Followers

Friday, 29 July 2011

bulat dan biru

leya | 16:58 |

Apakah?

taraaaa.....inilah die

kenal ke tak?

aku memang addicted sgt ngn menatang ni sejak kecik lagi..ala korang pon mesti suke gk kan ngn die? kan?
nama beliau DORAEMON...kt umh aku pnggil beliau Amon je bru mesra..
beliau akan muncul di TV pada setiap sabtu jam 7.30 mlm..aku mmg tak akan miss tercongok kt depan tv mcm jakun...time klaka mmg aku gelak sorg2 mcm budak bru dpt mainan, time sedih lak (kalo amon hilang, sakit dan xsedarkan diri..) aku akan terkebil2 menahan air mata dari jatuh (kang mak nampak..)..

DORAEMON ni memang dah berkurun2 kt TV kn..yg peliknya die still besa tu jgak ngn nobita n the geng tu..kte ni ha yg makin lame makin tua besa..agak2 nye smpai bile ye beliau akan muncul di TV ni ye? ade la dekat 15thn gak la aku dok ngadap die kt depan TV nie..dari si budak comot hingusan sampaila ke gadis manis, baik hati lagi bersopan ni..

cake Doraemon...(sedang meniru aksi beliau...:P)



waaa kan best kt msia ni ade train cmnie..baru bergaya


okla yg ni adalah antara koleksi Doremon sayer...



akak aku ckp "ngko ni atas katil, dalam laci, atas meja, dalam kete, dalam beg semua Doremon..!" aku lalalala je...kdg2 "umur kau bape haaaa??"..aku lalalala lagi..

aku harap sampai aku dah kawen n ade anak nanti (ahaks..) menatang biru dan bulat ni still hidup g kt TV..aku nk tunjuk n cite kt dorg (ahaks lagi...) hahaha berangan jek aku nih..


hidup DORAEMON..!!




Drama di padang

leya | 09:47 |
salam..selamat hari jumaat semua...hujan pagi ni ye? Alhamdulillah hujan rahmat di pagi jumaat berbahagia nie...

dah tengok HARIMAU MALAYA vs SINGA LAPAR malam tadi? apa pendapatan kamu org?
hehe sangat membanggakan tgk aksi pasukan harimau main mlm tdi..mereka berhabis habisan bermain demi negara tercinta tak gitu? credit to our keeper Khairul Fahmi a.k.a Apex...mmg tak dinafikan die dari dlu akan mempamirkan aksi2 menarik semasa mnjaga gawang harimau dri dibolos pihak lawan..sangat tangkas beliau menangkap dan menepis setiap serangan yg dibuat oleh pihak lawan..yg pastinya beliau tak akan mnggu bola dtg kepadanya tetapi beliau akan sedaya upaya menangkap sndiri bola tersebut..kan?

Go to fullsize image
'hoi bola kat sane laa..! yg kau dok sms pasal ape kn dh terlepas..!

ok bercerita pasal match mlm tadi apa yg aku nmpak di masa minit2 terakhir, pihak lawak sengaja melengah2 kan masa supaya kite tak payah membuat serangan dan kemenangan akan berpihak kpd mereka..setiap minit mesti akan ade sorg player yg cedera pastu berdrama seminit dua kemudian pnggil PBSM (hentam je sape2..) tlg cek kan keadaan dorg..siap dh bwk keluar padang dh..tp tgk last2 dorg masuk blk main mcm biasa..apakah drama yg cuba disampaikan itu?

yg paling geram dgn keeper dorg yg jahanam tu..grrrr membuak2 kemarahan aku mlm tdi...especially mse die pegang kpala die konon sakit dan melengah2 kan mase..haa amik kau kad kuning bagi kat die..padan muke! siap kene sound ngn abg Safee Sali sbb terhegeh2..player dorg mmg main kasar n ganas2 je tgk kan? amik pemain import smpai 2,3 org..
View Image

walaupun kalah sekali gus tak dpt melayakkan diri ke peringkat seterusnya diharap dpt mmberi pngajaran kpd pemain kte...haihh tahun bile le pasukan kite nak main utk World Cup ni ye?


Thursday, 28 July 2011

aku pancung leher kau..!

leya | 12:31 |

engko bukan tak tahu kegemaran aku ialah belacan, kenapa engko msk sayur tak taruk belacan?? sekarang aku akan pancung leher kau!




ok tapi kes ni bukan psal sayur tak taruk belacan tp pasal kes laki yg marah atau lebih tepat naik hantu kt bini die lepas bini die dpt tahu yg die bwk balik chikaro pompuan lain balik umah...cmtu plak..bini die le yg patut naik hantu sbb laki bwk balik pmpuan lain balik umah...tanpa segan silu plak gi bwk balik pompuan ek? dating tempat lain okla lagi...dah tu salah die, orang lain yg kene..siap nak ugut pancung plak tu...ish3 xpatut..

berita ni aku bace kt paper Metro hari ni...rasenye semenjak 2menjak ni byk betol kes laki dera bini kn...hentak kpale kt dinding la, sepak terajang la (ingt bola ke??), pijak perut la, tampar la tumbuk la...tak sayang bini kah? cube amalkan ape yg pak ajis ckp "sape tak sayang bini oiiii..." barulah rse sayang sgt kt bini smpai xsanggup or smpai hati nk ade hbungan ngn pompuan lain..maka amanlah rumah tangga... tak gitu? heeee ^.^

Wednesday, 27 July 2011

kawan makan kawan

leya | 17:27 |
definasi kawan dri view aku ialah seseorg yg kte jmpe,brkenalan,bkrja brsama,melakukan sesuatu brsama,brgurau senda ketawa ria brsama dan bergaduh brsama (definasi dri kamus pale otak ku ni)...tu baru kawan je lom sahabat baik lgi...

kawan makan kawan mmg perit rasenye bukan? korang sume pn mesti ade byk pngalaman...aku pn ade gk pngalaman, tu psal terasa nk bt entry psal ni..terjadi mse aku blaja dlu kt uitm..besela student life kn kalo time hepy rse hepyyyyy sgt2 kn tp kalo time gaduh ngn classmate ke roomate ke rse grrrrrr stress yg amat..

agak susah jgak nk jadikan kwn yg bru kte kenal sbg teman rapat..ade kalanya kite ni kwn time or bila mase die btol2 xde kwn skeliling die je...contoh:

Kes 1 : A brkwn ngn B, pastu dorg jmpe kwn bru C dan D...oleh krana ke'eksaited'an mndapat kwn2 baru, si A trus melupakan si B yg sme2 kmana shaja berdua stelah mndapat kwn2 bru...si B tdi telah mnjadi 'melukut ditepi gantang' (ade ke xde ke sme je),die hnya mngikut dan masih brkwn dgn si A tdi krana mmikirkan kesetiaan sbg seorg kawan...dan bila si C dan D tdi tiada (pegi tmpt lain le..) brula si A tdi melulu kmbali ke B...

nehhhh it's not good u know..aku mmg xske tau keadaan cmtu..ade lak yg cmni..:

Kes 2: Ada 4 sekawan W,X,Y dan Z...si batu api,talam dua muka,tikam blkang,kuat mngumpat ialah si W. Bila mana die xpuas ati ngn mne2 kwn bertiga die tu die akan mngumpat pda slh sorg tu..lets say die gaduh ngn X,so die akan cite kt Y atau Z..begitula sterusnya...kdg2 ape yg die citekan tu xbtol then itu yg batu api tu smpai leh jejaskan hbungan antra 3kwn yg lain..pastu bile X dan Y dh tau cte sbenar n tau angkara die, die cpt2 melulu kt si Z yg lom tau cite sbenar dan lagi memutar belitkan mslah yg sedia ada...(emm pham ke tak kisah ni??)



susah kalo dpt kwn yg cmtu...depan kte lain, blkang kte lain...siap nk buruk2 kn org lgi...mngumpat nmenye tu mmg dilaknat Allah...sbb tu agk susah utk aku mnjadikan kwn yg bru knal sbgai 'best fren'..ckupla sekadar kawan biasa sahaja...bkn xnk pkir +ve, cume bile +ve dorg pijak pale kite kn bahaya tu..so aku hnya ada seorg best fren aka sahabat sejati...dh kwn lbh 10thn...yg pasti selama brkwn ngn die, die xmcm dua kes tdi even mse bru2 knal die dlu sblm jdi best fren pn..kwn2 yg biasa tu rmaila tp skadar kwn biasa je...



wordless wednesday : Ade Tak??

leya | 10:07 |









Tuesday, 26 July 2011

siapa nak dudel free?

leya | 16:21 |

kite mau no iii) autumn

comels nye doodle2 ni haih geram rse nk picit2 jek...klik SINI kalo sape2 nk try join... Cik Cempaka si tuan empunya blog...weeeee ^.^


Jimmy oh Jimmy....

leya | 09:54 |
Cerai atau kekal


APA KATA NURSUHAILA

* SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia.

* Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.

* Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami.

* Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

* Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.

* Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil.

* Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan. (mlm perkahwinan dok umah diam2 la pandai..)

* Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil.

* Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.

* Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.

APA KATA JIMMY

* SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

* Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

* Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

* Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

* Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

* Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

* Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

* Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

* Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

* Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.

p/s ~ mcm2 btol la dorg ni...sini kte sane, sane kte sini...dua2 pn ade bt silap msg2 so try la communicate n discuss elok2..gi jmpe kaunseling mntak pndapat n nasihat ke (cehh mcm bgus lak aku..) emm dorg ni bercinta ke x ni sblm kawen? xknla xtau prangai msg2 kot..? Wallahualam..


Monday, 25 July 2011

Tips cover MALU...

leya | 13:58 |

Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu...(utk para laki2..)

1. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

2. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan
menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

3. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

4.
Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat
belakang
…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan
kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

5. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.


aku malu tau tak?


Friday, 22 July 2011

yeayyy jumaat..!!

leya | 12:20 |
salam..salam Jumaat semua..

Jumaat jek ttibe tringat wktu jdi student dulu kt Uitm Lendu Melaka...time jumaat jek sume brlumba2 nk blk umh/kampung..blasah jek blk ngn bju2 kurung lpas kelas tu kn bru btol student life babe...ngeeee..
dh siap2 bli tiket bas awl2..mne yg xde tiket tu belasah je naik bas lompat (cm aku kt mlka so mula2 naik bas g tampin, pastu trun seremban, kt sremban baru bli tiket bas tu pun kalo ade kalo xde trpksa nek train direct trus ke destinasi aku kt s.alam...) huhh nk blk umh pnye psal ku redahkan jua...

yg paling best time dh sem akhir sbb klas pn xbyk so sebolehnye ktrang manage jadual supaya jumaat xde klas lngsung..so khamis dh bole blk umh...xpun pagi2 buta jumaat tu dh leh blah...
uwaaa rindunyee situasi cmtu...tiap2 mnggu aku blk umh heeeee :D


fiweettttt....kurusnye sayerrrr


p/s ~ ade sape2 ex uitm lendu sini? kasi wink wink skit...;)


Thursday, 21 July 2011

~ Diseret van..

leya | 10:16 |

salam..gud moning semua...

baru jek lps bce paper psal budak 3thn kne seret ngn van skolah sejauh 100meter...tragis btol aku tgk bdak tu..kesian sgt...hancur luluh hati mak ayah die tgk kejadian mnimpa ank die ni..bru 3 thn kcik g xtau pape..
tgh hepy baru blk skolah..trun dri van tali beg die lak trsngkut kt pintu tu..driver lak xprasan trus die pecut laju je biarkan budak tu trsngkut bwh van...budak tu mnjerit tp driver tu xdgr...

kesian + sedih tgk keadaan bdak tu...kulit kepala die trkoyak abes smpai nmpk tmpurung kepala (ko kne luka pisau pn dh menjerit bgai kn?....aku pon..) pastu doc ckp 2 jari kekal cacat sbb urat saraf dh xbrfungsi lagi...aduhhh tragis nye keadaan ko dik..krana kecuaian org lain, diri jadi mangsa..


frontpage Harian Metro ~ tgkla tu kepala die...sakitnyeee...


SAKIT...keadaan mangsa yang cedera parah.
kt hospital...


ayah budak ni of cos la geram + marah kn so die akan amik tindakan undang2 nk dakwa si driver van tu..
aku tgk driver van skolah kt mane2 suke sgt nk bwk van laju2..even kt kwasan umh pon..
dorg xpkir ke kselamatan budak2 yg dorg bwk tu? bahaya btol la...
tgkla kes ni xpasal2 budak 3thn yg xtau pape ni jdi mngsa...bayangkan pagi tu nk g skolah kemain eksaited dan hepy je alih2 blk ptg tu jadi cmnie...bkn luka ringan..parah nie...
Wallahualam benda nk jdi kn...semoga adik ni cpt sembuh..amin



Tuesday, 19 July 2011

oh abg Botak....

leya | 09:51 |
salam hai..slmat hari selasa semua..!
korg mesti tgk kn JUVANA episode last mlm tadi..so ape pendapatan korg?
emmm ending die mcm slow skit kn? memang dh dpt agk dh yg confirm mne2 watak jahat akhirnya mesti akan mnyesal dan mntak maaf pada yg baik..
pastu time ending tu mesti ade tnjuk scene beberapa tahun kemudian...cite kabir bhatia mesti cmtu pnye mcm NUR KASIH ngn GEMILANG dlu tu kn2?
dh apt agk dh yg mesti Cikgu Zakiah tu akan jadi Warden aka Pengetua baru skolah tu..Daim plak kalo xjadi Cikgu kt situ cnfirm akan jadi org yg berjaya dan berpangaruh..kn2??
cume terkilan skit sbb si Botak tu lps 10 thn die jadi PENINJU yg berjaya? what the fish?
ingtkan die jadi cikgu gk ke..
ok2 sbenarnye nk cite psal si BOTAK tu...name sbenar die Johan Arrif As’ari (Johan As’ari). umur 25 thn.. die postpone stdy die kt Kolej University Islam Melaka (KUIM) sbb berlakon kjap...die amik Kaunseling kt situ..erkk?
menurut beliau sjak dh brlakon siri JUVANA tu rmai gk la pminat die..fiwetttt..!.die g JOM HEBOH mne2 sume pn dok usha die..pakat amik gmba ngn die...dh femes gamaknye kau Botak..!


taraaaaa...ni Botak a.k.a Johan Arrif...


tapi die ckp die xnk hanyut atau mudah lupa diri dgn populariti dlm dunia lakonan ni...cukup la ala kadar je ye...ade gk gosipkan die dgn Cikgu Zakiah tu (Izreen Azminda) tp die ckp kwn2 aje sbb dua2 org utara so cpt serasi...
emmmm rupenye si Botak ni prnah belajar agama kt Pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia tapi xabes..but still leh hafal dlm 1,2 juzuk Al-Quran...waaa not bad..fiweetttt lagi..!
ape pun semoga die sukses lagi dan x lupe diri la kn2..?

p/s ~ suke nama2 watak dlm JUVANA tu...Botak, Ayam, Apek, Panjang, Gaban, Kicap..emm ape lagi?


Monday, 18 July 2011

50 sen punya pasal.....

leya | 13:11 |
Pada suatu hari jumaat yang hening Ahmat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. Mak Ahmat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Ahmat dah pon makan tengahari di rumah. Adapun, perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Ahmat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. Lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Ahmat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. Sesampainya di masjid, Ahmat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Ahmat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu. Semasa para jemaaah rukuk termasuk Ahmat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..Ahmat pon berbisik kepada orang dihadapannya...

Ahmat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab..

"alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Ahmat pula yang terkejut kerana Ahmat bercakap di dalam sembahyang pon berkata...

"eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara..

"yang kau bercakap tu aper "....

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

Duit Malaysia: duit siling lama ...malaysia 5sen (item 83304473 end time 5/12/2011 8 ...

Saturday, 16 July 2011

annoying

leya | 01:37 |
salam..helo hai..slamat tgh mlm semua..!

sebagai salah seorg wanita bertudung aku mmg cukup pantang bile ternampak wanita brtudung yg lain yg mnutup bhgn atasnya SAHAJA..tp di bhgian lain trdedah utk tatapan umum...so ANNOYED ok..
sbgai contoh brtudung tapi pakai baby-t...what the fish la cmtu..name pn baby-t mstilah kcik dan ketat kn..so it should be covered by inner or cardigan then you may look nicer to see rite? nk aku tarik je tdung dorg tuh!
mencemar dan merosakkan imej muslimah je..


pakai tudung dah cantik sweet ayu je tapi......


nak tunjuk BCG die yg gabak tu ke? bkn cantik pun..

nice to see, nice to hold (mcm pnah dgr je..)
kalau nk tayang kan lengan yg cntik tu sila la tidak memakai tudung ok..peace..!




Thursday, 14 July 2011

gemok pun gemok laaa...

leya | 12:47 |
gemok? eh bkn sayer ye..hehehe
gemok slalu org ckp sbb kolestrol byk..kolestrol = lemak btol ke?
tpi ade gk yg gemok sbb mkn mknan brkhasiat dgn kuantiti yg byk..so itu xde msalah la kn...

mcm mne bole gemok tu? ape lgi sbb mkn banyak la kn? xkn la ko tetibe lak bgun pgi trus jdi gemok..
pastu kdg2 pelik bile mereka2 yg gemok ni dok gusar + risau memikirkan mcm mne nk kurus or kurangkan lemak yg melebih2 dlm bdn tu...tp at the same time still mngamalkan cara idup dorg yg lame iaitu mkn, mkn dan mkn..dahla tak bersenam..sbb ade gk org sekeliling aku ni yg resah je pkir cmne nk kurus blk tp die xtgk kt crmin diri die cmne..mksd aku hari2 mulut tu tak henti2 mngunyah mknan yg mmg mnghasilkan kolestrol yg tinggi pastu bersenam pn tidak...cmne ko nk mndapatkan berat bdn yg ideal tu cik kak? pkir smpai botak pn lom tentu dpt caranya kalo diri sndiri xmau ubah kn...kalo duit byk bole la gi ke fitness2 tu ke ataupun g sedut lelemak yg ade tu..abes cite..

ade jgak yg gemok tp sihat...tahap kolestrol ok, darah ok, jantung pn ok..dan tak bermakna kurus2 slim tu dh ckup sihat plak ye...so fair n square..it depends pada si empunya badan dan lifestyle mereka.

hehehe just tertarik je ngn statement Maria Tunku Sabri yg mngacara JJCM dlu tu...die ckp die bahagia dan tak kisah berbadan gempal or gemok ni sbb die mmg suke makan...katenye die bersikap positif dimana walaupun berbadan gempal tp die masih mempunyai potongan badan dan masih boleh bergaya dgn pakaian2 yg org tak gemuk lain pakai...ape pun die mmg nmpak happy je ngn life die skrang ni yg penting tak mnyusahkan org lain dan diri sendiri kn..


pun masih boleh bergaya kan kan kan?


plus size model...comel tak?



Tuesday, 12 July 2011

23 perkara yg tidak boleh dilakukan semasa memandu

leya | 15:22 |
1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya


vrooommmm.....vrooommmmm


Monday, 11 July 2011

rude on road

leya | 10:43 |
edisi: rakyat malaysia mmg mcm ni ke??


saje je entry nk mngomel sndirian kt sini psl aksi di jln raya...
kdg2 kecewa gk ngn sikap segelintir pemandu yg mementingkan diri sndiri ni..main redah je asal boleh kn?
bukan ape kdg2 ats kesalahan diri sndiri, org lain bole jdi mangsa..kite pnyela nak brhati2 di jln raya tapi bile org lain yg buat salah silap2 kite yg kene or jdi mngsa..
aku pun bukanla nk ckp aku ni pemandu berhemah ke bagus sgt ke tapi kalo perkara2 basic semasa memandu tu knela amik tau kn...semasa peak time, mmg mmerlukan kesabaran yg tinggi sbb msg2 pn berkejar2 nk ke tmpt kerja kn..tp kalo msg2 hanya mementingkan diri sndiri, apa pon xboleh..
sepnjang pemanduan aku yg xbrapa berhemah sgt ni antara senario2 yg sering terjadi adalah :

1) di roundabaout main msuk je sesuka hati dgn riang ria tanpa melihat kenderaan dri arah lain yg bakal bertembung dgn anda sekiranya tidak brek dgn segera. kenderaan di belakang juga bakal menerima nasib yg sama.

2) tidak memberikan signal lampu jika ingin masuk ke simpang. bukan susah sgt pun kn..bnde paling senang plak tu...membuang mase pemndu lain yg menunggu.

3) kalo yg bru msuk ke susur jln baru tu (tak tau cmne nk explain) asal dh bgi signal je kire slamat la nk msuk pdahal tu jln org so kne usha dlu smada knderaan tgh lalu lalang ke ape ke (blind spot).

4) buat lane baru sesuka hati..dari 2 lane dh jadi 3 lane plak..sorg buat yg lain pn ikut same nk buat gk..last2 jadi bertambah sesak dan hon sana sini..lagi huru hara jadinya..

p/s ~ kalo nk ikutkan aku pn penah gk buat bnde2 cmtu tapi sejak muhasabah diri dan menanamkan rase berhemah dlm diri ni, kite knela berhati2 utk tidak mngulangi bnde yg sama yg hnya akan mnyusahkan dan membahayakan diri sndiri dan org lain.


Go to fullsize image



Friday, 8 July 2011

camane?

leya | 10:23 |

emm hai Assalamualaikum....heeee
nak tnye kt korg cmne nk view blogger2 yg tak tinggalkan link die ek?
nak jgak review mereka2 yg dh singgah dan follow kite kn..^^"
dah mcm2 klik dh tp xberjaya juge...camne ek?
tulun...sayer budak baru belajar kalo salah tolong jolokkan tunjukkan..heeee


Go to fullsize image
camane ni..musykil aku...


Thursday, 7 July 2011

wanita berhak tolak poligami

leya | 10:48 |
Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun agama Islam menghalalkannya.
Beliau berkata, ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.
“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. “Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut,” katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis.
“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun, bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak,” katanya.

Go to fullsize image
gambar hiasan

p/s ~ isteri mmg berhak nk tolak poligami ni tp kalo dh si suami mmg ade  niat nk berpoligami ape bole buat, dah tersurat dan ditakdirkan begitu...wallahualam..mntak dijauhkan amin...^^"



Wednesday, 6 July 2011

Tuesday, 5 July 2011

~ mee bandung ~

leya | 15:34 |
Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...
Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ..."Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!
Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

View Image
yg ade udang tak nak?


p/s ~ kembar 4 barangkali heeee ^^'

Monday, 4 July 2011

kawen kawen kawen

leya | 16:38 |

ramai pulak artis2 kt mlsia ni yg nak kawen ek....
yg terlatest skali of coz tomok n ayu dan juga mizz nina n noh hujan..dorg nikah date yg same kot 1 Julai...

Tomok, Siti Rahayu Abas
tomok dan wife die...cun woo pramugari

mizz nina ehh mrs.noh n her hubby...

coming soon plak yg aku tau dua org presenter tv3 iaitu Nurul Shuhada n Shira..tunang Shira ni sume knal kn yg plakon tu Zahiril Adzim...



 nurul shuhada dan tunang VVIP nye....


zahiril adzim dan shira...


hmmm spe lagi ek yg nk kawen? ke korang?


~ sup cili ~

leya | 11:35 |
mula2 aku nk mntak maap kt fmily, parent especially....heeee (mcmla dorg nk bce blog aku nih..)
sebab ape tu? smlm merupakan ari masak aku sedunia..menu nye ialah "sup ayam istimewa masakan ank bongsu dalam keluarga di hari ahad"...ha amacam menu kali nie? menarik bukan?

bab siang mnyiang or ptong mmotong ayam ni aku angkt tgn surrender...bkn ape ayam ni degil skit..kalo aku ptong beliau ptutnye pisau yg kene hentak kt ayam tu tp aku ngn ayam2 skali aku angkat brsama2 pisau dan mnghentak skali sama2...bru fair dan mndapatkan ptongan yg smpurna lagi tepat ke sasaran..jika ia berlaku maka akan trdengarlah leteran mak aku sprti biasa " pasal ape yg ko angkt ayam tu ha??? angkt pisau sudahla..tula time mak ptong ayam ni dlu ko xnk tgk skang kn dh mcm org ptong kayu je nengok ko"...

ok lupekan psal tu...aku nk cte psal tjuk entry tu iaitu 'sup cili'...alkisahnye kami mmg ske nk ltk cili padi kalo buat sup ayam nie..bru rse pdas2 skit tp xdela pedas nau smpai nk kuar asap dr tlinga tu...juz ckup2 rse a.k.a juz nice omputeh kte..

sup yg dh siap tu mmg tip top rsenye marbeles..(mnta maaf puji diri sndiri..ahaks!) tp by the time nk mkn time lunch tu perghh kemain manis pedas yg amat..! at 1st kami curious n wondering gk mne 1 msakan yg berapi ni..either sup ayam special akukah atau smbal tumis ikan bilis akak akukah? so ktrang keep blaming each other ckp msakan spe yg berapi2 nie...but kputusannye trletak di tgn mam besau (mak den)..mak aku ckp sup ayam special aku yg podes thp kingkong...so aku pelik npe pedas sgt plak? slalu aku ltk cmtu gk time sup ayam sblom2 ni...pastu barula akak aku g sorg gtau yg cili padi yg tu agk pedas skit dri biasa...aku pn mlenting " pasal ape yg ko xbgtau besok je..!" haih potong slera btol..rse dh sodap tp podeh mngalahkan ape tah...

utk ktrang xpela kot muda2 ni kn hehe tp parent aku tu la kesian dorg nk hirup sup yg maha lazat lagi mnyelerakan tu tp lps hirup skali dorg akan trbatuk2 kepedasan smpai trsedak2 mereka...aduhh brsalah rse di hati kecilku ini...xde byk mne pn cili aku ltk juz dlm 5,6 ketul je..sikit je kn? tp tula mcm yg akak aku ckp tu cili tu jenis yg pedas pnye...aduh xpsl2 slera jdi kureng psl cili tersebut...ayah aku pn bsing ckp " ni sup ayam ke sup cili?"


Go to fullsize image

p/s ~ xpayahla meletak cili padi didalam masakan sup anda..hahaha



Saturday, 2 July 2011

Maut Rebut Bilik Air

leya | 14:25 |

EDISI: kau ingt kau sorang je ke yg bayar sewa ha??

mcm2 kes btol la zaman skang nie...ni kes trbaru kt JB yg smpai tikam menikam dan maut sebab berebut bilik air. tak tau la sape yg salah kn..tp dua2 patut kene luku je kpale msg2 sbb pentingkan diri dan tiada timbang rase + tolak ansur dlm idup di bwh satu bumbung.

yg dlm bilik air tu cubalah fkir kn org lain jgak yg nk pkai bilik air tu..dh kte dok sebumbung kn. kalo aku lah mmg pantang btol org mndi lmbt or dok lme2 dlm blik air by the time ade org tgh tggu die...pntingkan diri btol! ckup aku pantang!! lainla kalo xde org tggu ke kn so ske ati ko la nk mndi ke brenang ke buat aksi akrobatik ke hape ke...

yg si kwn tu plak mmg tgh angin pasang la kot smpai ke tahap tikam menikam ni...btol2 pnye angin die smpai blik air pnye psl pn snggup bunuh org...xlogik oke!

View Image
"tunggu la kejap aku nak memerut nih...."



Gara-gara berebut bilik air, seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam rakannya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini, kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai Mat Juli, 37, sedang mandi sebelum pintu bilik air diketuk berkali-kali rakan serumahnya.
Sejurus mangsa keluar, berlaku pertengkaran di antara mereka dan suspek kemudian mencapai pisau pemotong sayur sebelum menikam rusuk kanan mangsa menyebabkan dia mati di lokasi kejadian.