Followers

Thursday, 15 September 2011

~ Tak tahan punye pasal....

leya | 14:29 |

Kejadian berlaku hari Sabtu yg lepas kt Kompleks PKNS Shah Alam... tetibe tringat kejadian ni sebab opismate dok cite pasal hal yg sama tapi berlainan isu (camane tu..?)

Kisahnya ialah aku telah termasuk salah TOILET! bukan termasuk lagi dah tapi sudah masuk.. damn btol la! camne aku bole tak perasan mane 1 toilet jantan mane 1 toilet betina ni?? sebab sebelum ni aku memang agak alert untuk masuk ke toilet takut tersalah masuk, sampai 2,3x gak la aku dok usha pintu samaada btol ke tak toilet yg aku masuk ni...

Al-kisah tak tahan menahan tuuttt punye pasal aku telah memecah tradisi (cewahh..) dengan masuk toilet LELAKI...! aku tengok gambar yg letak kt pintu tu macam lebih kurang jek sebab tu la aku bole tersalah masuk (alasan nak cover)
Toilet ni pun jenis hidup segan mati tak mau jek sebab letaknya dihujung ceruk celah bedah nunnn...kire pilihan terakhir la kalo nak singgah masuk situ...hanya ada 2jamban jek kt dlm tuh..masuk jek toilet trus menuju ke pintu jamban (antara sebab aku tak perasan toilet laki)
Toiletnya MASYAALLAH..! kotor yg amat...baunya tak usah cakap la hanya Tuhan jek yg tau...oleh kerana tak menahan punya pasal ku gagahkan jua.. maka start la bebelan si gedik ni semasa proses pembuangan (maafkan ketidaksopanan ayat ini)..masuk jek aku dah membebel cakap sorang2 pasal ketidakpuasan hati aku dengan keadaan toilet tuh....KOTORNYA! BUSUKNYA! eiiiyaaaa..! uwekkkkkk..! antara perkataan yang keluar semasa kejadian...rasenya kt jamban sebelah ada hamba Allah gak kot tengah melakukan aktiviti sama tapi jenis yg berlainan (ooppsssy..!) dan mungkin (bkn mngkin dah memang cnfirm) dia dengar bebelan aku kt sebelah tuh! isshhhhhh malunyaa! dahla salah masuk toilet, membebel plak lagi..
Dah selesai membuang aku sempat toleh ke bahagian sinun...eh ade lelaki? tp nampak dari belakang jek (nasib baik..!) die tgh btulkan zip sluar rasenye (hehehe..gelak jahat sambil tersipu)...aku dah stat rase lain dah..aku yg salah masuk ke dia?? lepas dh kluar sempat jeling kt pintu toilet sebelah..DAMN! aku yg salah masuk! !@#$$%^%^% btol!
Mamat yg tadi pun baru kluar then direct dia cakap "toilet sebelah le.." sambil tersengih..
Aku buat bodo jek sambil borak2 ngan akak aku..hehehe...maluuu dohhhh!
nasib baiklah tak ramai yg mnyinggah toilet tu time tu...keadaan toilet tu tak dapat aku nak gambarkan ngn perkataan sebab terlalu teruk keadaannya...pertama dan terakhirla aku nak masuk toilet tu (kalo wangi dan cantik nak gak singgah lagi hihihihik)

1295842771807044645
~ kalo ade signboard cmnie ok ke? hahaha


Wednesday, 14 September 2011

~ sms ohh sms ~

leya | 14:54 |
Tadi kejap dok singgah menyinggah kat blog sini dan tertarik dgn post ni pasal 5 Dilema yg Dihadapi Pembaca SMS. Sedar tak sedar bole dikatakan setiap hari akan ade SMS cmtu yg kite terima dr kenalan2 kite... apakah ia? jom baca saje nak share ngn kamu orang... hihihik


Kebanyakan pembaca sms menyatakan bahawa mereka akan merasa gembira sekiranya menerima sms hahaha… Ini adalah kerana mereka merasakan si pemberi sms btol2 ikhlas ketawa ke atas jenaka yang mereka cuba sampaikan. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemberi sms mereka amat2 hargai. Bayangkan anda sedang cuba menyampaikan jenaka tetapi tidak mendapat respon yang diharapkan, pasti akan merasa sedih bukan ??. Begitulah juga dengan pembaca sms. Ia juga akan mempengaruhi mentaliti mereka untuk terus berjenaka dengan pemberi sms.
Perkataan hehe pula lebih menunjukkan perwatakan si pemberi sms. Ramai di antara pembaca sms yang setuju bahawa perkataan hehehe lebih menunjukkan perwatakan si pemberi sms yang comel. Pembaca sms juga tidak merasa meluat dengan perkataan ini. Perkataan ini juga amat disenangi oleh pembaca sms. Ianya lebih kepada komunikasi secara mudah tanpa melibatkan perasaan di antara pemberi atau penerima sms.
Untuk perkataan huhuhu pula, kebanyakan pembaca sms merasakan ia lebih bermaksud memerli mereka. Mereka akan merasakan pemberi sms tidak selesa keatas pendapat atau jenaka yang mereka cuba sampaikan. Ia juga akan mempengaruhi mereka untuk lebih berhati-hati apabila mahu memberi apa2 pandangan atau pendapat kepada si pemberi sms. Ini juga berkemungkinan menunjukkan bahawa pembaca dan pemberi sms adalah tidak sealiran.
lalala pula lebih kepada penonjolan perwatakan pemberi sms itu sendiri. Kebanyakan pembaca sms merasakan bahawa si pemberi sms cuba menunjukkan sikap dirinnya yang cool atau sambil lewa terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Pada kebiasaannya mereka akan merasakan sedikit meluat kepada pemberi sms yang cuba menunjuk cool. Tetapi ini tidak menjejaskan mereka untuk terus berkomunikasi kerana pembaca sms tidak terasa hati. Perkataan lalala lebih menjurus kepada syok sendiri pemberi sms daripada melibatkan soal perasaan di antara kedua-dua blah pihak.
Bagi sesetengah pembaca sms perkata hmm…. atau ermmm…. membawa maksud yang sama. Tetapi ada juga di antara pembaca sms menganggap mksud bagi kedua2 perkataan itu adalah berlainan. Bagi sesetengah pembaca sms, perkataan hmmm…. lebih kepada keluhan si pemberi sms.  Mereka merasakan si pemberi sms berkemungkinan mengeluh mengenai topik yang sedang dibincangkan. Perkataan ermmm… pula lebih kepada persetujuan terhadap pandangan atau pendapat yang diberikan. Pembaca sms juga lebih merasakan bahawa perkataan ermmmmm lebih menyenangkan hati mereka daripada perkataan hmmmm…….

~ ha cmne? terjawab ke persoalan yg tak dipersoalkan sgt? hehehe

Tuesday, 13 September 2011

~ Demam panas 3hari..... meninggal

leya | 14:33 |
Demam berpanjangan selama 3hari berturut-turut, doktor sahkan kanak-kanak perempuan umur 3tahun meninggal dunia ....
Tu la dia demam ni pun kadang-kadang xboleh dibuat main atau dipandang ringan je terutama demam pada suhu yg sangat panas dan berpanjangan (kanak-kanak terutamanya).. silap haribulan boleh membawa maut macam kes budak ni.. mungkin ketahanan imunisasi dalam badan dia xkuat atau belum kuat nak lawan sakit... (suka ati aku jek cakap)
Kasihan dia baru 3tahun menjenguk dunia dan berkasih sayang dengan keluarga tercinta sudah diambil Allah.
Apa boleh buat Allah lebih sayangkan dia... budak perempuan ni anak sulung kepada pelakon dan bekas penyanyi, Safura Yaacob dan suami die pun pelakon gak, Sharonizam. Tak berapa cam? Lihat gambar


KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul Ghani
Arwah didukung ayahnya Sharonizam... Safura bersama anak kedua


Menurut Harian Metro, gambar ni diambil dalam bulan Ogos lepas untuk program Hari Raya.. alahai cepat masa berlalu, tak tersangka langsung yg dia akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya ....

“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.

“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.

Monday, 12 September 2011

~ alahai kesiannya ....

leya | 12:46 |
Salam Monday Blues semua ... kemalasan bekerja? saye juge begitu ... hihihik

Pagi tdi terbaca dalam paper Metro pasal bayi baru lahir ade masalah .. otak die ade kt luar tempurung kelapa ... kesian sgt bile dengar dan tengok berita cmni kan.. dahla parent die memang menanti saat kelahiran bayi ni sebab dah menunggu hampir 6 tahun untuk menimang cahaya mata pertama... dan bayi ni dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos yg lalu...

Yang paling sedih dan terkilan bila doktor cakap yg bayi ni hanya menunggu masa untuk dipanggil Allah s.w.t kembali kepadaNYA... hancur luluh hati mak ayah die dengar berita menyedihkan cmtu... kes macam bayi ni pun memang baru pertama kali terjadi dalam sejarah kelahiran bayi kt negara ni...

Mak ayah baby ni pon kecewa gak sebab pihak hospital tak dapat mengesan keadaan bayi sejak dari dalam kandungan... sepatutnya sejak usia kandungan dalam 5, 6bulan dah bole tahu keadaan bayi samada sihat atau sebaliknya... setiap kali check up doktor n nurse ckp keadaan ibu dan bayi selamat tiada masalah.


DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala.
~ bayi yg menderita ....


Ayah bayi ni pun ade berjumpa pakar perubatan untuk mengenal pasti punca masalah bayi die jadi cmtu tapi xdapat jawapan jgak.. apa pun die tetap redha dgn nasib menimpa anak die...


p/s ~ kita hanya merancang, hanya DIA yg menentukan...

Friday, 9 September 2011

~ Top up pun nak kene tax gak ke ??

leya | 10:45 |
Salam Jumaat semua ....

Dengar cite skang nie semua perkhidmatan pra-bayar (prepaid) akan dikenekan charge 6% mulai minggu depan tak silap aku ... haihhh sangatlah membebankan pengguna, kalo beli top up rm10 dah lak kene tmbah lagi 60sen tak ke leceh tuh nak kene sediakan syiling lak ... kalo yg nak top up rm50 lak tak pasal2 kene tmbah lak lagi rm3 ... fuhhhh rm3 leh beli burger sebijik knyang la gak .... dah macam makan kt Fast Food lak ek nak kene tax bagai ...


Celcom Airtime Recharge Card (Malaysia) - RM30


Maxis (Malaysia) Reload Coupons - RM60


DiGi Super Reload RM 15

Apakah releven nya menaikkan atau mengenakan charge keatas Prepaid tersebut? siapakah pihak yg bertanggungjawab dalam hal2 cmnie ek? Kerajaan ke NGO ke? Swasta ke?

Adakah kadar cas keatas SMS dan panggilan akan dikurangkan?

Kepada yg kerap menopap tu geleng kpale la dorg dengar berita ni ... duit charge tu bole la gak buat bayar parking ticket ke kan pada yg bekerja dan pada yg tgh belajar bole la gak kumpul utk buat duit masuk washing machine ke, beli air gedegang ke (air tin tu), bayar assignment ke ...

haihhhh... duit ohhh duit ...

Wednesday, 7 September 2011

~ messy but tasty ~

leya | 16:24 |
Salam 9 Syawal semua! kejap btol dh seminggu lebih kte berhari raya ye...
Hari ni 1st day aku masuk keje balik setelah bercuti panjang (jangan jeles..) teramatlah malasnye haihh nak bekerja... tapi ape bole buat demi sepinggan nasik.... sampai jek opis melambak2 keje menanti kt atas table... sabo aje le...

Okla bukan nk cite pasal keje tapi nak cite psal time xde keje... semalam le aku cuba try test buat apam polkadot xbape dot tu.. almaklum bahan sume dah ade tnggal kerajinan dan kesungguhan je lagi... bkk tv ade org buat,bkk magazine pn ade org buat siap bg resipi,bkk blog pn melambak2 dorg dok post pmbuatan benda alah nie.. so tibalah giliran aku lak nak mencuba mmbuatnye pun...
abes dapur mak aku tunggang langgang mcm kapal pecah dikerjakan oleh anaknya ini... maka janganla singgah ke dapur tatkala aku sedang bertungkus lumus membuat benda2 alah yg seangkatan dengannya, juling mata kamu org nanti...

Baiklah mari menyaksikan hasil atau rupanya benda alah yg di war war kan tadi... taraaaaaa........





~ Apam Polka dot comot ~

dah macam berbintat jek aku nengok... saje jek up close kan yg agak cantik skit.. mane yg filling die terkluar2 harus diletakkan di belah bawah ye...
oh ya mesti nak tahu bagaimanakah rasanya bukan?
sehingga menjilat ibu jari kaki wa cakap lu!
rasa seketul, trus berketul2 nak amik lagi... (berdasarkan pengalaman)
memang senang bangat nak buat ia.. lagipun pakai kukus bukannya bakar oven so mmg xde istilah hangus ke ape ke.. jadi marilah beramai2 membuat ia... HIDUP APAM POLKA DOT..!!! erkk

Sunday, 4 September 2011

SELAMAT HARI RAYA...!!!! hahaha

leya | 02:24 |
Salam 5 Syawal semua...amboi lame btol silent blog goblog aku nih..ciannn die..
so lom terlambat g nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir...Batin xde kn? kepada semua umat islam seluruh pelusuk dunia (amboi..mcm 1 dunia lak bace blog aku nih..)...kepada semua blogger2 dan sesiapa sahaja yg membaca lagi menyinggah blog yg kesian ini..jika selama berblog ni ade terkasar bahasa, terguris hati tatkala membaca,terasa,tersentap,dan lain2 lagi moga diampunkan...diri ini hanya insan yg lemah.. isk isk isk


ehhh ok2 dah.... skang mood raya g nie (ade ke?)... aku baru jek pulang dr kampung ku di melaka mlm semalam..cpt betol mase berlalu ek? rase cm baru jek smlm aku pack beg baju nk blk ke kampung..uwaaaa sedih2 ....

pengalaman raya tahun ni? emmm nothing much special or happening.. i would say the worse raya ever kot (jahat x?) hehe... agak bosan sikit tahun ni sebab makcik sefamily yg dok KL tu xblk beraya kt kampung tahun ni (balik kmpung mertua die) pastu kalo makcik yg dok oversea tu balik memang double meriah raya ku tahun nie macam tahun2 sudah...tapi tak mengapalah dah nasib badan ....

menu special kt kampung ku mase raya aritu ialah Rendang Itik... pelik lak.. gi raya umah orang pun dihidang ngn rendang itik tu... raya sebelum ni takde la pulok... aku yg dr xmkn (sebab cm seriau dgr prkataan itik tu) trus cm jadi kesukaan lak.. hahaha...

emm dah la malas nk membebel lebih2... marilah manatap sejenak wajah2 ceria di Hari Raya...


~ di pagi raya ~


~ sedongdong sedendang di pagi raya ~


~ lihat pinggangku ramping tak?



p/s ~ hihihi laaa jngan lak termuntah tgk posing gedik lagi perasan tersebut.... ok bai