Followers

Thursday, 22 March 2012

Main-main pulakkk..!

leya | 13:13 |
Macam2 btol la perangai budak2 zaman skrang ni kan..Sanggup la nak merancang benda2 yg melibatkan hati dan perasaan macam tu demi kepentingan diri sendiri..tak kesian ke dgn ahli keluarga yg lain yg percaya bulat2 ape yg terjadi..mesti luluh hati dorang terutama mak ayah bila dapat tau perkara sebenar...


Ada ke patut merancang penculikan diri sendiri demi untuk meluangkan masa bersama teman lelaki kecintaan hati tu? Bagus btol lakonan die sampai adik dia pun percaya dan trauma sampai tak nak pergi sekolah...
Punyala 1 Malaysia ni bersedih meratapi penculikan dia, last2 sebenarnya ianya hanya lakonan ataupun sesuatu yg dirancang...semua dok risau kot mase die kene culik tu sebab dia perempuan kan, kot2 diculik sindiket pelacuran ke pemerdagangan org ke, keldai dadah ke kan...haru dibuatnya...sampai HOT FM sendiri ade buat slot pagi membincangkan pasal penculikan dia...semua yg menalifon pun marahkan si penculik tu..penculik? sape yg culik? kekasih hati budak prempuan tu la kan...

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.

 
p/s~ dahla skrang ni tengah heboh pasal kes culik ni, boleh pulak dia main2 mcm tu ek?!

1 comment:

Nur Fajar said...

kena culik betol2 baru tau.masa tu,baru nak menyesal.kalau iman nipis,jadi camnilah.kesian kat family,especially parent.