Followers

Thursday, 22 September 2011

5 Fesyen yg digemari wanita tapi tidak disukai lelaki

leya | 12:28 |
1) Cermin mata besar- Ramai wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar,mereka akan kelihatan lebih  mewah dan bergaya. Tetapi bagi lelaki, wanita yang gemarkan memakai cermin mata yang besar dan tidak sesuai dengan bentuk muka kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amat penting bagi seseorang wanita untuk memilih saiz dan bentuk cermin mata yang benar-benar sesuai dengan wajah mereka. (spek yg kecik tak rock arr..! hahaha..)

~ bukan saye

2) Bibir yang merah menyala- Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa mereka akan kelihatan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah. Tetapi lelaki tidak sukakan warna yang terlalu terang kerana mereka merasakan seolah-olah sedang bercakap dengan badut. Lelaki lebih sukakan kesederhanaan. Wanita harus lebih peka dalam pemilihan warna lipstick yang bersesuaian dengan kulit mereka. (penah buat time kanak2 jek baru comel tapi time besau ni xde makne le..senyuman yg manis jek dah cukup..cewahhh.!)

3) Bulu mata- Memang tidak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lebih cantik pada pandangan lelaki. Tetapi sekiranya bulu mata palsu yang terlalu panjang dan melentik digunakan, lelaki akan merasakan bulu mata yang dipakai oleh seseorang wanita itu kelihatan seperti bulu penyapu dirumahnya. Wanita dinasihatkan untuk tidak memilih bulu mata yang terlalu panjang. Lelaki lebih sukakan bulu mata yang asli berbanding bulu mata palsu. (alhamdulillah still pkai yg asli ngeee ^^)

4) Selipar/Kasut- Mungkin ada diantara sesetengah wanita lebih suka memakai selipar/kasut berbanding kasut tumit tinggi. Ini adalah kerana ianya lebih selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi. Pelbagai jenis selipar/kasut yang cantik-cantik boleh didapati di pasaran sekarang. Tetapi walau secantik manapun selipar/kasut yang di pakai oleh seseorang wanita, lelaki pasti lebih gemarkan wanita yang memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambahkan keayuan mereka. (yer saye suke pkai selipar baru bole jln lelaju tak gitu? kasut pun pkai jenis palm shoes jek..aku nk pakai high hills? jgn harap!)

5) Pakaian yang terlalu seksi- Seseorang wanita yang memakai pakaian terlalu seksi memang mendapat perhatian daripada lelaki.  Tetapi lelaki akan merasakan wanita yang seksi adalah seseorang yang kurang mendapat perhatian. Dan dengan pemakaian yang seksi mereka mendapat perhatian yang secukupnya. Tambahan lagi untuk lelaki yang bernafsu kuda. Wanita dinasihatkan untuk memakai pemakaian yang lebih tertutup untuk mengelakkan daripada perkara buruk menimpa diri mereka. (pakai baju kurung pun bole nampak seksi tau kalo kene ngn gayanya..tp sbgai muslimah kenela ada batas2 nya ye)


p/s ~ kalau kene pada keadaan,tempat dan masa xjadi msalah pun kalo nak praktikkan asalkan ada batasannya...kn?


3 comments:

ABU said...

ya..mmg betul tu...like entry ini..:)

ayu zan said...

stuju..

leya said...

ABU: hehe :)

ayu zan: bagusla gitu :)