Followers
Wednesday, 4 January 2012
Tuesday, 3 January 2012
Dapat tengok jugak akhirnya...
leya | 17:07 |
Hahaha akhirnya dapat jugak la tengok filem melayu cinta terbaik abad ini katenye, tak lain tak bukan 'OMBAK RINDU'...tengok pon pakai Astro First je, tengok sampai muntah untuk dua hari. For me cite ni BIASA je..tak de yg menarik perhatian sangat pun..even air mati pon tak kluar2 walaupun sangat berharap ianya terjadi huhuhuhu...cite die terlalu slow dan agak boring..dan banyak gak la part2 yg tak masuk akal...
Paling leya benci dan menyampah watak Lisa (Mila Emilya), bukan wataknya tapi si pelaku watak tersebut..lisa la kan sape lagi..die terlalu banyak menjerit sampaikan tak faham langsung apa yg dia cakapkan sepanjang die menengking mcm meroyan tu...memang nampak yg lisa sedaya upaya nak hidupkan watak perempuan kaya yg sombong tapi resultnya ZERO...naik menyampah cara die bawak watak tu..lebih suka or prefer lisa bawak watak kelaka kot kan mcm 'tudung express' tu..serius memang bosan cite ni sampai menguap 2,3x gak la...nasib baikla tak tengok kt wayang kalo tak confirm tido...pelik pulak bile ade orang yg tengok sampai 2,3x dan sampai mengalirkan air mata...ke leya yg tak de perasaan? hati kering kah? hahaha..
Maaflah kepada penggemar or peminat Ombak Rindu ye...bukan nak kutuk ke ape ke cuma komen saje sebagai renungan bersama...tapi kalo kite perhatikan btol2 ade diantara babak2 yg tak berapa logik sikit la psal Maya Karin aka Izzah ni...antaranya ialah:
1) time Izzah kt umah Haris mlm tu sblm dorang nikah, Izzah mcm pakai baju ketat (inner) yg slalu kite pmpuan bertudung pkai tu kalo pkai short sleves tu kan..dahla pakai kain batik memang la sexy kan...dalam cite ni die kan ala2 pmpuan islamic, ajar mengaji lagi plak..tak logik utk dia pakai mcm tu...
2) lepas dah kawen, ade babak Izzah tgh sidai kain sambil berkemban?? hanya tutup dengan towel aje..memang tak logik as a wanita islamic mcm dia tu...even leya yg biasa ni pon akan lengkap berbaju kalo nk sidai kain baju..kalo orang nampak mcm mana? ish ish ish
apa pun rumah ibu Hariz tu memang terbaik...sangatla cantiknya pemandangan...rumah org kaya di kelilingi sawah padi..angin sepoi2 bahasa...
p/s ~ okla ye komen peribadi je ni...sory le kalo nampak mcm bagus je ye..xde niat pun hehehe..peace
Friday, 30 December 2011
Eskelator gergasi
leya | 13:01 |
Di kawasan pedalaman Colombia, sebuah eskelator gergasi telah dibina bagi kemudahan 12,000 orang penduduk di kawasan tersebut yg merupakan kawasan kedua termiskin di negara itu. Ianya dibina bagi menolong penduduk disini yg perlu menaiki kawasan bukit setinggi kira-kira bangunan 28 tingkat (uuii dasyattt..). Dengan adanya eskelator ini, penduduk disini boleh turun ke pekan dengan hanya dalam masa 5-6minit sahaja berbanding sebelum ini yang memakan masa hampir 35minit (turun bukit cara manual..pkai kaki daaa..). Eskelator ni depecahkan kepada 6 seksyen supaya penduduk dari setiap bahagian dari kampung boleh menaiki eskelator dengan senang. Jom usha gambar eskelator tersebut..:
kemain santai kome berdua ye...
uiii dasyat dorang ni kat celah bedah atas bukit mane tah boleh gak buat penempatan gak ek...tapi ada 1 kemusykilan kat kepala ni...benda alah ni kan ke pakai elektrik kan?? nampak kat gambar memang tak ada bumbung kan? then kalau hujan, petir, ribut dan seangkatan dengannya macam mana?? tak ke merbahayakan nyawa dan keselamatan gak tu?? ishhh..
Thursday, 29 December 2011
Fakta Bangang...
leya | 16:06 |
@ Aurat dan urat adalah dua benda yg berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yg mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
@ Kuih tat enak dimakan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya cuba kira..satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
@ Kondominium tidak ada kene mengene dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
@ Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kene cabai, cubalah cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
@ Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yg makan duit rakyat mendapat sanjungan.
@ Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa Kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?".
@ Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
@ Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
@ Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi Pop Yeh Yeh L.Ramli mungkin pernah dapat Lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat Lesen A sebab tak ada.
@ Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.
(Mesej berunsur dakwah. Sila insaf)
Thursday, 15 December 2011
Sayang kereta basuh basuhkan...
leya | 16:27 |
Ntah kenapala anak dara sorang dibelenggu kemalasan yg teramat sangat...bawak kehulu kehilir je tau tapi jaganya xtau pun...yg tau bila masa nak ke pam stesyen utk isi minyak..hal-hal lain emmm hampeh..
Ni la kete bibah kesayangan hamba ni kemain pemalas btol nak basuhkan beliau..merata-rata najis burung sana sini pun tak diendahkan..ape kejadahnya kemalasan ku ini?? sampai ayah pun tegur "tak ada niat ke nak membasuh bibah ekau ni ha?" perghh 'niat'? hehehe btol2 mendalam maksudnya tu..pernah sekali sampai ayah sendiri yg tolong bersihkan segala najis burung yg tanpa segan silu membuang ke atas bibahku..takut lama-lama jadi berkarat kete ko katenye...dalam hati memang selalu pasang niat yg setiap ujung minggu akan basuh bibah nie...tapi dari minggu ke minggu sampai dah nak masuk bulan baru pun tak jugak dibasuhnya bibah tu...hanya sekadar lap-lap je..tu baru bahagian luar belum masuk bab kt dalam kete g..hahaha..memang kalo tengok karpet alas kaki tu memang la byk habuk batu2 kecik sume tu..memang malas btol nak kibas-kibaskan alas kaki tu bagi buang habuk sampah sume adoiyaii...kadang-kadang agak segan + malu gak la kalo kawan2 or member opis yg tumpang naik skali..mesti dorang ckp mcm2 punye la...huh tu la puncanya pun dari diri sendiri gak kan..sape suruh pemalas yg amat...okla2 mulai saat ni ataupun emm start tahun depan la ek (kira azam tahun baru gak tu) akan ku rajinkan diriku ini untuk membasuh dan membersihkan kete bibah kesayangan hamba tersebut...kesayangan 1 family gak tu almaklum tomey hahaha...
p/s ~ nak anginkan tayar pun malas gak ni camne??
Friday, 9 December 2011
~Mat Rempit Sempit
leya | 12:25 |
Diserang dan disamun oleh bukan sorang,bukan 2orang mahupun 3orang tapi 10orang Mat Rempit amatlah menakutkan dan merisaukan...dorang ni memang dah tak ade keje..tu je la keje yg mampu dorang buat merempit buang masa pastu merompak menyamun tak tentu pasal..memang what the frog dorang nie...tak tau dah nak kate ape..macam tuuuuttttttt....kt jalan raya kemain berlagak press motor kuat2 konon nak bgtau yg die tu mat rempit sejati..ade aku kesah! pastu dorang ni kalo dengan geng boleh la berlagak konon bagus dah merempit ramai2,ragut sana,samun sini..cuba bt sorang2 tengok? 10 lawan 1 memang la dorang menang..bukan menang lagi dah memang berjaya success btol tu..cuba bt kje merempit,merompak,meragut,menyamun sume sorang2..boleh? dahla kurang wangi,kurang ilmu,kurang akal pendek kate memang serba kekurangan la dorang sume nie..hidup nak menyusahkan orang je..tak fikir ke perasaan orang lain? kalo ye pun fikirla perasaan family dorang terutama mak bapak dorang..tak ke kecewa + sedih kalau tau perangai n kegiatan tak bermoral dan tak berperi kemanusian anak2 dorang ni...mat2 rempit ni pun menyamun ramai2 sebab nak kaburkan mate si mangsa..bila dah ramai sangat kite pun jadi mcm blur mana 1 or mcmana nak buat report kt polis..kalo 1,2 motor boleh kan nak amik no plat moto ke atau nak cam gaya sememeh dorang tu..tapi kalo dah sampai 10org ape bole buat...cuma harapla kt dorang ni janganla cederakan mangsa2 yg dorang samun tu karang berganda2 plak dosa kalau si mangsa tu meninggal..
mintak dijauhkan dari disamun atau terserempak dgn mat2 rempit lahabau nie..amin..^^
p/s~ camane la nak hapuskan mat rempit nie? nak sumpit dorang sekor2 bole?
Monday, 5 December 2011
Chill yawww...
leya | 12:00 |
Mari kenali Pak Pandir....
erk..ni popeye
* Dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
* Dia fax surat dengan stem diatasnya.
* Cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* Cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* Study hard untuk ujian darah.
* Tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* Fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* Vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* Mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
* Dia fax surat dengan stem diatasnya.
* Cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* Cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* Study hard untuk ujian darah.
* Tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* Fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* Vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* Mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
Subscribe to:
Posts (Atom)








