Followers

Wednesday, 14 September 2011

~ sms ohh sms ~

leya | 14:54 |
Tadi kejap dok singgah menyinggah kat blog sini dan tertarik dgn post ni pasal 5 Dilema yg Dihadapi Pembaca SMS. Sedar tak sedar bole dikatakan setiap hari akan ade SMS cmtu yg kite terima dr kenalan2 kite... apakah ia? jom baca saje nak share ngn kamu orang... hihihik


Kebanyakan pembaca sms menyatakan bahawa mereka akan merasa gembira sekiranya menerima sms hahaha… Ini adalah kerana mereka merasakan si pemberi sms btol2 ikhlas ketawa ke atas jenaka yang mereka cuba sampaikan. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemberi sms mereka amat2 hargai. Bayangkan anda sedang cuba menyampaikan jenaka tetapi tidak mendapat respon yang diharapkan, pasti akan merasa sedih bukan ??. Begitulah juga dengan pembaca sms. Ia juga akan mempengaruhi mentaliti mereka untuk terus berjenaka dengan pemberi sms.
Perkataan hehe pula lebih menunjukkan perwatakan si pemberi sms. Ramai di antara pembaca sms yang setuju bahawa perkataan hehehe lebih menunjukkan perwatakan si pemberi sms yang comel. Pembaca sms juga tidak merasa meluat dengan perkataan ini. Perkataan ini juga amat disenangi oleh pembaca sms. Ianya lebih kepada komunikasi secara mudah tanpa melibatkan perasaan di antara pemberi atau penerima sms.
Untuk perkataan huhuhu pula, kebanyakan pembaca sms merasakan ia lebih bermaksud memerli mereka. Mereka akan merasakan pemberi sms tidak selesa keatas pendapat atau jenaka yang mereka cuba sampaikan. Ia juga akan mempengaruhi mereka untuk lebih berhati-hati apabila mahu memberi apa2 pandangan atau pendapat kepada si pemberi sms. Ini juga berkemungkinan menunjukkan bahawa pembaca dan pemberi sms adalah tidak sealiran.
lalala pula lebih kepada penonjolan perwatakan pemberi sms itu sendiri. Kebanyakan pembaca sms merasakan bahawa si pemberi sms cuba menunjukkan sikap dirinnya yang cool atau sambil lewa terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Pada kebiasaannya mereka akan merasakan sedikit meluat kepada pemberi sms yang cuba menunjuk cool. Tetapi ini tidak menjejaskan mereka untuk terus berkomunikasi kerana pembaca sms tidak terasa hati. Perkataan lalala lebih menjurus kepada syok sendiri pemberi sms daripada melibatkan soal perasaan di antara kedua-dua blah pihak.
Bagi sesetengah pembaca sms perkata hmm…. atau ermmm…. membawa maksud yang sama. Tetapi ada juga di antara pembaca sms menganggap mksud bagi kedua2 perkataan itu adalah berlainan. Bagi sesetengah pembaca sms, perkataan hmmm…. lebih kepada keluhan si pemberi sms.  Mereka merasakan si pemberi sms berkemungkinan mengeluh mengenai topik yang sedang dibincangkan. Perkataan ermmm… pula lebih kepada persetujuan terhadap pandangan atau pendapat yang diberikan. Pembaca sms juga lebih merasakan bahawa perkataan ermmmmm lebih menyenangkan hati mereka daripada perkataan hmmmm…….

~ ha cmne? terjawab ke persoalan yg tak dipersoalkan sgt? hehehe

3 comments:

SimplySeoul said...

Saya ingat huhuhu macam susah hati atau merajuk atau dilema gitu. Salah interpretation ardy.

ABU said...

aku suka hahahahahaha mnjukkan aku tenga gelak..dn mode ok..:D

leya said...

SimplySeoul: hehe ingtkan kalo mrajuk,susah hati xde bnyi lngsung..lain org lain la kot mkna disebaliknya kn? ^^

ABU: a'ah kn bile hahaha org pn tau kte tgh gembira n ceria :P