Followers

Friday, 24 February 2012

Live's change - episode 1

leya | 16:56 |
Hari ni merupakan jumaat terakhir aku kat office skrang nie sebabnya 1hb ni aku akan mula bekerja kat tempat lain...tetiba terasa sayu pula bila tengok office ni lama-lama..isk isk isk..mane tak nya, kt sinila aku memulakan penghidupan baru aku sebagai wanita yg bekerja...senang cakap keje 1st aku la kt sini, abes je study aku dapat offer keje kt sini...walaupun office biasa je, tapi cukupla mengajar aku yg kerdil ni tentang kehidupan alam pekerjaan...banyak betul kenangan dan memory kat office ni..kalau nak cite, sampai dah stat keje baru pun blom tentu abes...cite sikit2 je la ye.

Daripada aku zero tak tahu apa-apa sampaila aku terasa boleh diharapkan dan berguna kepada orang lain...kalau dulu nak pegi keje berhantar, balik keje berambik oleh ayah tu pun kalau ayah cuti (ayah keje shift)..kalau ayah keje terpaksalah aku menempek cari teksi ataupun bas rapid tu..memang mempertaruhkan keselamatan aku jugak sebenarnya sebab area tempat keje aku ni memang ramai foreigner dan black area kate orang..aku tawakal je walaupun ketaq lutut gak la jalan sorang2 nak mencari transport..alhamdulillah blom ada lagi kejadian tak diingini terjadi kepada aku setakat ni...syukur..^^
Dekat setahun bekerja, barulah aku boleh drive sendiri ke tempat keje..lesen berkepam dok simpan dalam purse (hihihi), sebabnye tak berani nk drive...jadinya bergayala aku ke tempat keje memandu mercedes bibah kesayangan ramai tu.

Tu kehidupan kt luar..kt office pulak macam biasalah kenela wajib tahu pasal segala macam Microsoft yg ada kt computer tu kan..daripada aku blur terjuling lagi berpinau mata ngadap computer ni, sampaila aku dijadikan tempat rujukan bos dan opismate yg lain kalau ada masalah allignment lari ke, print xkluar ke, print lain kluar lain ke dan lain-lain lagi...alhamdulillah..aku pun dari masa ke semasa turut sama la belajar jugak..


amacam sopan bukan? kikikiki

Customer plak akan refer kt aku kalau person in charge tu tak ada kat office...lepas ni camana la kan..aku sebenarnya risau sebab company aku ni tak dapat nak cari orang utk replace tempat aku, so tak dapatla aku nak perturunkan segala ilmu dan maklumat2 office ni nanti...huhu

Panjang lebar la pulak ek...tak pe la akan disambung di entry akan datang takut korang muntah plak bace ye x?

okla..selamat berhujung minggu semua..have a nice weekend..! wassalam ^^

Wednesday, 22 February 2012

LOL

leya | 14:08 |
Ajoi dan isterinya sedang bergaduh dalam kereta semasa perjalanan dari Seremban ke Rembau. Biasalah semasa bergaduh, masing-masing berdiam diri. Biasalah sedangkan lidah lagi tergigit..

... Tak lama kemudian, mereka melalui sebuah kampung dan ada sekumpulan kambing dan lembu sedang meragut rumput di tepi padang.

 


Isteri Ajoi menunjuk ke sekawan kambing dan lembu tu dan menyindir kepada Ajoi “adik-beradik awak tu kan?”

“Yup” jawab Ajoi…… “Adik beradik ipar."

.....kita pulak yg kene

Wednesday, 15 February 2012

Tuesday, 14 February 2012

Fakta mengenai LIPAS

leya | 14:32 |

@ Nama lipas atau dalam bahasa Inggeris nya cockroach berasal daripada sepanyol 'cucaracha' yg membawa maksud "serangga gila"

@ Seekor lipas mampu menahan nafas selama 40 minit...hebat tak hebat?

@ Seekor lipas boleh hidup selama 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus!

@ Lipas mempunyai darah berwarna putih.

@ Jika berlaku peperangan nuklear, lipas satu-satunya mahluk yg boleh hidup.

@ Lipas ada gigi di dalam perutnya.

@ Lipas boleh menukar arah sebanyak 25x dalam masa 1 saat!

@ Kalau kaki lipas patah, kaki tu boleh tumbuh semula.

@ Lipas hanya ada 6 kaki tapi mempunyai 18 lutut...erk

@ Lipas boleh berlari sepantas 3batu/sejam

@ Kebanyakan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.

@ Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.

@ Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yg boleh mengesan angin daripada pergerakan apa-apa yg menghampirinya.


p/s~ sentiasa stand by 'cockroach killer' kt tepi meja senang nk nyembur time benda alah ni datang..dia datang bukan nak bgtau kan?

Thursday, 9 February 2012

First trial...

leya | 13:28 |

Erkk..amende yg comot compang camping lagi selekeh nih??

Jangan terjuling..ianya adalah 'Bluebery Cheese Tart'....hahahaha
Semenjak dua menjak ni memang suke nau nak membuat bakery ni terutama muffins, cupcakes dan yg terlatest ialah benda alah ni la...memang sedap cheese tart ni (yg korang beli kt luar tu la...) dan menjadi kegemaran ramai umat manusia tak kira usia...setuju?

Aritu beli buku bakery dan ternampak resipi benda alah nie...setelah diteliti didapati bahawa bahan-bahan ataupun ramuan untuk penyediaan cheese tart ni amatlah mudah lagi senang untuk diperoleh...bahan pun basic punye pun macam tepung,telor,mentega,gula..yg memang siap ada kt dapur rumah masing-masing...cuma yg kena cari tentulah cream cheese nya, tidak takde la ko nak mendapatkan nama cheese tart tu...lepas tu kenala cari gak acuan untuk pastry tu kan..

Gedebak gedebuk gedebak maka jadila mcm gitu hasilnya...memang messy dan cincai btol ghupenya ye..almaklum budak baru belajo...tapiiiiiiiiiiiiiiii dont judge a cooked by the look (main ske ati aku tibai pepatah nih..)..rase yg aku buat ni memang not bad la..takde la sesedap macam kedai tu tapi untuk kepuasan diri bole le..kui kui kui

Lepas dah tau kesilapan sana sini, bole la perbaiki dan mencuba lagi sehingga berjaya...
usaha tangga kejayaan..setuju?

Friday, 3 February 2012

Aiiyaaa apekk..!

leya | 10:26 |
Ni bukan pasal apek jual ikan mahupun apek lori sulat kaba lamaa tapi mengenai jejaka idaman malaya yg sorang ni sape lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat..tak habes-habes dgn kontroversi mamat ni, lepas satu,satu gosip hangat pasal beliau...yg terbaru pasal die dah tak bercinta aka berkawan dgn awek kesayangan die tu si Dahlia Teck tapi kini hangat pula berkawan (lame2 bercinta la tu) dgn kawan kepada si Dahlia ni namanya Leuniey (pelik lak name org mane nih??)..mcm2 hal btol...

Bole tahan lawa orangnya, ala-ala Dahlia Teck jgakla..memang mcm tu kot taste si Apek ni nak yg free hair dan nampak style (Walluhalam..)..menurut media malaya Leuniey ni pernah bertunang tapi dah putus tapi tak tahula samada disebabkan oleh jejaka idaman malaya ni ke puncanya atau sebab lain (Wallahualam lagi..)
Jom usha gambar si Leuniey ni...




amacam?


Rimas nengok orang yg suka bertukar-tukar pasangan ni kan...tapi itu hak masing-masing ye tak? jangan sampai menyusahkan atau menghuru harakan hidup orang lain sudahla...^^

p/s~ what goes around comes around....

Thursday, 2 February 2012

Gempak..! tapi gayat wehh...

leya | 15:16 |
Arini jom layan gambar je ok..patutnya semlm la ek? hehe xpela ade aku kesah ngeee...

Sebelum tu gambar2 ni dipanggil 'Rooftopping' iaitu Seni Fotografi Tempat Tinggi...dan diambil oleh opkos la Jurugambar profesional kan...sanggup dia pegi tempat paling tinggi cmnie sebab nk merealisasikan minat bergambarnya...memang cantik gambar2 ni tapi ketaq lutut beb! menggigil jugak la aku nengok gamba2 ni semua..baru tgk gamba blom pegi buat btol2...gilo!






ko bole tenggek mcm tu lalu amik gambar?