Followers

Thursday, 29 December 2011

Fakta Bangang...

leya | 16:06 |

@ Aurat dan urat adalah dua benda yg berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yg mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah  kawasan.

@ Kuih tat enak dimakan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya cuba kira..satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

@ Kondominium tidak ada kene mengene dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

@ Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kene cabai, cubalah cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

@ Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yg makan duit rakyat mendapat sanjungan.

@ Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa Kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?".

@ Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

@ Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

@ Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi Pop Yeh Yeh L.Ramli mungkin pernah dapat Lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat Lesen A sebab tak ada.

@ Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.
 (Mesej berunsur dakwah. Sila insaf)


3 comments:

cx's said...

thumbs up! :) like it.

SimplySeoul said...

hahaha nice one

Cikpuan rara said...

hahahahhaha yg num 1 tu tak leh blah.