Followers

Thursday, 22 March 2012

Main-main pulakkk..!

leya | 13:13 |
Macam2 btol la perangai budak2 zaman skrang ni kan..Sanggup la nak merancang benda2 yg melibatkan hati dan perasaan macam tu demi kepentingan diri sendiri..tak kesian ke dgn ahli keluarga yg lain yg percaya bulat2 ape yg terjadi..mesti luluh hati dorang terutama mak ayah bila dapat tau perkara sebenar...


Ada ke patut merancang penculikan diri sendiri demi untuk meluangkan masa bersama teman lelaki kecintaan hati tu? Bagus btol lakonan die sampai adik dia pun percaya dan trauma sampai tak nak pergi sekolah...
Punyala 1 Malaysia ni bersedih meratapi penculikan dia, last2 sebenarnya ianya hanya lakonan ataupun sesuatu yg dirancang...semua dok risau kot mase die kene culik tu sebab dia perempuan kan, kot2 diculik sindiket pelacuran ke pemerdagangan org ke, keldai dadah ke kan...haru dibuatnya...sampai HOT FM sendiri ade buat slot pagi membincangkan pasal penculikan dia...semua yg menalifon pun marahkan si penculik tu..penculik? sape yg culik? kekasih hati budak prempuan tu la kan...

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.

 
p/s~ dahla skrang ni tengah heboh pasal kes culik ni, boleh pulak dia main2 mcm tu ek?!

Tuesday, 13 March 2012

Teruknya services!

leya | 13:53 |
Alooppp..lame btol le tak update status kt blog ni ek..sejak keje kt tmpat baru ni memang tak mase sgt sebab keje pn banyak tak mcm tmpat keje lame dulu..ni pun amik mase dr lunch hour kjap nak meng'update' blog..

Hari ahad aritu g dating ke The Curve tu kan..pastu gi makan kt Kenny Rogers...huh sedih btol tgk suasana dalam restoran tu..dapurnya kt luar plak tu, ada ke patut..kebetulan aku dduk kt sbelah je dapur tu so bole le nmpk aktiviti dorang..rase mcm tak proper plak dapur letaknya kt luar..ishhh


Satu hal lagi service pon tak brapa nk bagus sgt..ada ke ptut salah bagi order...mcm biasala kan mntk quarter meal ngn side order tu..tang side order tu la yg dorang salah letak...pastu dah panggil budak tu ckp yg salah letak meal tu, bdak tu juz sengih2 dan blah mcm tu je..ade ke patut? tak pasal2 la ktrang tukar sendiri meal yg salah tu..tak ke mcm spoil tu? Yg muffin tu pun same ktrang mntk chocolate tp die bgi 1 chocolate, 1 banana?? setahu aku la tak terkluar langsung prkataan banana ataupun pisang mase order tdi..aduhaiii fail btol..pekak ke nerbes ke?

Time nak bayar lak pun t'hegeh2 cashier tu nak cari resit untuk meja ktrang..supposly ckp je no.meja trus la dpt trace kn..ni tak buat customer t'tnggu2 lgi adela...dah tu salah pulak ltk no.meja..kt resit lain, yg meja ktrang mkn lain..tp nsb baik menu nya btol...aduhaiii geleng pala aku..

Dah dpt resit tu nk je aku hentam bdak cashier tu..'kalo tak nak byar service charge ni bole tak? dahla salah amik order, meja pn salah"...10% charge tu babe! tak berbaloi btol...

Sepatutnya kejadian cmtu tak bolela terjadi kt restoren yg dah establish mcm tu kan...tgk pkerja die pn mostly mcm budak bru abes skolah..tak matang langsung..tempat pon tak strategik, ade ke patut dapur ltk kt luar sme2 ngn meja customer...sambil mkn ko bole tgk cara dorang bekerja...time aku aritu kebetulan ada sorang staff die tgh marah2 la kot buat keje sambil hentak2 barang..apehal?

p/s~ dah tak nak la lepak kenny rogers kt the curve tu lagi..buat spoil mood je..