Followers

Thursday, 30 June 2011

~Jam ku bukan jam mu...

leya | 14:27 |


EDISI: erkk..jam ko ke nih..! yerla jam haku..!

selamat hari khamis kpd sume org dimana jua anda berada...hari ini kte akan mngupas kulit bawang mngenai JAM TANGAN...cer tgk kul bape skang? kalo xde jam mmg ssah le idup seharian kn...

saje je nk cite psl jam tgn aku yg kesian ni...aku beli kt kedai basikal jam kt plaza alam sntral tu..aku beli mse aku Form 1 oke...skrang aku dh.......24 (hishh kne mention gk umur sbenar kt sini..) so suda hmpir kira2 10thn gk usia jam ni brsama aku...ikut je mne2 aku gi slama 10thn nie...naik tngga turun tngga, naik bukit turun bukit, msuk hutan kluar hutan...lame tak lame tu? murah je aku beli jam ni RM 29.90...mahal kn? time skolah dlu rse mahal benau jam ni..kalo pkai g skolah rse cm elegan lagi exclusive je rse diri ni (poyonyeee..).. jgn nganga weh..marilah aku tnjukkan jam aku yg kesian lagi mnyayat hati ni...





kesiannyee...

usang bukan?

isk isk isk...


aku syg btol ngn jam ni wlaupun xbrape nk mnjge sgt beliau...dicmpak2, dihempas2...mmg kesian beliau..
ntah knapa bgitu lme pula hayatnye brsama2 ku....masih elok plak tu cuma nmpk buruk + usang la kn...akak aku pn slalu sruh aku gi tukar jam lain yg baru lagi menawan..tp aku bt bodo je dan trsengih2...dlm ati aku (ske ati aku le jam aku bkn ko yg pkai..aku yg pkai...sebok jek) yg pnting aku ske n bhagia memakainye...ade je jam lain kt umh tu tp saje aku nk pkai yg ni jgak...
stat dri skolah, abes skolah, mnganggur, keje kuli, msuk u, kluar u, gi konvo, gi intrview, dpt kje, pkai gi keje smpai la ni..aku mnaip smbil memakainya..hari2 aku cium die (tipu)...walaupun murah dipandang mata tetapi ckup melengkapkan idup aku...ah pedulik ape org nk ckp...





Wednesday, 29 June 2011

~LIFE without SPACE BAR...

leya | 17:30 |
stressnyerasearinitiba2kejemacambykpastuboslakmasukarinislaludiejarangmasuksebabdiejumpecustomerdie
kejap2diesuruhbuatituinicallorangtuorangninaikfedupakudibuatnyepastubudaksalesdahkeluarjumpecustomer
soakulayangkenehandlecustomerdorgkenecalllagibudak2ktHQplakbarumasuksomasihblur2lagiakulaygnakkene
calldorgslaluutkpastikandorgtakbuatsilapkalotaknantiakujgakygkenetambahlagiplakbosakuniindiasodieckpkat
phoneslalukuat2macamorgtujauhsgtdahlatergagap2jepeningkpaleakunidengardiecakappastuplakkjaptadicina
bengkeltucallakuckpbilenakbayarbalancetukarbateriarituakucakapdahbagiktayahakupastudiecakapblomdapat
bayaranlagiakucallayahakudiecakapdielupenakbayarboleplakcmtuyetaklamelepastuauntyroadtaxplakcallakuckp
bilenakambikroadtaxsebabtamatnyaarinidiecakaplagikatareaopisakunislaluaderoadblockbaikcepatpegiamik
arggggstressnyesemuanyanakjadiariniplakekxpelaAllahnakujitahapkesabaranakukotheheheokladahpkul5.30aku
nakbalikdah................ehh nape mate korg trbeliak cmtuh??





erkkk...jgn mara aaaa (~o~)



wordless wednesday : Jagalah Kebersihan...

leya | 09:25 |



..........................................




Monday, 27 June 2011

~ 11 TIPS............

leya | 13:56 |
agar tidak bosan semasa berada di dalam lif......

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"


p/s ~ ni bgi yg btol2 bosan tahap ape tah bole la cube try test k...SELAMAT MENCUBA..!


hihihihihi

Saturday, 25 June 2011

abes madu sepah tak abes2...

leya | 01:26 |

MAHARAJA LAWAK just end their show just now...waa skeping london kau! so JUARA nya dh tentula sepah sprti tjuk heading entry nih...uwaa abes dh ML ni ye..dh xdela hiburan di mlm sbtu lps nie...
ok lets talk about ML final tdi ni...overall aku nengok xbest mne pn final kali nie...sume pn perform ala kadar je..almaklum sume pn kan dh taraf juara ye tak?
aku hanya mampu mngerutkan dahi & wondering ape yg lawaknye? npe gempak btol stadium Malawati ni bersorak? xdela best mne pn..tak mcm konsert mngguan tu..ade yg smpai lenguh2 urat muke aku ni asik ketawa xhengat pnye...
sume pserta mcm back to basic kn...ah chai, mail lambung, bruno bil, dafi, ustzah nor bahyah, zila bakarin...
yg gempak nye time dafi & zila bakarin muncul time dorg perform...ape pon hopefully dorg lbh sukses lgi lps ni kn...


SEPAH champion...RM 350k tuuu



JOZAN 2nd..RM 250k



NABIL 3rd RM 150k...utk die sorg je k..kayo2


p/s ~ NABIL ni ske langgar timing kalo perform tu...smpai ke final pn cmtu gk...loceng dh bunyi tp die bru nk start nynyi...apa pn xbole..


PEACE YAWWW...!!!



Friday, 24 June 2011

abang la ngapa korg busuk sgt hah..??

leya | 11:00 |

sedang aku berjalan2 dgn lajunya tanpa hala tuju di sebuah pasaraya tiba-tiba sesuatu telah menusuk kedalam lobang lubang hidungku ini...aneh sungguh haruman tersebut..langkahku yg laju tadi telah kuperlahankan dari skala 20km/j kepada 10km/j..haruman tersebut sangat memualkan..aku keliru..haruman apakah itu?? ku pandang kiri ku pandang kanan dan akhirnya ku pandang belakang...ya dua orang lelaki budiman bangla telah berselisih denganku tadi..ahhh kenapa bau mereka begitu? aku tidak mengerti akan ini semua...aku jadi loya seketika...tidak mandi pagikah mereka? baru balik dari bendang kah mereka?
View Image
ko xpayah nk sengih cenggitu...aku xheran pon..!


arghhhhhh...ok back to basic...tgk muke dorg ni pn aku jdi loya + mual la der...aduhh nape dorg pnye bau cenggitu hah? trsangt la busuknye smpai dh x trkata2 dgn perkataan dh ha...nk kate bt keje berat xjugak...contoh mcm pak guard bngla ni, keje die dduk n brsiar2 kt sekitar kwsn mall yg die jge tu je...kalo brpeluh pn xde le smpai nk mngeluarkan haruman semerbak yg haishhh cmne baunye tah..korg pn msti tau kn cmne bau bngla2 ni...even kalo dorg tgh dduk n aku yg lalu dkt die pn bleh trbau kuat pdahal die dduk je tu...
tula dorg kn ske nau mkn bawang..bawang putih especially tu yg mnggalkan kesan bau badan yg degil tuh...bau per ek? hapak + hamis + masam + tengit (eh ade ke bau cmtu?) ahhhh mmg busukla korg..!


p/s ~ minta kerajaan halau bngla2 ni blk australia bngladesh..bikin pncemaran bau jek kt sni..kalo nk gk dok msia kne pkai wangi2, letak bedak byk2 kt muka baru cantik..


Thursday, 23 June 2011

RCW malu 'berguling' ngn SHAHIR

leya | 15:52 |

Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.
Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.
“Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.
“Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu,” selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Gambar Rozita Che Wan dan Shahir

Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.
“Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.
“Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya,” tutur Rozita
Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.


p/s ~ hamboi2 dh brguling2 bagai..malu tp mau kan3...jgn lupe korg yg minat ngn RCW ngn Shahir ni tgk cte dorg MALAM ni...(aku nk tgk time dorg brguling jek..shhhh)


pak pandir & luncai

leya | 12:13 |

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".


Go to fullsize image



Tuesday, 21 June 2011

maksiat bapa & anak

leya | 13:04 |
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.
Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.


p/s ~ pebende ni sume?? mne ahli kluarga dorg yg lain? xknla xprasan yg die dh ade ank brderet2? xpelik ke or xtrtnya2 ke spe laki pmpuan tu? WTF..!!! ni la die msyrakat yg xde civic n xgi skolah..bangang nk mmpus! dua2 B_ _ _H..!!

Monday, 20 June 2011

~ Resume Ah Meng ~

leya | 11:22 |
Name: Ah Meng
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before

Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada Marriage
status: Secret Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy

Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood

Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?





p/s ~ cmnie org pn ada ka?? smpai kesudah le ko xdpt kje apek!




Friday, 17 June 2011

Biri-Biri punye hal...

leya | 12:21 |
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri awk. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"

Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"

Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."


Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."

Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."


Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."

Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."


Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa pacik membezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya??  Padahal jawapan semuanya sama saja.."
Gembala :"Mestilah saya membeza-bezakan, sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."

Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)




~ cantik tak?? nnti aku blk umh ltk bedak byk2 bru tau!



Thursday, 16 June 2011

~MYVI baru~

leya | 12:41 |


~ penggemar kereta kompak n peminat2 MYVI check this out...


cantik tak cantik tak?


Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).

Dijangka Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Masih lagi murah berbanding model kompak lain seperti Suzuki Swift 1.5, Mazda2, Ford Fiesta, atau sedan murah seperti Toyota Vios 1.5J. Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive berharga jauh lebih rendah, namun dari segi persepsi peminatnya, Perodua Myvi setahap lebih baik.
Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak, sedikit kecil berbanding model asalnya.


fiwetttt....kaler mystique purple



leather sit...sng nk lap2 ye x...


gear die kt ats mcm MPV..jgn lak ko teraba2 kt bwh cri gear ni ye...




car education

leya | 10:25 |
pg2 kete aku dh bt hal..xleh nk start..enjin sngkut2 mcm org semput tu..
aku dh cuak dh..yerla xtau ape2 psl kete nie...zero knowledge aku ni psl kete...angin tayar pn aku xreti wlaupun nmpk sng je sbenarnye kn...lom try sbenarnye..slalu akak, ayah or org kt pam mnyk tu yg tlg aku anginkan...(korg nk memperlekehkan aku le tuh..! huh). yg aku tau bsuh kete, isi mnyk, kne saman, renew roadtax n gi anto serbis..ngeeee :D

trus aku call ayah aku tnye ape jdi n ape nk buat...tngki mnyk tu cm ksong pdahal aku bru isi smlm (20 hengget)..then ayh aku sruh cek batery,usik2 skit ktenye...ah sudah! pntu enjin ni xleh nk bkk cm ade bnde sngkut...aku dh bsing..pdahal knela adjust kot2 ade trsngkut ke kn..(al mklum tgh cuak..). then aku blame2 mak aku sbb xnk tlg...(mmg pe'el aku gitu ske nk blame kn org skeliling yg xtau pape kalo ade prob cmtu..heeee)

lps dh dpt bkk dgn jayanya aku jd blur tgk enjin2 n sgala mcm bnde yg ade kt tmpt enjin tuh...aku jdi stress..then aku ttup blk pntu enjin tuh...ayah aku dh byk kali call tnye cmne...

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


last2 mak aku call taxi..aku naik taxi je g keje...abes cite...hahahaha!
ttibe trasa bangang nye diri ni xtau pape psl kete nie..bhaya la gk kn kot2 jdi cmni kt tgh2 jln ke hape..ni nsb baik jdi dpn umh je...

p/s ~ lps ni nk blaja basic pnjagaan kete ngn ayah aku or en.bf...pnting car education ni...hihi


Wednesday, 15 June 2011

~leceh arrrr....

leya | 22:21 |
leceh ar budak2 nih...erk bole ke bg sttment cmtu??
bkn la sume budak2 yg dimaksudkan disini...
ni ha budak2 laki a.k.a ank2 jiran aku yg dok main bola kt dpn umh ni tiap2 ptg...
bkn stakat melecehkan malah membahayakan kselamatan u know...
ketaksuban bdak2 ni bermain bola smpai x hengat pnye...mcm btol2 dorg main kt pdang, pdahal dpn umh kt jln ber tar ni je...


Go to fullsize image
haip..!! tu ball akak, kasi balik!


ape pn aku tabik dgn kefokusan dorg trhadap bola trsebut...bola..ye BOLA shja...bnde2 lain kt skeliling tu lantak pi la...
lngsung dorg xpndg kiri kanan..cm aku tdi kemain lenggang kangkung aku brjln ke kete dan start enjin dgn lantang nye..xkn le xprasan bai? btol2 kete aku brjln sbelah ade bdak nie..die bole xprasan..bile dh prasan kete aku sbelah die, die juz pndng skali imbas then mneruskan kefokusannye trhadap bola trsebut...eh2 bdak nie..aku plak yg nk kne ngelak dr die..kalo sume 'pemain2 bola' tdi mmpunyai kefokusan yg sme sperti beliau, ape akan jdi pda aku? xkn aku nk hon ptg2 buta di halaman rumah plak...mampus aku kne ngn parents dorg...trus msuk ke gosip kak jah nnti...glamer kjap aku...

aku smpai stress + nebes stiap kali nk grk kluar...kdg2 trasa je nk jerit kt dorg, 'WAHAI BUDAK2 SEKALIAN!..GI MAIN BOLA KT PADANG LAAA...!! haih...ttibe nk slh kan fmily sbb pilih umh ujung2...waduh2..


Go to fullsize image
 apsal nk pndg2 akak cmtu tu? xpuas ati ke??





nk wordless jgk la arini....

leya | 09:50 |
-
+
-
+
-
+
-
+
-
+
-
+
-
+
-











Monday, 13 June 2011

surat blogger yg nk resign...

leya | 13:33 |
This is a sample resignation letter from a blogger to his boss... check it out :P


Blogger's resignation letter

hahaha...korg2 ade ke smpai cmni?? baik ngaku cpt! ngeeeee ;p

~Memalukan je...~

leya | 12:21 |

aduhhh malunye bce berita cmnie babe...sttment 'Wanita Bertudung' tu tlh mnyentap kan hati mne2 wanita diluar sne yg brtudung trmasuk aku...#$%@&* btol! Jom usha brita arini...


Keji apabila seorang wanita bertudung tergamak menjadikan surau di pusat beli-belah di Jalan Tun Razak sebagai tempat mencari ‘rezeki terlarang’.
Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai berpura-pura berada di situ untuk mengerjakan solat sebelum mengambil kesempatan melarikan beg tangan dan barang berharga mangsa.

Namun, perbuatan wanita terbabit berakhir jam 7 malam Rabu lalu apabila diberkas seorang wanita selepas melarikan beg tangan mangsanya beberapa jam sebelum itu.
Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini Noryuhani Ramli, 29, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Nor Azzren Bazid, 26, pergi menunaikan solat di surau pusat beli-belah berkenaan.

“Ketika masuk ke dalam surau, terdapat seorang wanita berada di situ, namun kami tidak mempedulikannya.

“Bagaimanapun, selepas mengambil wuduk dan rakan saya pergi ke tandas, wanita itu hilang bersama beg Nor Azzren lalu kami mencarinya di lokasi kejadian, namun gagal,” katanya.
Beliau berkata, rakannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru sejurus selepas kejadian.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang, dia menghubungi rakannya bertanyakan hal berkenaan dan diberitahu kad kredit yang dilarikan bersama beg tangannya itu digunakan di pusat beli-belah di Ayer Keroh.

“Saya kebetulan berada di sekitar lokasi berkenaan ke pusat beli-belah terbabit dan terserempak dengan wanita yang dicam berada di surau beberapa jam sebelum menghampirinya.

“Saya bertanya mengenai kehilangan beg berkenaan, namun wanita itu menafikanya dan mengancam menjerit. Saya minta orang ramai menahannya dan wanita itu mengaku mengambil beg rakan saya,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menyerahkan semua barangan yang dilarikan sambil merayu dilepaskan.


p/s ~ org yg xde iman n aqidah cmtu le..xrse brsalah pn mnggunakan hak org lain tnpa izin (mencuri)...siap nk ugut mnjerit plak lgi tu mmg xtau malu btol...ingt org kesah ke die nk mnjerit trlolong ke hape...dh bt salah tnggung je la...


Sunday, 12 June 2011

artis le ktekn...

leya | 00:15 |
fiweetttt....

ptg sat tdi aku ngn akak2 aku g Jakel kt sek 7 shah alam tu...of cos nk cri kain xkn nk bli tiket wyg plak kn..
dok tgh2 usha kain trnmpak si cik artis ni..spe? meh scroll bwh..

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


Go to fullsize image

tu diaa...Rozita Che Wan...

maybe die tgh shooting kt situ..rsenye cte yg Annisa tu kot..
kemain mekap die 3inci kau! kelas...kurus je aku tgk die nie..pkai plak legging lgi  le nmpk kerempeng kaki die tu...

ok juz imagine la dlm tgh2 rmai org dok plih2 kain kt Jakel tu ttibe en.artis lalu...mmg sume mate trtumpu kt die sorg...

ape yg aku nmpk RCW ni cm sombong (wallahualam..)..xmesra tgknye...skit pn die xpndg mahluk2 yg tgh perhatikan die kt situ...die ngn hal die je jln gaya sombong, ckp2 ngn PA die mcm xde spe je kt skeliling die tu...ok fine ARTIS la ktekan...sikit pn die xsnyum..emm ape2 jela Che Ta oi asalkan ko bhagia..


p/s ~ bru smlm kuar paper kte RCW ni ktenye skt demam kuning ke ape..tup2 esknye jmpe plak die tgh nk shooting ye...MOJ (mak ok je...)




Thursday, 9 June 2011

~ Sengal....

leya | 11:40 |
jom chill2 dlu pda yg sedang kebosanan....peace ;p


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Go to fullsize image
do re mi tiga org sahabat...


Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...


p/s ~ mcm2 hal...mau aku seliki sekor2 tu...


Wednesday, 8 June 2011

~ Basuh Tangan ~

leya | 13:37 |
korg basuh tgn x sblm mkn? kalo bsuh pn msti juz ngn air aje kn2? tu kalo mkn nsi tp kalo mkn mcm roti ke pisang grg ke kopok lekor ke kuih muih ke korg bsuh x? tau dh mesti TAK kn?
ni la msalahnye ngn rkyat msia nie mostly amik mudah je bab2 bsuh tgn nie...asal dh bsh ngn air je kire dh cukup la tu....

aku trpkir nk bt entry psl bsuh tgn ni sbb my colleague juz now die bru blk meeting ngn client die...trus je die ke pantry  then p mkn roti buku grdenia tu ngn cecah smbal or smthng..(perghh sdap tuuu). taula lapa tp amik mse semnit dua jap p bsuh tgn pn xleh ke?

aku bknla nk ngutuk atau nk rse cm bgus ke ape tp juz nk mngingat je...sblm msuk pntu opis die kne bkk dlu pntu gate besi kt bwh tu yg sah2 la brkarat n brhabuk (wlau xnmpk ngn mata kasar).
so i'm sure sblm tu time die kuar jmpe client die msti dh mcm2 die pgg kn (e;g : tkn button lif, pgg handle tngga, salam ngn org, etc...).

kalo nk ikutkan bakteria ni ade dimna2 je kn..xnmpk ngn mata kasar...it's better prevent than cure kn2?
dh ade kmudahan air n sabun juz basuh je tu pn susah ke? xsmpai seminit pn..bkn kne byar pn kn...



View Image
erk amoi..lu kasi pnuh itu kendi wa mau bsuh tgn maa...



"MASYARAKAT di negara ini masih ramai yang menganggap amalan membasuh tangan itu tidak penting dalam kehidupan seharian mereka.

"Ia terbukti daripada kajian baru-baru ini yang menunjukkan kebanyakan daripada kita membasuh tangan dengan cepat iaitu sekitar lima saat saja berbanding 20 saat masa yang sebaiknya.

"Selain itu, masih ramai antara kita yang tidak membasuh tangan dengan betul iaitu hanya menggunakan air. Seeloknya, tangan hendaklah dibasuh bersama sabun antibakteria atau sanitizer yang mampu menghalang penyebaran bakteria.

"Perlu diakui masih ramai yang mengambil mudah aspek kebersihan tangan sedangkan realitinya, ia adalah antara cara mudah dan terbaik untuk melindungi diri sendiri serta keluarga,"





~ MARILAH MEMBASUH TANGAN SEKERAP YG BOLEH ~

Go to fullsize image









Tuesday, 7 June 2011

~ my Austie nephews

leya | 16:59 |
....let's check out my Austie cousin's son....they are so sweet n adorable although we haven't meet them yet...



dh mcm ank palestin plak dh...hihihik


that woman is my cousin...5 of them is her sons..she married with Arabian man (not sure where her husband from)...juz look at them totally like their father...kuat btol gen si ayah ye..hhihihi...

tgk yg Mousa tu btol2 cute n sweet cm gegurl je kn...eiii geram!!
admire their names..as simple as that...xpyah nk danish adam haiqal bgai...smpai 3skali nme bgi..last2 pnggil boboy la mamat la...apaa pn xbleh

ekcely my mak ndak migrate to Perth, Australia ikut husband die dpt ofer kje sinun...
2 dri 7 ank die sempat lahir kt msia then trus migrate ke Perth...mcm my aunty at least 2x sethn die akn blk msia itupun kalo ade sdare2 kwen n hari raya..
tp my cousins plak mmg xpnah blk pon...i would say 10thn skali bru dorg blk msia..
and of cos la lidah mlayu mmg dh xde...pelat yg amat...especially yg lgi 5 org yg lahir n besa kt sinun...
korg taula kn english kt Australia kn pkai British pnye kn yg sah2 la mmg ko akan nganga lme sblm angguk phm...hahaha..tula pntingnye english education ;p

kalo dorg blk msia, most of the time byk mndiamkan diri je...nk ckp tkut slh kn...
tp aku suspect respect ngn mak ndak aku ni..dh dok brpuluh thn kt ngara mat salleh pn tp still aura mlayu kmpung tu tebal dlm diri die...kalo korg tgk die mmg xsngka yg die dok obersea...mcm mkcik2 kt kmpng je nengok die..hehe...i loike....
ktrang kt cni pn contact dorg melalui fesbuk je laa...nsb hado kalo xdo?




 

Monday, 6 June 2011

~Telefon di Butik RCW malatop! kebaboommm!!!

leya | 11:24 |

hahaha...xleh blah btol tjuknye ye..meh le usha bce jap ape jdi kt Butik Cik Ta ni...



View Image
ni la RCW...xkn la ko xknal kot...


Gara-gara mendapat panggilan yang tidak henti-henti, set telefon di butik pelakon Rozita Che Wan, My Couture Sdn Bhd di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, dekat sini “meletup” sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Kata Rozita, insiden tersebut berlaku setelah dia menghebahkan nombor telefon butik berkenaan di akhbar menyebabkan pihaknya mendapat panggilan telefon tanpa henti.

“Bayangkan, selepas artikel berkaitan butik saya keluar, telefon berbunyi sejak dari pagi hinggalah malam tanpa henti.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku letupan kecil pada set telefon itu sehingga menyebabkannya rosak. Saya bukan berseloroh, sebaliknya ia benar-benar berlaku,” katanya selepas melancarkan Jari Spa, di Wangsa Maju, di sini, Jumaat.

Tambah Rozita, selain menerima pelbagai tempahan pakaian, dia turut menerima panggilan palsu, malah ada yang menyamar kononnya pemanggil itu merupakan Datuk K (Datuk Khalid Mohd Jiwa) yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini,
Bagaimanapun, Rozita menganggap ia mungkin satu perkara normal sebagai seorang selebriti yang memulakan perniagaan.

“Alhamdulillah, setelah mendapat liputan di media, My Couture tidak henti-henti menerima panggilan tempahan pakaian.
“Saya sudah biasalah dengan panggilan-panggilan palsu kononnya ada yang menyamar sebagai Datuk itu dan ini, sampaikan nama Datuk K juga turut disebut. Apa-apa pun, perniagaan saya semakin berkembang sejak beroperasi pada Januari lalu,” tuturnya.

Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.
Orang ramai boleh melayari laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.


p/s ~ amboih kemain rmai le yg nk ngorat Cik Jan ni ye...cmne aku leh xtau die ade butik kt sek 23 tu...dpn umh aku plak tu...ni yg nk kne usha nie...bole aku letupkan skali...kte bako je..ngeh3



Friday, 3 June 2011

~Gambit komen psl arah klip video 'Marilah'...

leya | 15:20 |
Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Gambit Saifullah
Gambit


Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap ‘biasa’.

“Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

“Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini,”

Gambit diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.
Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.
Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air.
Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara.
Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

“Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu.

“Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem …Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

“Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia menerima teguran yang dibuat secara positif dan akan cuba yang terbaik untuk masa akan datang.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini,” katanya.


p/s ~ ape nk jdila ngn dunia artis skrg ni...lps sorg buat,sume pn nk buat bnde same...ape2 je la...

 

@ senyum @

leya | 12:01 |
~ mari mulakan hari anda dgn senyuman mcm ni   Go to fullsize image
                                                                                   ~ bgus syg good job.....



 ...senyum seindah suria...
yang membawa cahya,
senyumlah dari hati
duniamu berseri...

Go to fullsize image

...senyum umpama titian
dalam kehidupan,
kau tersenyum
ku tersenyum
kemesraan menguntum...

Go to fullsize image

...senyum....
kepada semua
senyumanmu amatlah bermakna

Go to fullsize image

...senyum
membahagiakan..
dengan senyuman terjalinlah...
ikatan....


Go to fullsize image


~ SENYUMMMMMM  =) ~









Go to fullsize image
erk..yg ni bkn snyum ni ketawa...ooo ko gelakkan aku ye! siap kau!



Thursday, 2 June 2011

kenapa?? why??

leya | 15:16 |
xtrucap dan xtrgmbar difikiran ni bile dgr n bace berita psal bayi lelaki bru lahir dicampak dri tingkat 5 pngsapuri....kejadahnye sume ni?? ASTAGHFIRUALLAH...mngucap pnjg aku dgr berita nie....bayi tu lngsung x berdosa...lgi bagus kalo ko ltk je kt msjid or dpn umh org kalo btol2 dh xnk sgt kt budak tu...yg ko CAMPAK bdak tu dri tngkat 5 psal ape haaaa???? kpala otak ko dh trbuang sme ke???
ko ingt yg ko campak tu bantal ke haaa???

MAUT...mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin.
From : Harian Metro



aduhhh xsnggup rsenye nk tgk keadaan mayat bayi yg sah2 la hancur berkecai tu...die xmntk pn lahir kt dunia ni oleh mak bapak yg bangang bingai cm haram jadah tuh...


BINATANG pn sygkan ank2 dorg la!



ko nk lari mane ni.duk diam2 kat umah
tgk si rimau ni wlaupun die gigit ank die (cmne plak die nk dukung ye x?), die btol2 mnjaga kesejahteraan anknye tkut dimkn haiwan lain....


Jom jadi tarzan
tgk org utan ni ha....kemana die gayut pasti dibawa ank die brsama2...utk malatih anknye brgayut sebaik yg die buat...


Sayang anak mak.olololo
wlaupun die hanjing die ttp mnjaga ank2 die...tgkla tu betapa rapatnye mereka sume...



ahh sng cite BINATANG pn msih tau mnjaga anak2 dorg wlaupun dorg tak brakal mcm manusia...
manusia yg xbrakal je yg snggup buang ank dorg...

xpela wahai si kecil Adam...syurga menantimu disana...Alfatihah

trpksa aku mngeluarkan kate2 kesat ni kpd si pencampak sekaligus pembunuh kpd bayi tu tdi.....BODOH..!!

sekian....



Wednesday, 1 June 2011

Bacelah kau....

leya | 13:54 |

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... .

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya (ni btol cm kluarga 69 tu). Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.



Go to fullsize image


Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli (kak ipar ke kak tiri??), Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul (bkn ank die name jayzee ke??) adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud (mne lak dtg nye sepupu plak dh??) dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...


isk isk isk tragis tol la kalo fmily yg cmnie...bkn 69 lg dh ni dh jdik 696969...
yg peliknye mne la plak dtgnye kakak ipar n abg ipar tu plak dh....