Pernah tak korang terfikir kenapa ada lubang-lubang kecil pada biskut yg korang makan? Paling selalu nampak pada biskut tawar, cream cracker tu le....almost semua biskut tawar mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya...ianya bukanla sekadar hiasan mahupun suka-suka tapi ada fungsinya..nak tahu? jom usha...
Sebab musabab biskut-biskut ni dilubangkan adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Biskut akan mengeluarkan haba/wap, tanpa lubang-lubang tersebut biskut akan mengelembung dan kelihatan buruk. Selain itu, dengan adanya lubang-lubang ini biskut akan lebih rangup..
1 lagi nak buat lubang-lubang tu pun bukan main suka-suka hati je...kalau lubang terlalu rapat, biskut akan menjadi keras dan kering kerana terlalu banyak wap/haba yg kluar..manakala kalau lubang terlalu jauh pula gelembung-gelembung yg hodoh akan muncul..
hahaha haa amacam? skrang korang dah tahu pasal apa biskut yg korang makan tu ada lubang-lubang kan..
p/s~ sedap pula pekena biskut ni cecah kopi panas..perghhh