

leya | 13:59 |
Salam Monday Blues sume...

Tertarik ngn kisah Datuk Yusoff Haslam ni yg katenye hampir 10 tahun tidak menggunakan handphone kerana tidak mahu diganggu selepas waktu kerja...so kalau sesiapa nak cari dia kenela call pakai phone office atau phone umah...

Tapi baru-baru ni atas nasihat isterinya yg tercinta, dia pun pakaila handphone supaya memudahkan segala urusan...lgipun dia kan org seni, pengarah + penerbit femes lak tu of cos la ramai org nak cari kan...isteri dah belikan handphone blackberry tapi dia nak pakai yg 'cap ayam' je, nombor besar2 katenye...ingatkan produser cm dia ni handphone 3,4 bijik dlm tangan rupenya xde langsung...hihihihik

~Datuk Yussof dan isteri tercinta

Ada gak kisah disebalik kenapa die tak pakai handphone dekat 10thn ni..katenye dulu dia pernah diganggu dgn pelakon wanita popular...asyik mngirim sms + calling2 dia sampaikan pernah berselisih faham dgn isteri nya...dan membuat keputusan untuk tidak menggunakan handphone demi kesetian dan kecintaan terhadap isteri..wahh loving couple walaupun dh usia emas i loikee...

p/s~ korang bole ke idup tanpa handphone ngeee :)

Thursday, 29 September 2011

~ Senangnye kau kene tipu...

leya | 15:39 |
Hanya melalui email dan laman sosial mudah sungguh wanita2 di malaysia ni ditipu. Dengan ayat2 manis dan gambar hensem baekkk punye, dorang dengan mudahnya diperdayakan oleh foreigner2 dri Nigeria la, Africa la, Nepal la, Turkeministan la Setan la dan byk lagi la..baru disuakan dengan gambar2 menarik sikit dah boleh kene tipu apela punye bengap sangat...kalo pakai santau atau pukau ke lain la cite tapi ni kene tipu hanya melalui internet seperti facebook dan tagged...how come?
Foreigner2 ni hanya menggunakan ayat2 manis melalui surat, puisi2 cinta, skrip cinta bagai dan gambar mat salleh mane die cilok tah...diklasifikasikan sebagai penipuan internet..

~ agaknya dorang letak gambar abg pitt ni tak? hihihik

Menurut laporan dan statistik PDRM (dah macam pengacara 999 plak rase..) seramai kurang lebih 774 orang wanita di negara kite ni dilaporkan terkono (hehe maap ayat trlebih sempoi..) dalam tempoh 8 bulan sahaja dan sebanyak RM 24juta berjaya dikaut oleh mat2 foreigner tersebut..banyak tak banyak??

Dorang tu lagi cerdik, mana yg nampak mcm tengah kesepian ke ketandusan kasih sayang ke dorg bantai la ayat2 manis sume kasi cair wanita2 malaysia nie...so dah kemaruk punya pasal ape lagi gi bank in kan je duit2 or harta2 yg ada ke acc si samdol2 lahabau tuh..punye senang dorang dpt duit kan..sehari maunye leh dapat dalam RM 100 cmtu..

p/s ~ dahla dok menumpang kt tempat orang berani lak nak buat kerja tak bertamadun tu ek..dunia dunia..


Wednesday, 28 September 2011

~ Selamat Tinggal Syawal...

leya | 12:04 |
uwaaaa arini dah 30 Syawal tau maka hari terakhirla kite nak berhari raya...kejap sungguh mase berlalu rase mcm baru jek puasa (cewahhh..)..mane2 yg rase masih ade rumah2 kawan atau sedara mahupun jiran tetangga yg belom dikunjungi silalah berbuat demikian sekarang atau sebelom jam 12 tgh mlm karang...
uwaaa sedih tau dah abes raya dahla setahun sekali jek hehehe...mesti time weekend aritu korang semua beraya sakan kan pegi ke open2 house mane yg ade almaklum minggu terakhir Hari Raya..
samela jugak ngan aku...hari Sabtu pegi ke open house ehem2 di Cheras nun bersama ngan akak2 tercinta.. name pon 1st time pegi umah beliau maka kesesatan la kami bertiga...ekceli bukan sesat cuma terlajak jek kedepan so kenela u turn balik...sesat time dah sampai ke kawasan perumahan die sebab terlalu banyak lorong n rumah..Alhamdulillah sampai jgak akhirnya selepas calling2...


~ fiwettt...harus ye bersopan (nak jumpe bakal mak mertua)

Tu siang time malamnye pulak sedare mare sebelah ayah plak datang beraya ke rumah kami...ade le dalam 3,4 kete...kecoh la kejap umah tu dengan pkcik makcik oghang nogori sumo eh..ditambah pula dengan dua org kanak2 riang yg kecoh gamat..baru 2org kalo 10org?? rindu plak dgn kazen kecik sorg tu umur 3thn si Damia....ramah dan bijak budaknya comel sgt..tak boleh dok diam..memang tak sunyi la kalo dok berdua ngn dia...


~ Damia si mak nenek... rindu dia


ok esok plak ari Ahad kami plak pegi beraya ke rumah sedara2 ayah yg datang belah malam tadi tu...kebetulan rumah dorang pun dekat2 jek kt Cheras..rupenya dekatla jugak dgn rumah ehem2 yg pegi o.house sabtu aritu...kalo nak pegi umh dorang time ari2 biasa ni memang tak la kan sbb masing2 pun sebok jek ngn keje dan hal masing2...


~ time balik ade geng2 lambongbini ke perari tah berderet2 siap polis control..(macho la konon..)

Dah sampai rumah malam tu terus plak ke rumah jiran ade buat makan2 skit...maka itula kot rumah terakhir disinggahi utk Hari Raya tahun ni...uwaaaa sedih lak rase...time puasa dulu kemain eksaited ngn juadah berbuka pastu dgn xsabar nak pulang ke kampung berhari raya...bila dah raya kadang2 rase rindu time2 bulan puasa dulu pastu sebok jalan2 beraya rumah sanak saudara, kawan2 dan jiran tetangga..skang ni plak bila raya plak bakal melabuhkan tirai rase sayu jek hati ni...tak sangka btol cepat mase berlalu...isk isk isk..


Friday, 23 September 2011

2 Diana kini bertudung....

leya | 12:35 |
Salam Jumaat semua....

Semenjak 2menjak ni dah ramai gak la artis perempuan kt msia ni yg mula memakai tudung...
Alhamdulillah la Allah dah buka hati diorang utk menutup aurat dan kalau bole biarlah ikhlas..
Yang menarik perhatian diorang menutup habis btol2 aurat diorang dan menjaga penampilan sesuai la kan dengan imej baru tu (xdela mcm sorg artis top tu yg siap dah g umrah berkali2 tapi still pakai selendang nampak jambul n pakai ketat..ahakss..oppsss terkutuk plak!)

Start dgn Irma Hasmie ex Nabil tu pastu Raja Farah (wlaupun still nmpak leher..slow2 katenye..), then yg latest Siti Nordiana dan Diana Amir...jom usha imej terbaru mereka...



~ Siti Nordiana...haa kan lawa gini siap berjubah skali...i loike


~Diana Amir..pun lawa gak mcm Arab daaa

Diana Amir ni cakap beberapa bulan kebelakangan ni dia asyik bermimpi pasal kematian dan Hari Kiamat katenye..dari situlah dia mengambil keputusan utk berubah...skang die nak mendalami ilmu islam dgn lebih mendalam lgi..dia pun ade berjumpa ngn Irma Hasmie n Wardina utk mendapat nasihat n dorongan...Alhamdulillah...xpela slow2 kan yg penting ikhlas berubah kerana Allah S.W.T...

p/s ~ terus jadi minat ngn dorang tau lepas dah tukar imej ni hihihihik

Thursday, 22 September 2011

5 Fesyen yg digemari wanita tapi tidak disukai lelaki

leya | 12:28 |
1) Cermin mata besar- Ramai wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar,mereka akan kelihatan lebih  mewah dan bergaya. Tetapi bagi lelaki, wanita yang gemarkan memakai cermin mata yang besar dan tidak sesuai dengan bentuk muka kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amat penting bagi seseorang wanita untuk memilih saiz dan bentuk cermin mata yang benar-benar sesuai dengan wajah mereka. (spek yg kecik tak rock arr..! hahaha..)

~ bukan saye

2) Bibir yang merah menyala- Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa mereka akan kelihatan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah. Tetapi lelaki tidak sukakan warna yang terlalu terang kerana mereka merasakan seolah-olah sedang bercakap dengan badut. Lelaki lebih sukakan kesederhanaan. Wanita harus lebih peka dalam pemilihan warna lipstick yang bersesuaian dengan kulit mereka. (penah buat time kanak2 jek baru comel tapi time besau ni xde makne le..senyuman yg manis jek dah cukup..cewahhh.!)

3) Bulu mata- Memang tidak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lebih cantik pada pandangan lelaki. Tetapi sekiranya bulu mata palsu yang terlalu panjang dan melentik digunakan, lelaki akan merasakan bulu mata yang dipakai oleh seseorang wanita itu kelihatan seperti bulu penyapu dirumahnya. Wanita dinasihatkan untuk tidak memilih bulu mata yang terlalu panjang. Lelaki lebih sukakan bulu mata yang asli berbanding bulu mata palsu. (alhamdulillah still pkai yg asli ngeee ^^)

4) Selipar/Kasut- Mungkin ada diantara sesetengah wanita lebih suka memakai selipar/kasut berbanding kasut tumit tinggi. Ini adalah kerana ianya lebih selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi. Pelbagai jenis selipar/kasut yang cantik-cantik boleh didapati di pasaran sekarang. Tetapi walau secantik manapun selipar/kasut yang di pakai oleh seseorang wanita, lelaki pasti lebih gemarkan wanita yang memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambahkan keayuan mereka. (yer saye suke pkai selipar baru bole jln lelaju tak gitu? kasut pun pkai jenis palm shoes jek..aku nk pakai high hills? jgn harap!)

5) Pakaian yang terlalu seksi- Seseorang wanita yang memakai pakaian terlalu seksi memang mendapat perhatian daripada lelaki.  Tetapi lelaki akan merasakan wanita yang seksi adalah seseorang yang kurang mendapat perhatian. Dan dengan pemakaian yang seksi mereka mendapat perhatian yang secukupnya. Tambahan lagi untuk lelaki yang bernafsu kuda. Wanita dinasihatkan untuk memakai pemakaian yang lebih tertutup untuk mengelakkan daripada perkara buruk menimpa diri mereka. (pakai baju kurung pun bole nampak seksi tau kalo kene ngn gayanya..tp sbgai muslimah kenela ada batas2 nya ye)


p/s ~ kalau kene pada keadaan,tempat dan masa xjadi msalah pun kalo nak praktikkan asalkan ada batasannya...kn?


Tuesday, 20 September 2011

mak ok jek...

leya | 13:36 |

Mak ok jek...tu la kot si pemandu ni cakap time tersadai sorang2 kt dalam van dia yg sebelah tayar dah termasuk dalam lobang...
haa padan la ko sape suruh tak menyabar sampai lane belah kiri celah mane tah pun ko nak memotong kan.. rasekanla..orang tamak selalu rugi...tamakkan jalan sangat, rugila mase ko time tersadai sorang2 kt situ..
pandaila sangat kn gi lalu kt tempat lecak lopak air tu..ntah ape ade kt belah dalam tah...kan dah terkono..
ko pentingkan diri ko kan gi memotong kt lane kiri kt celah mane sesuka hati, skang org lain pon pentingkan diri dorang xnak tolong ko...lagi2 time hujan..

huh sabo je la dengan perangai manusia zaman skrang ni...

Monday, 19 September 2011

4 Ketidaksempurnaan wanita yg disukai Lelaki

leya | 14:08 |
Setiap wanita didunia ini amat sukakan kecantikan. Apabila mereka merasakan bahawa mereka tidak cantik, pasti keyakinan diri mereka akan berkurang. Tetapi, ramai wanita yang tidak sedar bahawa ketidaksempurnaan mereka akan membuatkan mereka unik dan akan menjadi tarikan lelaki. Seharusnya, wanita tidak harus berasa rendah diri dengan ketidaksempurnaan yang mereka miliki. Ia adalah kerana ketidaksempurnaan mereka adalah perkara yang disukai lelaki.

(1) Berbadan gempal- Kebiasaannya wanita yang berbadan gempal ini akan kurang keyakinan diri. Mereka akan merasakan disebabkan faktor fizikal mereka yang kurang menarik akan menyebabkan mereka tidak disukai lelaki. Tetapi tahukah anda bahawa sebahagian besar lelaki lebih cenderung untuk memilih wanita yang berbadan gempal berbanding daripada yang berbadan kurus. Ini adalah kerana terdapat ramai lelaki yang sememangnya gemar terhadap wanita yang berbadan gempal dan ia merupakan tarikan utama untuk mereka.

(2) Payudara kecil- Adalah suatu perkara yang agak mustahil sekiranya dinyatakan lelaki tidak suka melihat payudara yang besar. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kebanyakan lelaki asia terutamanya, tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Mereka tidak kisah akan saiz payudara pasangan mereka. Selain daripada itu, ada juga sebahagian lelaki menyatakan wanita yang mempunyai payudara yang kecil adalah ciri wanita yang disukai mereka.

(3) Gigi jarang dihadapan- Gigi adalah merupakan aset penting untuk mencantikkan senyuman seseorang. Senyuman yang cantik pula adalah perkara yang sangat penting untuk wanita kerana ia merupakan tarikan utama terhadap mereka. Wanita yang mempunyai gigi jarang dihadapan juga perlu yakin dengan senyuman mereka. Ini kerana gigi anda yang jarang adalah perkara yang disukai lelaki. Bukan semua lelaki sukakan kesempurnaan. Ada juga lelaki yang memegang prinsip bahawa sekiranya fizikal seseorang wanita itu sempurna, ia bermakna tiada keunikan yang membuatkan mereka tertarik kepadanya. (gigi aku jarang kt depan sbb tu snyum kene cover skit hihihihik)

(4) Tahi lalat dibahagian muka- Adakah benar tahi lalat di bahagian muka akan memburukkan lagi wajah anda? Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Keunikan pada anda adalah perkara yang disukai lelaki. Tidak perlu anda berusaha untuk menjalani proses pembuangan tahi lalat kerana ia adalah merupakan tarikan dan identiti utama untuk diri anda. Tiada alasan mengapa anda perlu membuangnya. (tahi lalat kt muka cantik what..manis jek - sbb aku ade 3 tahi lalat kt muke ngeee)


p/s ~ ape pun kecantikan luaran belum tentu dapat menjamin kebahagian...^^

Thursday, 15 September 2011

~ Tak tahan punye pasal....

leya | 14:29 |

Kejadian berlaku hari Sabtu yg lepas kt Kompleks PKNS Shah Alam... tetibe tringat kejadian ni sebab opismate dok cite pasal hal yg sama tapi berlainan isu (camane tu..?)

Kisahnya ialah aku telah termasuk salah TOILET! bukan termasuk lagi dah tapi sudah masuk.. damn btol la! camne aku bole tak perasan mane 1 toilet jantan mane 1 toilet betina ni?? sebab sebelum ni aku memang agak alert untuk masuk ke toilet takut tersalah masuk, sampai 2,3x gak la aku dok usha pintu samaada btol ke tak toilet yg aku masuk ni...

Al-kisah tak tahan menahan tuuttt punye pasal aku telah memecah tradisi (cewahh..) dengan masuk toilet LELAKI...! aku tengok gambar yg letak kt pintu tu macam lebih kurang jek sebab tu la aku bole tersalah masuk (alasan nak cover)
Toilet ni pun jenis hidup segan mati tak mau jek sebab letaknya dihujung ceruk celah bedah nunnn...kire pilihan terakhir la kalo nak singgah masuk situ...hanya ada 2jamban jek kt dlm tuh..masuk jek toilet trus menuju ke pintu jamban (antara sebab aku tak perasan toilet laki)
Toiletnya MASYAALLAH..! kotor yg amat...baunya tak usah cakap la hanya Tuhan jek yg tau...oleh kerana tak menahan punya pasal ku gagahkan jua.. maka start la bebelan si gedik ni semasa proses pembuangan (maafkan ketidaksopanan ayat ini)..masuk jek aku dah membebel cakap sorang2 pasal ketidakpuasan hati aku dengan keadaan toilet tuh....KOTORNYA! BUSUKNYA! eiiiyaaaa..! uwekkkkkk..! antara perkataan yang keluar semasa kejadian...rasenya kt jamban sebelah ada hamba Allah gak kot tengah melakukan aktiviti sama tapi jenis yg berlainan (ooppsssy..!) dan mungkin (bkn mngkin dah memang cnfirm) dia dengar bebelan aku kt sebelah tuh! isshhhhhh malunyaa! dahla salah masuk toilet, membebel plak lagi..
Dah selesai membuang aku sempat toleh ke bahagian sinun...eh ade lelaki? tp nampak dari belakang jek (nasib baik..!) die tgh btulkan zip sluar rasenye (hehehe..gelak jahat sambil tersipu)...aku dah stat rase lain dah..aku yg salah masuk ke dia?? lepas dh kluar sempat jeling kt pintu toilet sebelah..DAMN! aku yg salah masuk! !@#$$%^%^% btol!
Mamat yg tadi pun baru kluar then direct dia cakap "toilet sebelah le.." sambil tersengih..
Aku buat bodo jek sambil borak2 ngan akak aku..hehehe...maluuu dohhhh!
nasib baiklah tak ramai yg mnyinggah toilet tu time tu...keadaan toilet tu tak dapat aku nak gambarkan ngn perkataan sebab terlalu teruk keadaannya...pertama dan terakhirla aku nak masuk toilet tu (kalo wangi dan cantik nak gak singgah lagi hihihihik)

1295842771807044645
~ kalo ade signboard cmnie ok ke? hahaha


Wednesday, 14 September 2011

~ sms ohh sms ~

leya | 14:54 |
Tadi kejap dok singgah menyinggah kat blog sini dan tertarik dgn post ni pasal 5 Dilema yg Dihadapi Pembaca SMS. Sedar tak sedar bole dikatakan setiap hari akan ade SMS cmtu yg kite terima dr kenalan2 kite... apakah ia? jom baca saje nak share ngn kamu orang... hihihik


Kebanyakan pembaca sms menyatakan bahawa mereka akan merasa gembira sekiranya menerima sms hahaha… Ini adalah kerana mereka merasakan si pemberi sms btol2 ikhlas ketawa ke atas jenaka yang mereka cuba sampaikan. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemberi sms mereka amat2 hargai. Bayangkan anda sedang cuba menyampaikan jenaka tetapi tidak mendapat respon yang diharapkan, pasti akan merasa sedih bukan ??. Begitulah juga dengan pembaca sms. Ia juga akan mempengaruhi mentaliti mereka untuk terus berjenaka dengan pemberi sms.
Perkataan hehe pula lebih menunjukkan perwatakan si pemberi sms. Ramai di antara pembaca sms yang setuju bahawa perkataan hehehe lebih menunjukkan perwatakan si pemberi sms yang comel. Pembaca sms juga tidak merasa meluat dengan perkataan ini. Perkataan ini juga amat disenangi oleh pembaca sms. Ianya lebih kepada komunikasi secara mudah tanpa melibatkan perasaan di antara pemberi atau penerima sms.
Untuk perkataan huhuhu pula, kebanyakan pembaca sms merasakan ia lebih bermaksud memerli mereka. Mereka akan merasakan pemberi sms tidak selesa keatas pendapat atau jenaka yang mereka cuba sampaikan. Ia juga akan mempengaruhi mereka untuk lebih berhati-hati apabila mahu memberi apa2 pandangan atau pendapat kepada si pemberi sms. Ini juga berkemungkinan menunjukkan bahawa pembaca dan pemberi sms adalah tidak sealiran.
lalala pula lebih kepada penonjolan perwatakan pemberi sms itu sendiri. Kebanyakan pembaca sms merasakan bahawa si pemberi sms cuba menunjukkan sikap dirinnya yang cool atau sambil lewa terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Pada kebiasaannya mereka akan merasakan sedikit meluat kepada pemberi sms yang cuba menunjuk cool. Tetapi ini tidak menjejaskan mereka untuk terus berkomunikasi kerana pembaca sms tidak terasa hati. Perkataan lalala lebih menjurus kepada syok sendiri pemberi sms daripada melibatkan soal perasaan di antara kedua-dua blah pihak.
Bagi sesetengah pembaca sms perkata hmm…. atau ermmm…. membawa maksud yang sama. Tetapi ada juga di antara pembaca sms menganggap mksud bagi kedua2 perkataan itu adalah berlainan. Bagi sesetengah pembaca sms, perkataan hmmm…. lebih kepada keluhan si pemberi sms.  Mereka merasakan si pemberi sms berkemungkinan mengeluh mengenai topik yang sedang dibincangkan. Perkataan ermmm… pula lebih kepada persetujuan terhadap pandangan atau pendapat yang diberikan. Pembaca sms juga lebih merasakan bahawa perkataan ermmmmm lebih menyenangkan hati mereka daripada perkataan hmmmm…….

~ ha cmne? terjawab ke persoalan yg tak dipersoalkan sgt? hehehe