Followers

Wednesday, 21 January 2015

Nama Panggilan

leya | 01:36 |
Assalamualaikum...
Entry pertama di tahun baru hehe ;)
 
Mesti semua orang ada nama panggilan, samaran mahupun nama manja giteww kan??
Entry kali ni pasal tetiba teringat kat jiran2 lama masa duduk kat Seksyen 18 Shah Alam kat flat PKNS tu (ohhh memory nyeee sob sob...). Lama kot aku n family duduk situ since aku lahir sampai umur 23 (sekarang dah tua)...
Wokey2 aku nak citer pasal nama panggilan or mungkin nama samaran kami jiran2 di flat blok 12 tersebut. Kadang2 bila ingat balik mcm kelakar pulak nama sebenar lain nama panggilan lain...masalahnye lain bebenor...hehe
Dimulakan dengan Pakcik kat tingkat 2 tu nama panggilan dia Pakcik Usop, so ingatkan nama standard la kan untuk Yusof. Tapi nama sebenar beliau Sakarani. Erkkk lain bukan? We all takde idea langsung mcamane boleh dapat nama Usop tu haha...Okay tu ayah ni anaknye pulak...dok panggil selalu dengan nama Iwan tapi nama sebenar dia Khairul hehe...masa kecik2 dulu main sama2 takde la plak terdetik nak tanya nama sebenar seperti yg tertera dalam surat beranak ke kan...
Wokey kite beralih ke tingkat 3 plak...nama panggilan dia pun Iwan jugak sama dengan yg jiran tingkat 2 tadi...tapi nama sebenar dia Hafizan hehe...tengah top agaknye kot nama Iwan time tu..kalau nak bercakap or mentioned pasal diorang just stated as Iwan tingkat 2 or Iwan tingkat 3 hehe...another thing nama ayah dia pun Usop jugak tapi Alhamdulillah itu nama sebenar dia (Yusof) hehe..
Wokey seterusnye ke tingkat 4 plak (family aku...!). Ni kakak2 aku la ni. Nama panggilan kakak aku yg sulong Ita, nama sebenar Nordaiyana hahaha. Mak aku cakap mula2 nak bagi nama kakak aku tu Anita tapi last2 kasi nama lain plak..tapi masalahnye mcamne plak boleh tersebar nama xjadi tu ke pelosok flat blok 12 tu? hahaha adoii kelako2. Kakak no2 aku plak nama panggilan dia Emy tapi nama sebenar dia Nastrah hahaha...(garuk2 kepala)..
Kadang2 bila dah terbiasa dengan nama2 panggilan ni sampai terlupa or tak tahu langsung nama sebenar kan...macam Iwan yg tingkat 3 tu aku tahu nama sebenar dia pun melalui majalah sekolah sebab dia pengawas. Kalau x sampai kesudah tak tahu hahaha..
Tapi nama2 panggilan ni memang memory n kenangan sangat2 sebab bila terjumpa semula (sebab masing2 ada yg berpindah n dah kawen), kita akan panggil balik dengan nama panggilan lama tu kan.
Lagipun nama panggilan tu pun popular kat jiran2 situ je la..kawan2 diorang mungkin panggil dengan nama betul. Nasib baik aku takde nama panggilan yg lain dari bunyi nama sebenar hehehe...
Korang2 ada ke nama panggilan yg lain ni?
 
Wokeyy that's it for today...xoxo
 

Monday, 29 December 2014

TSUNAMI : Selepas 10 Tahun (Aceh)

leya | 14:30 |

 
 
 
Alhamdulillah keadaan di Aceh sudah kembali kepada sedia kala walaupun mungkin tidak sama seperti 10 tahun dulu...semoga hidup mereka di sana diberkati Allah SWT...
Tidak lupa juga kepada mangsa2 banjir yg sedang melanda negara ketika ini, diharap tabah menghadapi dugaan besar ini dan semoga Allah SWT mendengar rintihan dan doa kami seluruh rakyat di segenap pelusuk negeri untuk keluarga, saudara mara dan sahabat handai disana..Amin.............
 

Saturday, 6 December 2014

Rumah Fairy Tale

leya | 01:45 |

woot woot...ehehehe
 
Cantik, ohsem dan comey giler rumah ni...memang seolah berada di alam dongeng macam Cinderella. meh usha...
 
Rumah ni rumah pengurus bola sepak Terengganu, Cikgu Marzuki yg terletak di Setiu Terengganu.


RUMAH FAIRY TALE MILIK CIKGU MARZUKI DI TERENGGANU

RUMAH FAIRY TALE MILIK CIKGU MARZUKI DI TERENGGANU

RUMAH FAIRY TALE MILIK CIKGU MARZUKI DI TERENGGANU



RUMAH FAIRY TALE MILIK CIKGU MARZUKI DI TERENGGANU
RUMAH FAIRY TALE MILIK CIKGU MARZUKI DI TERENGGANU

RUMAH FAIRY TALE MILIK CIKGU MARZUKI DI TERENGGANU
 
Mesti request dari anak kesayangan le tuh...
lepak rumah je pun takpe tak payah keluar haha...
 
 

Monday, 16 June 2014

Dubai dulu dan kini

leya | 12:46 |

Dubai 1991

Dubai 2005

Dubai 2012

Dubai 2013

Saturday, 4 January 2014

Artis muda berhijrah..

leya | 17:57 |

Semenjak 2menjak ni dah makin ramai n bertambah artis perempuan kt Malaysia ni yg berhijrah dari free hair kepada bertudung litup. Sangat sweet n gojes je mereka2 ni bila mengenakan tudung or shawls dan berfesyen muslimah. Admired them a lot. Paling ketara dgn perubahan yg drastik mcm Wardina, Irma Hasmie, Catriona Ross, Yatt Hamzah, Siti Nordiana, Farah Ashikin, Diana Amir, Shila Amzah, Abby Abadi, Memey dan Puteri Sarah. Sebelum berhijrah mereka2 ni memang berpakaian agak seksi dan adakalanya menjolok mata. Selepas berhijrah ni mereka memang betul2 berpakaian mengikut syariat islam iaitu berjubah ataupun berbaju loose dan diserikan dgn tudung or shawls yg menutup dada dan dipakai sopan sekali. Thumbs up utk mereka semua. 

Tapi adakalanya aku tak paham kenapa ada artis yg memang diawal kemunculan mereka memang dah bertudung litup tetapi ada sesuatu yg mengganggu imej mereka seperti Bienda dan Fida Ibrahim. Dgn mekap yg tebal dan kening yg ketara dicukur dan dilukis, imej Bienda nampak teruk sangat. Fesyen yg dikenakan pun agak heavy sgt nampak messy sana sini ditambah dgn pemakaian contact lense berbagai warna. Mcm Wardina yg aku perasan masa awal2 berhijah kening dia memang dicukur la tapi tak lama lepas tu kening dia dah tumbuh lebat dan dia hanya membiarkan saja. Mcm si Fida ni plak kadang2 dia pakai baju ketat pastu tak tutup dada. Alasannya dia hanya mengikut tuntutan pereka fesyen dan menjadi model utk produk sliming. Walllahualam.....




fida

Semoga mereka berdua mendapat hidayah utk membezakan antara tuntutan syariat dan tuntutan manusia mana satu lebih penting dan harus diutamakan...amin

Wassalam...............

Monday, 23 December 2013

Pasangan wajah seiras

leya | 13:22 |

Recently ramai betol artis2 kt malaysia ni yg berkahwin kan..eloklah umur pun dah meningkat lagipun tak manis kawan lama2 nanti macam2 citer kluar...yg menariknya pasangan artis yg berkahwin ni memang ada wajah seiras sesama mereka..sangat ohsem + cute je bila nengok nye hihihi...antara yg dimaksudkan adalah seperti berikut...check them out yaww..:

1) Fouziah Gouse dan suami
mereka mempunyai senyuman yg sama...gigi sama cantik sama putih hehe...

2) Fizo Omar dan isteri

3) Jovian Mandagie dan isteri
muka Jovian ni ada sikit ala2 Dafi adik si Nina ni hahaha

Suratan atau kebetulan...namun inilah yg dinamakan jodoh.
Pray for their happiness and live happily ever after..

Tuesday, 29 October 2013

Sukanya Majlis Diana Amir...

leya | 13:38 |

Hi uoollss...main suka hati aku je masa bila nak update blog goblog aku ni kan..kasihan samanya....
Update ni pun sebab suka sangat nengok majlis nikah Diana Amir aritu. Sangat sweet, simple, sempurna, nice n sejuk mata memandang. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua la kan klise perumpamaan. Diana cantik, si suami pula tampan memang sweet sangat. Baju pun cantik, tak overdress sangat macam Che'Ta tu. Cakap pasal Che'Ta ni aku memang cukup tak berkenan dengan majlis dia aritu. Sangat over dari segala aspek. Dress over, make up over, baju ketat macam sarung nangka nak nampak kan sangat body shape dia tu konon masih bergetah. Majlis merisik dia aritu punyalah over sampaikan orang ingat majlis bertunang or nikah ke, padahal cuma merisik je oiii....sungguh tak berkenan aku, sangat menjengkelkan. Tak sedar ke diri tu dah tua, anak dah besar panjang. Pre wedding dia lagila overdressed. sampai kain terbelah. Tak dapat nak bayangkan macamana majlis kawin dia nanti. Tengok macam Diana Amir, tunang pun senyap-senyap je, tup2 dah kawin dah. Kawin pun dulang hantaran 3 je. Ikut sunnah katanya dan ikut mana yg wajib je. That's so nice and cool and i was thinking to make my majlis one day as nice + perfect but simple just like Diana's. Ohooiiii admire nye wedding ceremony diorang..! 
Jomla saksikan gambar-gambar majlis beliau yg super duper sweet. Oh ya suami Diana ni budak sekolah aku dulu kat sek ren sek 18 shah alam uoollsss....1 kelas masa darjah 4 kih3...aku admire kat beliau masa sekolah rendah dulu tu hahaha....beliau ada kembar actually..nice kan?


gambar nikah diana amir dan habib

gambar nikah diana amir dan habib

gambar nikah diana amir dan habib

gambar nikah diana amir dan habib

gambar nikah diana amir dan habib

gambar nikah diana amir dan habib

gambar nikah diana amir dan habib

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian....