Followers

Monday, 22 August 2011

JB dan Selena Gomez berpisah!

leya | 11:38 |

baby baby babyyy oohhhh...

erk..Salam Ramadhan 22 semua...minggu depan dah raya dah woiii...hehehe..

Pasangan merpati berjoli joli ni dengar citenye dah berpisah baru2 ni...si Selena ni la yg nak berpisah kerana antara sebabnya dia tak suke dengan kawan2 baru si JB ni iaitu penyayi2 Hip Hop...katenye takut buah hati pengat pisang dia tu terpengaruh dengan dorang2 yg masing2 ade hal a.k.a masalah2 lampau yg serius.
Waaa maknanya sayang betol la si Selena ni dgn si Bibir tu kan..bagusnye la haii...mengambil berat orangnye..caring gitu..so suwettttttt...

Singers Justin Bieber and Selena Gomez
alahai jambunya..xyah la bercinta dikk..hikhik ^^

Dan lagi katenye JB selalu menghabiskan mase hujung minggu bersama kawan2 barunya tu...kes jeles la gamaknya ni kan...penyanyi Hip Hop yg si JB baru berkawan ni, Chris Brown, rapper Lil Wayne dan Sean Kingston.

Chris Brown mempunyai dikenali mempunyai perangai buruk selepas dia menyerang bekas kekasihnya Rihanna pada tahun 2009 yang menyebabkan penyanyi “Only Girl In The World” terpaksa dikejarkan ke hospital. Brown telah didakwa kerana menyerang dan membuat ugutan jenayah.

Lil Wayne pula telah dipenjarakan selama lapan bulan pada tahun 2010 setelah mengaku bersalah kerana menyimpan senjata.

Bieber telah berkawan dengan penyanyi dari Jamaica Sean Kingston sejak merakamkan lagu “Eanie Meenie” bersama penyanyi itu pada April 2010. Minggu lepas ketika Bieber dan Sean memandu kereta Rolls Royce dan bersiar-siar di South Beach, mereka telah ditahan polis. Polis merasa ragu melihat dua orang remaja di dalam sebuah kereta mewah.

 
Yang paling buat Selena ni naik angin bila JB gi bwk Sean Kingston tu tengok persembahan dia baru2 ni...

Seorang sahabat Selena memberitahu akhbar Sun. “Selena beritahu Justin supaya tidak bersama dengan mereka. Dia tidak mahu kawan-kawan baru Bieber itu merosakkan persembahannya. Mereka telah bergaduh besar dan Selena rasa masanya tepat untuk mereka berpisah kerana Selena sedang sibuk dengan siri persembahannya.”

Bieber dikatakan sedih dengan keputusan Selena. Dia kelihatan menangis selepas mereka bergaduh besar.

Kata kawan Selena lagi. “Sebak apabila melihat seorang lelaki berusia 17 tahun menangis dan berkata yang dia cintakan Selena.”

p/s ~ sedih gamaknya si JB ni ye...dia kene buat pilihan samada kawan atau kekasih...cewahh..

2 comments:

SimplySeoul said...

At first I thought rumours only...nampaknya macam betul they break up.

leya said...

yup btol2 dorang break nie..hehe