Followers

Monday, 18 July 2011

50 sen punya pasal.....

leya | 13:11 |
Pada suatu hari jumaat yang hening Ahmat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. Mak Ahmat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Ahmat dah pon makan tengahari di rumah. Adapun, perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Ahmat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. Lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Ahmat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. Sesampainya di masjid, Ahmat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Ahmat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu. Semasa para jemaaah rukuk termasuk Ahmat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..Ahmat pon berbisik kepada orang dihadapannya...

Ahmat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab..

"alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Ahmat pula yang terkejut kerana Ahmat bercakap di dalam sembahyang pon berkata...

"eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara..

"yang kau bercakap tu aper "....

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

Duit Malaysia: duit siling lama ...malaysia 5sen (item 83304473 end time 5/12/2011 8 ...

4 comments:

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Hahaha..seb bek imam xdgr law x abes la..

leya said...

hahaha tau xpe..;p

ABU said...

so nak salahkan sapa ni? 50 sen? hahahahah

leya said...

50 sen pnye hal ar nih...hehe ;p