Followers

Thursday, 7 July 2011

wanita berhak tolak poligami

leya | 10:48 |
Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun agama Islam menghalalkannya.
Beliau berkata, ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.
“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. “Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut,” katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis.
“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun, bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak,” katanya.

Go to fullsize image
gambar hiasan

p/s ~ isteri mmg berhak nk tolak poligami ni tp kalo dh si suami mmg ade  niat nk berpoligami ape bole buat, dah tersurat dan ditakdirkan begitu...wallahualam..mntak dijauhkan amin...^^"



14 comments:

Sofya said...

perkara paling tak best dalam hati setiap kaum hawa

leya said...

sgt btol tu kak...isteri mana yg snggup dimadukan dan brkongsi kasih ngn org lain...

ABU said...

tapi still boleh kan kan kan..hehehe

leya said...

tak boleh! grrrr

said...

mintak dijauhkan..adoihh..

leya said...

yup..tak suke kn cmtu..:(

deeya said...

poligami boley ditolak ???! yaaay ! maka xde alasan nak b'payung emas kalau hati tidak ikhlas kan ?? ^__^

mintak dijauhkan ! =)

leya said...

tau xpe...tp kalo dh laki mmg dh kemaruk nk brbini lgi nk wt cmne..dri trus buat mksiat baik kawen je kn..tp hrp2 xjadi kt diri sndiri dan yg lain jga amin..^_^

zaty said...

kalo mcm tu b4 kawen kena wat kontrak no poligami la.hihi

leya said...

btol tu! say NO to poligami! heee ;p

rara pinkmafia said...

mmg dpt payung emas.tp hati perit sape yg tau kan.hmm tolaklah.suami pon paham lah hati istri.

leya said...

tula..tp bila cinta dan nafsu mnguasai diri ape pn dh xingt dh..

ayie said...

haha ayat leya tu..mcm rela je jd bini nombor dua..hehe

leya said...

oh tidak tidak tidak...sme sekali tidak...bkn ape kuasa kt tgn laki kn..kalo kte larang or xske pn xleh nk bt ape..huuuuu..say NO to poligami yeahhhh ;D