Followers

Tuesday, 9 August 2011

Ciri-ciri LELAKI idaman WANITA

leya | 16:41 |

1) Sabar

Lelaki yang panas baran, ringan mulut mengeluarkan kata-kata kasar dan kurang manis mudah mencalarkan jiwa lembut wanita. Mereka yang sabar dalam menghadapi sebarang keadaan dan sentiasa tenang menimbulkan rasa kagum wanita pada lelaki begini.

2) Cekap

Sentiasa teratur dan cekap dalam setiap tugasan bukan sahaja ciri-ciri wanita tetapi ia juga menjadi tarikan untuk lelaki. Kecekapan menggambarkan nilai dirinya yang siap sedia, terancang dan tidak kelam - kabut. Bagi wanita yang dapat mendampingi lelaki begini adalah bonus untuknya


3) Penyayang

Berjiwa penyayang adalah kecenderungan melindungi diri dan orang lain daripada perkara yang tidak disukainya. Wanita dapat merasai kasih sayang yang lahir daripada jiwa lelaki yang menghormati ibu bapa dan orang lain. Selain itu lelaki yang melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan memerlukan perasaan penyayang untuk mendekati orang lain.

4) Mudah Mesra

Sikap lelaki yang mudah mesra membuatkan wanita mudah mendampinginya dan cuba mengenalinya dengan lebih dekat. Sikap serius dengan wajah tanpa senyuman hanya menjarakkan mereka.

5) Tegas

Ketegasan tidak bermaksud menyatakan sesuatu dengan suara yang lantang ataupun meninggi. Jauh sekali menggambarkan sifat orang yang degil dan tidak mahu beralah. Ketegasan yang membuatkan wanita cenderung kepada lelaki adalah ketegasan berasas, tidak mudah goyah, tetap pendirian dan jelas dengan apa yang dipegangnya.

6) Beragama

Lelaki mencari wanita beragama supaya mudah baginya menjaga dirinya semasa berjauhan. Wanita cenderung kepada lelaki yang mempunyai agama sebagai pembimbing. Bukti mudah kita dapat selak mana-mana akhbar dan majalah hiburan, apabila ditanya lelaki bagaimana yang diingini. Jawapannya pasti yang beriman dan ada didikan agama.

7) Peka

Wanita mudah terpaut pada lelaki yang peka dengan keadaanya, baik dalam keadaan ceria ataupun sebaliknya. Apabila lelaki dapat mengesan perbezaan emosi yang dialami oleh wanita, dia adalah seorang yang peka dengan keadaan. Ditambah lagi dengan sikap suka mendengar dan memberi pandangan membuatkan wanita itu berminat mendekatinya.

8) Kemas

Kekemasan dengan sedikit wangian ringan yang menyegarkan antara perkara awal yang menarik pandangan wanita, sesuai dengan fitrahnya suka melihat sesuatu yang bersih dan menarik. Bermula daripada kekemasan yang terpamer pada fizikal lelaki ia membawa kepada kecenderungan-kecenderungan lain selepasnya. Keadaan selekeh hanya memberi perspektif negative wanita padanya.

9) Jelas Pemikirannya

Lelaki yang keliru dan tidak jelas latar belakang hidupnya mudah ditolak oleh wanita. Tidak selamat bagi wanita apabila berhadapan dengan orang yang begini. Banyak perkara yang diragukan berkaitan dengan lelaki begini dan hanya menimbulkan kecurigaan pada wanita.



Monday, 8 August 2011

Raya & Shopping

leya | 13:09 |


salam..hai semua..kejap  je dah 8 hari kite berpuasa kan kan kan? lagi 22 hari lagi kite nak sambut raya heeee =)

asal nak raya je shopping, asal shopping je nak raya..selagi blom tiba nye hari raya shopping, shopping dan shopping...baru day 1 dah pasang lagu raya kt sekitar mall2 yg menjual persiapan raya...dari atas kepala sampai ke hujung kaki, serba serbi dijual...dari situ kite dapat lihat berduyun duyun umat manusia berlumba lumba nak cari baju2 kurung, baju melayu, tudung, slendang, songkok, capal, samping, tak lupa juga butang baju melayu baru nampak smart tidak karang akan nampak semak je di pagi raya nanti...

macam2 jenis dan ragam manusia dapat dilihat sepanjang proses beli belah berlaku..umat manusia dari sekecil2 bayi sampaila ke atuk nenek ligat mencari pakaian yg sesuai utk dipakai nanti...dari ruang legar mall yg selama ini kosong kini penuh dibuka dgn bazar2 baju kurung dan baju2 yg lain..cuba saksikan..



yg mane satu baju yg mane satu org pon aku x pasti...

kalau nak cari mak atau anak yg hilang sila tinjau dari tngkat atas pasti jumpa...




kalau aku tetibe sawan nak g interview sorg mahluk yg tengah syok membeli belah ni jawapan common n klise la slalu : "yerla raya setahun sekali je kan..nak gak merase pkai baju baru..." eleh tak raya pon dok beli baju baru gak kan? jangan nak tipu...
tapi tu la mungkin suasana nye yg berbeza...bershopping pada hari biasa dan bershopping pada hari menjelangnya hari raya...jangan ade yg dok usha baju smpai tak perasan dh waktu berbuka sudah la ye...
kronik namenye tu tak pon sawan shopping...

paling tak suke bile tetibe ade announcement "sesiapa yg ada kehilangan anak, seorg lelaki berkaki ayam bersluar yengki dan berjambul di depan sila mengaku..jika tidak kami akan jual.."
menangis meraung la budak tu dok cari mak ayah die yg hilang...tapi mak ayah die cari die tak? hehe...
okla kalo nak shopping tu berpada2 la ye..jangan boros sgt..kuih raya jgn lupe usha skali k...


p/s ~ tak sabau nak pasang lampu lip lap lip lap mengerlip....pom pom kebaboomm..! kalo umur cm aku nak main bunga api bole tak? bole punyeeeee...^^


Friday, 5 August 2011

Ally Iskandar pulak..

leya | 10:42 |
salam..selamat 5 Ramadhan semua...

...dah musim org putus tunang agaknya la kan..aritu Apek ngan Elia, yg terbaru ni Ally Iskandar ngn tunang die naib juara Gadis Melayu tu, Aishah Zainal...diorang putus 30 July aritu, nasib baik sebelum puasa kan..
Ally ni ckp tiada keserasian antara mereka berdua sepanjang pertunangan mereka..kalo tak, ujung tahun ni diorang nk diikat sebagai suami isteri...dah cuba sedaya upaya tapi still xdpt penyelesaian, so result nya putuskan pertunangan...

Ally Iskandar Tunang dengan Aishah Zainal


emm kite ni hanya merancang Allah yg menentukan..mungkin dah bukan jodoh kan...elokla putus kalo dah tau dri awl psangan masing2 camne kan dari lepas dah kawen baru nk salahkan antara satu sama lain...tak pe abg Ally, sayer kan ade heeee =)

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” kata Ally Iskandar kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.



Thursday, 4 August 2011

~10 sifat WANITA yg disukai LELAKI~

leya | 12:09 |
1. Sifat Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. (check ^^)

2. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah. (check ^^ - almaklum anak bongsu)

3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. (kadang2 je tak...heee)

4. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. (check ^^)

5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?? (check ^^)

6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. (check ^^)

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. (yg baru2 kenal agak kekok skit nak sesuaikan diri,lame2 Insyaallah ok...^^)

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. (check ^^)

9. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona. (check ^^)

10. Solehah

Lelaki juga suka pada wanita yang solehah (islamic) dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan-tuntuan syarak. (check ^^)


Kartun+wanita+solehah


p/s ~ poyo la pulak sume nye check bagai hehe...ape pon wanita yg sempurna di mata lelaki belum tentu sempurna di mata/sisi Allah SWT....

Wednesday, 3 August 2011

kiutnye...^-^

leya | 13:34 |

Apam Polka Dot ^-^

 






when anger controls your emotion

leya | 10:32 |

salam..hai selamat hari ke-3 Ramadhan semua...

nak mngeluh dulu..haihhhhhh..ok semenjak 2menjak nie emosi aku ni asik xmenentu aje..skejap2 aku mnjadi seorg yg ceria dan kecoh..skejap2 plak aku menjadi seorg yg garang dan temper (bukan tempe ye...)...so aku membuat kesimpulan bahawa masenye akan tiba..ehem..

Go to fullsize image

agak kasihan yg menjadi mngsa aku pabila temper telah bermaharajalela dlm diri ini...yg selalu jdi mngsa ialah of cos org terdekat, family dan boyfie sndiri..betapa kejamnye aku menengking dan memarahi mereka semua..ohh jahatnya..betapa lemah iman aku bila diuji dengan ujian Allah lebih2 lagi di bulan yg mulia nie..aku tak dapat mengawal emosi sendiri smpai sanggup menjadikan org lain sbgai mngsa..org2 tersayang plak tu...

ape pun itu bukanla emosi aku yg sebenar...mngkin bila 'benda' tu nak jadi so automatically emotion pon jadi tak betol...
nasib baik en.boyfie sudah bagi kate2 nasihat dan saranan so aku pun mula tersedar...turun bawah bersama family semula dan mula menceriakan kembali suasana yg suram tadi..nasib baik mereka memahami..ohh jahatnya aku..utk en.boyfie pun dah say sorry to him..



lepas ni aku harap emosi jahat tu tidak mnguasai diri aku lagi dan aku harap aku dpt mengawalnya...

p/s ~ when anger controls your emotion, silent is the best medicine....^_^ 



Monday, 1 August 2011

Happy Ramadhan...

leya | 17:10 |
Bulan Ramadhan adalah:

a. Bulan yang penuh Barakah.
b. Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
c. Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
d. Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
e. Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri.


ADAB-ADAB DALAM PUASA RAMADHAN

1. Berbuka SECEPATNYA apabila sudah masuk waktu Maghrib.Sunnah berbuka adalah sbb :
a. Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti rutob (kurma muda), kurma dan air saja, setelah itu baru melaksanakan shalat.
b. Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan shalat dahulu.
c. Setelah berbuka berdo'a dengan do'a sbb : Artinya : "Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah."

2. Makan sahur. Adab-adab sahur :

a. Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh.
b. Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Shubuh.


3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-qur'an

4. Menegakkan solat malam/solat Tarawih dengan berjama'ah. Dan solat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadhan). Cara shalat Tarawih adalah :
a. Dengan berjama'ah.

b. Salam tiap dua raka'at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka'at dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga raka'at.
c. Dibuka dengan dua raka'at yang ringan.
d. Bacaan dalam witir : Raka'at pertama : Sabihisma Rabbika. Roka't kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka'at ketiga : Qulhuwallahu ahad.
e. Membaca do'a qunut dalam shalat witir.


5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.


6. Mengerjakan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir.

7. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.