Followers

Wednesday, 25 May 2011

kenapa tak rogol saya?

leya | 17:13 |

~ mngkin ade yg dh dgr or baca psal kisah nie sbb kjadian thn lpas pnye...aku pn dh bce juz ttibe rse nk bce skali g dan share kt sume....hehe peace!
 
 
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yg bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yg bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
Jalan yg diambil pula agk tersorok dan tidak banyak orang yg lalu lalang pd masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.
Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat الله memohon keselamatan atas dirinya.

Dia baca ayat Kursi dgn penuh pengharapan agar الله membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yg tidak dikenali dekat lorong yg dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yg dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenal pasti suspekmelalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were aloneof course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.
Dia bersyukur ke hadrat الله kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yg dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurutsegala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.


Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yg menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan الله untuk menjagahambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya
.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,الله mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapayang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

semoga kita sentiasa dipeliara الله dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
 
 
 
 

No comments: