Followers

Tuesday, 13 September 2011

~ Demam panas 3hari..... meninggal

leya | 14:33 |
Demam berpanjangan selama 3hari berturut-turut, doktor sahkan kanak-kanak perempuan umur 3tahun meninggal dunia ....
Tu la dia demam ni pun kadang-kadang xboleh dibuat main atau dipandang ringan je terutama demam pada suhu yg sangat panas dan berpanjangan (kanak-kanak terutamanya).. silap haribulan boleh membawa maut macam kes budak ni.. mungkin ketahanan imunisasi dalam badan dia xkuat atau belum kuat nak lawan sakit... (suka ati aku jek cakap)
Kasihan dia baru 3tahun menjenguk dunia dan berkasih sayang dengan keluarga tercinta sudah diambil Allah.
Apa boleh buat Allah lebih sayangkan dia... budak perempuan ni anak sulung kepada pelakon dan bekas penyanyi, Safura Yaacob dan suami die pun pelakon gak, Sharonizam. Tak berapa cam? Lihat gambar


KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul Ghani
Arwah didukung ayahnya Sharonizam... Safura bersama anak kedua


Menurut Harian Metro, gambar ni diambil dalam bulan Ogos lepas untuk program Hari Raya.. alahai cepat masa berlalu, tak tersangka langsung yg dia akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya ....

“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.

“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.

6 comments:

SimplySeoul said...

Allah lebih sayang kan dia.

Noor said...

al fatihah buat arwah adik nie....

leya said...

yer Allah lbh sygkan dua...al-fatihah bt arwah moga aman disana

♡ a.y.u ♡ said...

al fatihah...sedih...die sangat comel..

leya said...

kan..Allah lbh sygkan die :(

ayu zan said...

menunggu mak ayah dia di syurga..