Followers

Thursday, 24 November 2011

Tak pasal pasal....

leya | 12:43 |
Kisahnya hari sabtu yg lepas Leya pegi ke majlis kawen kawan skolah dlu kt dewan..so haruslah kt luar dewan kiri kanan jalan penuh sesak dgn kenderaan yg parking kan...kiranya 1 lane je la kenderaan yg boleh lalu, maka perlulah ada kesedaran civik + amalan bertolak ansur sesama pemandu dikala menempuh keadaan yg sukar mcm tu..

Nak dijadikan cite mase nak balik dari majlis bertembungla dgn kereta dari arah bertentangan..kiri kanan ada kereta, depan ada kereta, belakang pn ada kereta gk tggu turn nak jalan...means Leya dah stuck kt tengah2 kawasan sesak tu..kereta depan Leya dah berjaya menyelit kt tepi sebab ada space memang ngam untuk die...so nak tak nak Leya bagi lampu tinggi kt kereta bertentangan tu dan suruh die reverse sebab belakang die tak ada kereta dan ada space utk menyelit...tak nampak plak hamba Allah kt dalam kereta tu sebab cermin tinted...lepas dia reverse skit kereta depan Leya tadi pun bole kluar dan selamat dia mnempuh keadaan sesak tu...then Leya punya turn lak masuk kt space kereta depan tadi tu kan sebab nak bagi kereta bertentangan tu lalu...dengan tidak semena-mena nya kerete tu lepas lalu sebelah Leya die menjerit sekuat hati 'BODOHHHH...!!!' kt Leya..! what the....???!!! Ya Allah agak sentap kejap la kt situ sebab tak memasal LELAKI tu boleh menjerit cm orang gila kat PEREMPUAN?? tertekan sangat ke sebab perempuan bagi lampu tinggi n suruh die mengundur?? heloo aku bukan suruh ko reverse sesuka hati untuk kepentingan aku sorang je ok! kiri kanan aku kereta, blakang aku kereta gak ko cuba bgtau aku camane cara nya aku nk bergerak?? memang tak pakai otak btol mamat tuh! tak GENTLEMAN langsung ok jerit2 kt perempuan mcm orang gila?!


Nasib baik Leya tak pandang langsung muka mamat bedebah tu sebab tgh sebok meng'adjust' kereta nak bagi laluan kt dia (lagipun mmg dah dapat agak dah dari cara dia reverse tu die tengah dlm keadaan tak puas hati sebab tu tak nak pandang dia)...mak Leya kt sebelah la cite, muka mamat tu byk jerawat tak hensem n muka memang tengah menahan marah! memang Leya xpaham btol la ngan die dan sebab musabab yg dia nak naik angin sampai mcm tu skali...kalo ye pun tak puas hati, buat muka je la atau kasi hon skali...xperlu la ko nak menghambur perkataan yg bukan2 mcm tu, menjerit tak tentu pasal kt perempuan plak tu...kalo nak ikutkan kesentapan hati ni, memang sampai hari ni still terasa lagi ni..mana tak nya agak kuat la die jerit 'BODOH' tu...for sure orang sekeliling boleh dengar dengan jelas...hari tu memang 1hari mnyumpah kt dia biar dia dapat balasan dari Allah sebab menghambur kata hinaan kt kaum hawa yg lemah ni..Allah maha adil...^^

2 comments:

cik fadh said...

sabar la leya . manusia mmg mcm tu ..

leya said...

tula..geram + sentap tau..bayangkan kuat die jerit tu..Allah je yg tau prasaan ni...