Followers

Wednesday, 21 January 2015

Nama Panggilan

leya | 01:36 |
Assalamualaikum...
Entry pertama di tahun baru hehe ;)
 
Mesti semua orang ada nama panggilan, samaran mahupun nama manja giteww kan??
Entry kali ni pasal tetiba teringat kat jiran2 lama masa duduk kat Seksyen 18 Shah Alam kat flat PKNS tu (ohhh memory nyeee sob sob...). Lama kot aku n family duduk situ since aku lahir sampai umur 23 (sekarang dah tua)...
Wokey2 aku nak citer pasal nama panggilan or mungkin nama samaran kami jiran2 di flat blok 12 tersebut. Kadang2 bila ingat balik mcm kelakar pulak nama sebenar lain nama panggilan lain...masalahnye lain bebenor...hehe
Dimulakan dengan Pakcik kat tingkat 2 tu nama panggilan dia Pakcik Usop, so ingatkan nama standard la kan untuk Yusof. Tapi nama sebenar beliau Sakarani. Erkkk lain bukan? We all takde idea langsung mcamane boleh dapat nama Usop tu haha...Okay tu ayah ni anaknye pulak...dok panggil selalu dengan nama Iwan tapi nama sebenar dia Khairul hehe...masa kecik2 dulu main sama2 takde la plak terdetik nak tanya nama sebenar seperti yg tertera dalam surat beranak ke kan...
Wokey kite beralih ke tingkat 3 plak...nama panggilan dia pun Iwan jugak sama dengan yg jiran tingkat 2 tadi...tapi nama sebenar dia Hafizan hehe...tengah top agaknye kot nama Iwan time tu..kalau nak bercakap or mentioned pasal diorang just stated as Iwan tingkat 2 or Iwan tingkat 3 hehe...another thing nama ayah dia pun Usop jugak tapi Alhamdulillah itu nama sebenar dia (Yusof) hehe..
Wokey seterusnye ke tingkat 4 plak (family aku...!). Ni kakak2 aku la ni. Nama panggilan kakak aku yg sulong Ita, nama sebenar Nordaiyana hahaha. Mak aku cakap mula2 nak bagi nama kakak aku tu Anita tapi last2 kasi nama lain plak..tapi masalahnye mcamne plak boleh tersebar nama xjadi tu ke pelosok flat blok 12 tu? hahaha adoii kelako2. Kakak no2 aku plak nama panggilan dia Emy tapi nama sebenar dia Nastrah hahaha...(garuk2 kepala)..
Kadang2 bila dah terbiasa dengan nama2 panggilan ni sampai terlupa or tak tahu langsung nama sebenar kan...macam Iwan yg tingkat 3 tu aku tahu nama sebenar dia pun melalui majalah sekolah sebab dia pengawas. Kalau x sampai kesudah tak tahu hahaha..
Tapi nama2 panggilan ni memang memory n kenangan sangat2 sebab bila terjumpa semula (sebab masing2 ada yg berpindah n dah kawen), kita akan panggil balik dengan nama panggilan lama tu kan.
Lagipun nama panggilan tu pun popular kat jiran2 situ je la..kawan2 diorang mungkin panggil dengan nama betul. Nasib baik aku takde nama panggilan yg lain dari bunyi nama sebenar hehehe...
Korang2 ada ke nama panggilan yg lain ni?
 
Wokeyy that's it for today...xoxo
 

No comments: