Followers

Friday, 30 December 2011

Eskelator gergasi

leya | 13:01 |

Di kawasan pedalaman Colombia, sebuah eskelator gergasi telah dibina bagi kemudahan 12,000 orang penduduk di kawasan tersebut yg merupakan kawasan kedua termiskin di negara itu. Ianya dibina bagi menolong penduduk disini yg perlu menaiki kawasan bukit setinggi kira-kira bangunan 28 tingkat (uuii dasyattt..). Dengan adanya eskelator ini, penduduk disini boleh turun ke pekan dengan hanya dalam masa 5-6minit sahaja berbanding sebelum ini yang memakan masa hampir 35minit (turun bukit cara manual..pkai kaki daaa..). Eskelator ni depecahkan kepada 6 seksyen supaya penduduk dari setiap bahagian dari kampung boleh menaiki eskelator dengan senang. Jom usha gambar eskelator tersebut..:



kemain santai kome berdua ye...


uiii dasyat dorang ni kat celah bedah atas bukit mane tah boleh gak buat penempatan gak ek...tapi ada 1 kemusykilan kat kepala ni...benda alah ni kan ke pakai elektrik kan?? nampak kat gambar memang tak ada bumbung kan? then kalau hujan, petir, ribut dan seangkatan dengannya macam mana?? tak ke merbahayakan nyawa dan keselamatan gak tu?? ishhh..

Thursday, 29 December 2011

Fakta Bangang...

leya | 16:06 |

@ Aurat dan urat adalah dua benda yg berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yg mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah  kawasan.

@ Kuih tat enak dimakan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya cuba kira..satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

@ Kondominium tidak ada kene mengene dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

@ Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kene cabai, cubalah cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

@ Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yg makan duit rakyat mendapat sanjungan.

@ Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa Kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?".

@ Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

@ Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

@ Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi Pop Yeh Yeh L.Ramli mungkin pernah dapat Lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat Lesen A sebab tak ada.

@ Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.
 (Mesej berunsur dakwah. Sila insaf)


Thursday, 15 December 2011

Sayang kereta basuh basuhkan...

leya | 16:27 |
Ntah kenapala anak dara sorang dibelenggu kemalasan yg teramat sangat...bawak kehulu kehilir je tau tapi jaganya xtau pun...yg tau bila masa nak ke pam stesyen utk isi minyak..hal-hal lain emmm hampeh..
Ni la kete bibah kesayangan hamba ni kemain pemalas btol nak basuhkan beliau..merata-rata najis burung sana sini pun tak diendahkan..ape kejadahnya kemalasan ku ini?? sampai ayah pun tegur "tak ada niat ke nak membasuh bibah ekau ni ha?" perghh 'niat'? hehehe btol2 mendalam maksudnya tu..pernah sekali sampai ayah sendiri yg tolong bersihkan segala najis burung yg tanpa segan silu membuang ke atas bibahku..takut lama-lama jadi berkarat kete ko katenye...dalam hati memang selalu pasang niat yg setiap ujung minggu akan basuh bibah nie...tapi dari minggu ke minggu sampai dah nak masuk bulan baru pun tak jugak dibasuhnya bibah tu...hanya sekadar lap-lap je..tu baru bahagian luar belum masuk bab kt dalam kete g..hahaha..memang kalo tengok karpet alas kaki tu memang la byk habuk batu2 kecik sume tu..memang malas btol nak kibas-kibaskan alas kaki tu bagi buang habuk sampah sume adoiyaii...kadang-kadang agak segan + malu gak la kalo kawan2 or member opis yg tumpang naik skali..mesti dorang ckp mcm2 punye la...huh tu la puncanya pun dari diri sendiri gak kan..sape suruh pemalas yg amat...okla2 mulai saat ni ataupun emm start tahun depan la ek (kira azam tahun baru gak tu) akan ku rajinkan diriku ini untuk membasuh dan membersihkan kete bibah kesayangan hamba tersebut...kesayangan 1 family gak tu almaklum tomey hahaha...


p/s ~ nak anginkan tayar pun malas gak ni camne??

Friday, 9 December 2011

~Mat Rempit Sempit

leya | 12:25 |
Diserang dan disamun oleh bukan sorang,bukan 2orang mahupun 3orang tapi 10orang Mat Rempit amatlah menakutkan dan merisaukan...dorang ni memang dah tak ade keje..tu je la keje yg mampu dorang buat merempit buang masa pastu merompak menyamun tak tentu pasal..memang what the frog dorang nie...tak tau dah nak kate ape..macam tuuuuttttttt....kt jalan raya kemain berlagak press motor kuat2 konon nak bgtau yg die tu mat rempit sejati..ade aku kesah! pastu dorang ni kalo dengan geng boleh la berlagak konon bagus dah merempit ramai2,ragut sana,samun sini..cuba bt sorang2 tengok? 10 lawan 1 memang la dorang menang..bukan menang lagi dah memang berjaya success btol tu..cuba bt kje merempit,merompak,meragut,menyamun sume sorang2..boleh? dahla kurang wangi,kurang ilmu,kurang akal pendek  kate memang serba kekurangan la dorang sume nie..hidup nak menyusahkan orang je..tak fikir ke perasaan orang lain? kalo ye pun fikirla perasaan family dorang terutama mak bapak dorang..tak ke kecewa + sedih kalau tau perangai n kegiatan tak bermoral dan tak berperi kemanusian anak2 dorang ni...mat2 rempit ni pun menyamun ramai2 sebab nak kaburkan mate si mangsa..bila dah ramai sangat kite pun jadi mcm blur mana 1 or mcmana nak buat report kt polis..kalo 1,2 motor boleh kan nak amik no plat moto ke atau nak cam gaya sememeh dorang tu..tapi kalo dah sampai 10org ape bole buat...cuma harapla kt dorang ni janganla cederakan mangsa2 yg dorang samun tu karang berganda2 plak dosa kalau si mangsa tu meninggal..
mintak dijauhkan dari disamun atau terserempak dgn mat2 rempit lahabau nie..amin..^^


p/s~ camane la nak hapuskan mat rempit nie? nak sumpit dorang sekor2 bole?

Monday, 5 December 2011

Chill yawww...

leya | 12:00 |
Mari kenali Pak Pandir....

erk..ni popeye

* Dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* Dia fax surat dengan stem diatasnya.

* Cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* Cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* Study hard untuk ujian darah.

* Tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* Fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* Vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* Mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

Wednesday, 30 November 2011

Anak Datuk rupenya...

leya | 14:37 |

Hari tu tgk NONA kt tv3 ari ahad tu ada segmen lelaki dan artisnya Johan Asaari aka BOTAK...lepas dah abeskan cite pasal life die, die perkenalkan kt mak die, Datin bla bla bla....uwaaaa anak Datuk rupanya mamat ni ekkk...barula ku tau selama ni...nampak dia sangat low profile kan mcm stok budak2 hingusan dari kampung jek oppsss...hehe..memang datang dari family yg low profile la kot tengok mak die pun biasa2 je mcm mak2 kite gak...tapi okla kn low profile cmtu baru sejuk hati tengok...

Barula faham sebab apenya si Johan ni menjadi rebutan 2orang wanita jelita lagi gedik iaitu Fasha Sandha dan Izreen Azminda...yg Izreen tu okla lagi sebab dorang pun same2 baru + same2 berlakon dalam Juvana kan...tapi yg si Fasha tu ape hal plak kan..memangla sama2 berlakon Cinta Elyssa tu tpi nak menggedik sangat dgn Johan tu..mula2 memang pelik tengok kemesraan dorang berdua mcm pasangan kekasih kan...tapi ni firasat Leya je la mungkin Fasha memilih atau lebih tepat lagi menggedik ngn Johan ni sebab die anak Datuk..Wallahualam la kn...mane tak nye gosip cinta pompuan tu nak dengan yg golongan ada2 je mana ada dgn org kebanyakan kan? dgn Jejai la pastu ada Datuk muda tu pastu dgn Qabil yg main kuda tu...


Mula2 ada gak terfikir pasal apa yg dua2 pompuan tu berebutkan Johan yg nampak innocent + nampak suci je muka die tu kan..mungkin la antara sebabnya pasal dia anak Datuk kan...hehe..Wallahualam ^^

Thursday, 24 November 2011

Tak pasal pasal....

leya | 12:43 |
Kisahnya hari sabtu yg lepas Leya pegi ke majlis kawen kawan skolah dlu kt dewan..so haruslah kt luar dewan kiri kanan jalan penuh sesak dgn kenderaan yg parking kan...kiranya 1 lane je la kenderaan yg boleh lalu, maka perlulah ada kesedaran civik + amalan bertolak ansur sesama pemandu dikala menempuh keadaan yg sukar mcm tu..

Nak dijadikan cite mase nak balik dari majlis bertembungla dgn kereta dari arah bertentangan..kiri kanan ada kereta, depan ada kereta, belakang pn ada kereta gk tggu turn nak jalan...means Leya dah stuck kt tengah2 kawasan sesak tu..kereta depan Leya dah berjaya menyelit kt tepi sebab ada space memang ngam untuk die...so nak tak nak Leya bagi lampu tinggi kt kereta bertentangan tu dan suruh die reverse sebab belakang die tak ada kereta dan ada space utk menyelit...tak nampak plak hamba Allah kt dalam kereta tu sebab cermin tinted...lepas dia reverse skit kereta depan Leya tadi pun bole kluar dan selamat dia mnempuh keadaan sesak tu...then Leya punya turn lak masuk kt space kereta depan tadi tu kan sebab nak bagi kereta bertentangan tu lalu...dengan tidak semena-mena nya kerete tu lepas lalu sebelah Leya die menjerit sekuat hati 'BODOHHHH...!!!' kt Leya..! what the....???!!! Ya Allah agak sentap kejap la kt situ sebab tak memasal LELAKI tu boleh menjerit cm orang gila kat PEREMPUAN?? tertekan sangat ke sebab perempuan bagi lampu tinggi n suruh die mengundur?? heloo aku bukan suruh ko reverse sesuka hati untuk kepentingan aku sorang je ok! kiri kanan aku kereta, blakang aku kereta gak ko cuba bgtau aku camane cara nya aku nk bergerak?? memang tak pakai otak btol mamat tuh! tak GENTLEMAN langsung ok jerit2 kt perempuan mcm orang gila?!


Nasib baik Leya tak pandang langsung muka mamat bedebah tu sebab tgh sebok meng'adjust' kereta nak bagi laluan kt dia (lagipun mmg dah dapat agak dah dari cara dia reverse tu die tengah dlm keadaan tak puas hati sebab tu tak nak pandang dia)...mak Leya kt sebelah la cite, muka mamat tu byk jerawat tak hensem n muka memang tengah menahan marah! memang Leya xpaham btol la ngan die dan sebab musabab yg dia nak naik angin sampai mcm tu skali...kalo ye pun tak puas hati, buat muka je la atau kasi hon skali...xperlu la ko nak menghambur perkataan yg bukan2 mcm tu, menjerit tak tentu pasal kt perempuan plak tu...kalo nak ikutkan kesentapan hati ni, memang sampai hari ni still terasa lagi ni..mana tak nya agak kuat la die jerit 'BODOH' tu...for sure orang sekeliling boleh dengar dengan jelas...hari tu memang 1hari mnyumpah kt dia biar dia dapat balasan dari Allah sebab menghambur kata hinaan kt kaum hawa yg lemah ni..Allah maha adil...^^