Followers

Thursday, 29 September 2011

~ Senangnye kau kene tipu...

leya | 15:39 |
Hanya melalui email dan laman sosial mudah sungguh wanita2 di malaysia ni ditipu. Dengan ayat2 manis dan gambar hensem baekkk punye, dorang dengan mudahnya diperdayakan oleh foreigner2 dri Nigeria la, Africa la, Nepal la, Turkeministan la Setan la dan byk lagi la..baru disuakan dengan gambar2 menarik sikit dah boleh kene tipu apela punye bengap sangat...kalo pakai santau atau pukau ke lain la cite tapi ni kene tipu hanya melalui internet seperti facebook dan tagged...how come?
Foreigner2 ni hanya menggunakan ayat2 manis melalui surat, puisi2 cinta, skrip cinta bagai dan gambar mat salleh mane die cilok tah...diklasifikasikan sebagai penipuan internet..

~ agaknya dorang letak gambar abg pitt ni tak? hihihik

Menurut laporan dan statistik PDRM (dah macam pengacara 999 plak rase..) seramai kurang lebih 774 orang wanita di negara kite ni dilaporkan terkono (hehe maap ayat trlebih sempoi..) dalam tempoh 8 bulan sahaja dan sebanyak RM 24juta berjaya dikaut oleh mat2 foreigner tersebut..banyak tak banyak??

Dorang tu lagi cerdik, mana yg nampak mcm tengah kesepian ke ketandusan kasih sayang ke dorg bantai la ayat2 manis sume kasi cair wanita2 malaysia nie...so dah kemaruk punya pasal ape lagi gi bank in kan je duit2 or harta2 yg ada ke acc si samdol2 lahabau tuh..punye senang dorang dpt duit kan..sehari maunye leh dapat dalam RM 100 cmtu..

p/s ~ dahla dok menumpang kt tempat orang berani lak nak buat kerja tak bertamadun tu ek..dunia dunia..


Wednesday, 28 September 2011

~ Selamat Tinggal Syawal...

leya | 12:04 |
uwaaaa arini dah 30 Syawal tau maka hari terakhirla kite nak berhari raya...kejap sungguh mase berlalu rase mcm baru jek puasa (cewahhh..)..mane2 yg rase masih ade rumah2 kawan atau sedara mahupun jiran tetangga yg belom dikunjungi silalah berbuat demikian sekarang atau sebelom jam 12 tgh mlm karang...
uwaaa sedih tau dah abes raya dahla setahun sekali jek hehehe...mesti time weekend aritu korang semua beraya sakan kan pegi ke open2 house mane yg ade almaklum minggu terakhir Hari Raya..
samela jugak ngan aku...hari Sabtu pegi ke open house ehem2 di Cheras nun bersama ngan akak2 tercinta.. name pon 1st time pegi umah beliau maka kesesatan la kami bertiga...ekceli bukan sesat cuma terlajak jek kedepan so kenela u turn balik...sesat time dah sampai ke kawasan perumahan die sebab terlalu banyak lorong n rumah..Alhamdulillah sampai jgak akhirnya selepas calling2...


~ fiwettt...harus ye bersopan (nak jumpe bakal mak mertua)

Tu siang time malamnye pulak sedare mare sebelah ayah plak datang beraya ke rumah kami...ade le dalam 3,4 kete...kecoh la kejap umah tu dengan pkcik makcik oghang nogori sumo eh..ditambah pula dengan dua org kanak2 riang yg kecoh gamat..baru 2org kalo 10org?? rindu plak dgn kazen kecik sorg tu umur 3thn si Damia....ramah dan bijak budaknya comel sgt..tak boleh dok diam..memang tak sunyi la kalo dok berdua ngn dia...


~ Damia si mak nenek... rindu dia


ok esok plak ari Ahad kami plak pegi beraya ke rumah sedara2 ayah yg datang belah malam tadi tu...kebetulan rumah dorang pun dekat2 jek kt Cheras..rupenya dekatla jugak dgn rumah ehem2 yg pegi o.house sabtu aritu...kalo nak pegi umh dorang time ari2 biasa ni memang tak la kan sbb masing2 pun sebok jek ngn keje dan hal masing2...


~ time balik ade geng2 lambongbini ke perari tah berderet2 siap polis control..(macho la konon..)

Dah sampai rumah malam tu terus plak ke rumah jiran ade buat makan2 skit...maka itula kot rumah terakhir disinggahi utk Hari Raya tahun ni...uwaaaa sedih lak rase...time puasa dulu kemain eksaited ngn juadah berbuka pastu dgn xsabar nak pulang ke kampung berhari raya...bila dah raya kadang2 rase rindu time2 bulan puasa dulu pastu sebok jalan2 beraya rumah sanak saudara, kawan2 dan jiran tetangga..skang ni plak bila raya plak bakal melabuhkan tirai rase sayu jek hati ni...tak sangka btol cepat mase berlalu...isk isk isk..


Friday, 23 September 2011

2 Diana kini bertudung....

leya | 12:35 |
Salam Jumaat semua....

Semenjak 2menjak ni dah ramai gak la artis perempuan kt msia ni yg mula memakai tudung...
Alhamdulillah la Allah dah buka hati diorang utk menutup aurat dan kalau bole biarlah ikhlas..
Yang menarik perhatian diorang menutup habis btol2 aurat diorang dan menjaga penampilan sesuai la kan dengan imej baru tu (xdela mcm sorg artis top tu yg siap dah g umrah berkali2 tapi still pakai selendang nampak jambul n pakai ketat..ahakss..oppsss terkutuk plak!)

Start dgn Irma Hasmie ex Nabil tu pastu Raja Farah (wlaupun still nmpak leher..slow2 katenye..), then yg latest Siti Nordiana dan Diana Amir...jom usha imej terbaru mereka...



~ Siti Nordiana...haa kan lawa gini siap berjubah skali...i loike


~Diana Amir..pun lawa gak mcm Arab daaa

Diana Amir ni cakap beberapa bulan kebelakangan ni dia asyik bermimpi pasal kematian dan Hari Kiamat katenye..dari situlah dia mengambil keputusan utk berubah...skang die nak mendalami ilmu islam dgn lebih mendalam lgi..dia pun ade berjumpa ngn Irma Hasmie n Wardina utk mendapat nasihat n dorongan...Alhamdulillah...xpela slow2 kan yg penting ikhlas berubah kerana Allah S.W.T...

p/s ~ terus jadi minat ngn dorang tau lepas dah tukar imej ni hihihihik

Thursday, 22 September 2011

5 Fesyen yg digemari wanita tapi tidak disukai lelaki

leya | 12:28 |
1) Cermin mata besar- Ramai wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar,mereka akan kelihatan lebih  mewah dan bergaya. Tetapi bagi lelaki, wanita yang gemarkan memakai cermin mata yang besar dan tidak sesuai dengan bentuk muka kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amat penting bagi seseorang wanita untuk memilih saiz dan bentuk cermin mata yang benar-benar sesuai dengan wajah mereka. (spek yg kecik tak rock arr..! hahaha..)

~ bukan saye

2) Bibir yang merah menyala- Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa mereka akan kelihatan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah. Tetapi lelaki tidak sukakan warna yang terlalu terang kerana mereka merasakan seolah-olah sedang bercakap dengan badut. Lelaki lebih sukakan kesederhanaan. Wanita harus lebih peka dalam pemilihan warna lipstick yang bersesuaian dengan kulit mereka. (penah buat time kanak2 jek baru comel tapi time besau ni xde makne le..senyuman yg manis jek dah cukup..cewahhh.!)

3) Bulu mata- Memang tidak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lebih cantik pada pandangan lelaki. Tetapi sekiranya bulu mata palsu yang terlalu panjang dan melentik digunakan, lelaki akan merasakan bulu mata yang dipakai oleh seseorang wanita itu kelihatan seperti bulu penyapu dirumahnya. Wanita dinasihatkan untuk tidak memilih bulu mata yang terlalu panjang. Lelaki lebih sukakan bulu mata yang asli berbanding bulu mata palsu. (alhamdulillah still pkai yg asli ngeee ^^)

4) Selipar/Kasut- Mungkin ada diantara sesetengah wanita lebih suka memakai selipar/kasut berbanding kasut tumit tinggi. Ini adalah kerana ianya lebih selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi. Pelbagai jenis selipar/kasut yang cantik-cantik boleh didapati di pasaran sekarang. Tetapi walau secantik manapun selipar/kasut yang di pakai oleh seseorang wanita, lelaki pasti lebih gemarkan wanita yang memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambahkan keayuan mereka. (yer saye suke pkai selipar baru bole jln lelaju tak gitu? kasut pun pkai jenis palm shoes jek..aku nk pakai high hills? jgn harap!)

5) Pakaian yang terlalu seksi- Seseorang wanita yang memakai pakaian terlalu seksi memang mendapat perhatian daripada lelaki.  Tetapi lelaki akan merasakan wanita yang seksi adalah seseorang yang kurang mendapat perhatian. Dan dengan pemakaian yang seksi mereka mendapat perhatian yang secukupnya. Tambahan lagi untuk lelaki yang bernafsu kuda. Wanita dinasihatkan untuk memakai pemakaian yang lebih tertutup untuk mengelakkan daripada perkara buruk menimpa diri mereka. (pakai baju kurung pun bole nampak seksi tau kalo kene ngn gayanya..tp sbgai muslimah kenela ada batas2 nya ye)


p/s ~ kalau kene pada keadaan,tempat dan masa xjadi msalah pun kalo nak praktikkan asalkan ada batasannya...kn?


Tuesday, 20 September 2011

mak ok jek...

leya | 13:36 |

Mak ok jek...tu la kot si pemandu ni cakap time tersadai sorang2 kt dalam van dia yg sebelah tayar dah termasuk dalam lobang...
haa padan la ko sape suruh tak menyabar sampai lane belah kiri celah mane tah pun ko nak memotong kan.. rasekanla..orang tamak selalu rugi...tamakkan jalan sangat, rugila mase ko time tersadai sorang2 kt situ..
pandaila sangat kn gi lalu kt tempat lecak lopak air tu..ntah ape ade kt belah dalam tah...kan dah terkono..
ko pentingkan diri ko kan gi memotong kt lane kiri kt celah mane sesuka hati, skang org lain pon pentingkan diri dorang xnak tolong ko...lagi2 time hujan..

huh sabo je la dengan perangai manusia zaman skrang ni...

Monday, 19 September 2011

4 Ketidaksempurnaan wanita yg disukai Lelaki

leya | 14:08 |
Setiap wanita didunia ini amat sukakan kecantikan. Apabila mereka merasakan bahawa mereka tidak cantik, pasti keyakinan diri mereka akan berkurang. Tetapi, ramai wanita yang tidak sedar bahawa ketidaksempurnaan mereka akan membuatkan mereka unik dan akan menjadi tarikan lelaki. Seharusnya, wanita tidak harus berasa rendah diri dengan ketidaksempurnaan yang mereka miliki. Ia adalah kerana ketidaksempurnaan mereka adalah perkara yang disukai lelaki.

(1) Berbadan gempal- Kebiasaannya wanita yang berbadan gempal ini akan kurang keyakinan diri. Mereka akan merasakan disebabkan faktor fizikal mereka yang kurang menarik akan menyebabkan mereka tidak disukai lelaki. Tetapi tahukah anda bahawa sebahagian besar lelaki lebih cenderung untuk memilih wanita yang berbadan gempal berbanding daripada yang berbadan kurus. Ini adalah kerana terdapat ramai lelaki yang sememangnya gemar terhadap wanita yang berbadan gempal dan ia merupakan tarikan utama untuk mereka.

(2) Payudara kecil- Adalah suatu perkara yang agak mustahil sekiranya dinyatakan lelaki tidak suka melihat payudara yang besar. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kebanyakan lelaki asia terutamanya, tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Mereka tidak kisah akan saiz payudara pasangan mereka. Selain daripada itu, ada juga sebahagian lelaki menyatakan wanita yang mempunyai payudara yang kecil adalah ciri wanita yang disukai mereka.

(3) Gigi jarang dihadapan- Gigi adalah merupakan aset penting untuk mencantikkan senyuman seseorang. Senyuman yang cantik pula adalah perkara yang sangat penting untuk wanita kerana ia merupakan tarikan utama terhadap mereka. Wanita yang mempunyai gigi jarang dihadapan juga perlu yakin dengan senyuman mereka. Ini kerana gigi anda yang jarang adalah perkara yang disukai lelaki. Bukan semua lelaki sukakan kesempurnaan. Ada juga lelaki yang memegang prinsip bahawa sekiranya fizikal seseorang wanita itu sempurna, ia bermakna tiada keunikan yang membuatkan mereka tertarik kepadanya. (gigi aku jarang kt depan sbb tu snyum kene cover skit hihihihik)

(4) Tahi lalat dibahagian muka- Adakah benar tahi lalat di bahagian muka akan memburukkan lagi wajah anda? Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Keunikan pada anda adalah perkara yang disukai lelaki. Tidak perlu anda berusaha untuk menjalani proses pembuangan tahi lalat kerana ia adalah merupakan tarikan dan identiti utama untuk diri anda. Tiada alasan mengapa anda perlu membuangnya. (tahi lalat kt muka cantik what..manis jek - sbb aku ade 3 tahi lalat kt muke ngeee)


p/s ~ ape pun kecantikan luaran belum tentu dapat menjamin kebahagian...^^

Thursday, 15 September 2011

~ Tak tahan punye pasal....

leya | 14:29 |

Kejadian berlaku hari Sabtu yg lepas kt Kompleks PKNS Shah Alam... tetibe tringat kejadian ni sebab opismate dok cite pasal hal yg sama tapi berlainan isu (camane tu..?)

Kisahnya ialah aku telah termasuk salah TOILET! bukan termasuk lagi dah tapi sudah masuk.. damn btol la! camne aku bole tak perasan mane 1 toilet jantan mane 1 toilet betina ni?? sebab sebelum ni aku memang agak alert untuk masuk ke toilet takut tersalah masuk, sampai 2,3x gak la aku dok usha pintu samaada btol ke tak toilet yg aku masuk ni...

Al-kisah tak tahan menahan tuuttt punye pasal aku telah memecah tradisi (cewahh..) dengan masuk toilet LELAKI...! aku tengok gambar yg letak kt pintu tu macam lebih kurang jek sebab tu la aku bole tersalah masuk (alasan nak cover)
Toilet ni pun jenis hidup segan mati tak mau jek sebab letaknya dihujung ceruk celah bedah nunnn...kire pilihan terakhir la kalo nak singgah masuk situ...hanya ada 2jamban jek kt dlm tuh..masuk jek toilet trus menuju ke pintu jamban (antara sebab aku tak perasan toilet laki)
Toiletnya MASYAALLAH..! kotor yg amat...baunya tak usah cakap la hanya Tuhan jek yg tau...oleh kerana tak menahan punya pasal ku gagahkan jua.. maka start la bebelan si gedik ni semasa proses pembuangan (maafkan ketidaksopanan ayat ini)..masuk jek aku dah membebel cakap sorang2 pasal ketidakpuasan hati aku dengan keadaan toilet tuh....KOTORNYA! BUSUKNYA! eiiiyaaaa..! uwekkkkkk..! antara perkataan yang keluar semasa kejadian...rasenya kt jamban sebelah ada hamba Allah gak kot tengah melakukan aktiviti sama tapi jenis yg berlainan (ooppsssy..!) dan mungkin (bkn mngkin dah memang cnfirm) dia dengar bebelan aku kt sebelah tuh! isshhhhhh malunyaa! dahla salah masuk toilet, membebel plak lagi..
Dah selesai membuang aku sempat toleh ke bahagian sinun...eh ade lelaki? tp nampak dari belakang jek (nasib baik..!) die tgh btulkan zip sluar rasenye (hehehe..gelak jahat sambil tersipu)...aku dah stat rase lain dah..aku yg salah masuk ke dia?? lepas dh kluar sempat jeling kt pintu toilet sebelah..DAMN! aku yg salah masuk! !@#$$%^%^% btol!
Mamat yg tadi pun baru kluar then direct dia cakap "toilet sebelah le.." sambil tersengih..
Aku buat bodo jek sambil borak2 ngan akak aku..hehehe...maluuu dohhhh!
nasib baiklah tak ramai yg mnyinggah toilet tu time tu...keadaan toilet tu tak dapat aku nak gambarkan ngn perkataan sebab terlalu teruk keadaannya...pertama dan terakhirla aku nak masuk toilet tu (kalo wangi dan cantik nak gak singgah lagi hihihihik)

1295842771807044645
~ kalo ade signboard cmnie ok ke? hahaha