Followers

Monday, 19 September 2011

4 Ketidaksempurnaan wanita yg disukai Lelaki

leya | 14:08 |
Setiap wanita didunia ini amat sukakan kecantikan. Apabila mereka merasakan bahawa mereka tidak cantik, pasti keyakinan diri mereka akan berkurang. Tetapi, ramai wanita yang tidak sedar bahawa ketidaksempurnaan mereka akan membuatkan mereka unik dan akan menjadi tarikan lelaki. Seharusnya, wanita tidak harus berasa rendah diri dengan ketidaksempurnaan yang mereka miliki. Ia adalah kerana ketidaksempurnaan mereka adalah perkara yang disukai lelaki.

(1) Berbadan gempal- Kebiasaannya wanita yang berbadan gempal ini akan kurang keyakinan diri. Mereka akan merasakan disebabkan faktor fizikal mereka yang kurang menarik akan menyebabkan mereka tidak disukai lelaki. Tetapi tahukah anda bahawa sebahagian besar lelaki lebih cenderung untuk memilih wanita yang berbadan gempal berbanding daripada yang berbadan kurus. Ini adalah kerana terdapat ramai lelaki yang sememangnya gemar terhadap wanita yang berbadan gempal dan ia merupakan tarikan utama untuk mereka.

(2) Payudara kecil- Adalah suatu perkara yang agak mustahil sekiranya dinyatakan lelaki tidak suka melihat payudara yang besar. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kebanyakan lelaki asia terutamanya, tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Mereka tidak kisah akan saiz payudara pasangan mereka. Selain daripada itu, ada juga sebahagian lelaki menyatakan wanita yang mempunyai payudara yang kecil adalah ciri wanita yang disukai mereka.

(3) Gigi jarang dihadapan- Gigi adalah merupakan aset penting untuk mencantikkan senyuman seseorang. Senyuman yang cantik pula adalah perkara yang sangat penting untuk wanita kerana ia merupakan tarikan utama terhadap mereka. Wanita yang mempunyai gigi jarang dihadapan juga perlu yakin dengan senyuman mereka. Ini kerana gigi anda yang jarang adalah perkara yang disukai lelaki. Bukan semua lelaki sukakan kesempurnaan. Ada juga lelaki yang memegang prinsip bahawa sekiranya fizikal seseorang wanita itu sempurna, ia bermakna tiada keunikan yang membuatkan mereka tertarik kepadanya. (gigi aku jarang kt depan sbb tu snyum kene cover skit hihihihik)

(4) Tahi lalat dibahagian muka- Adakah benar tahi lalat di bahagian muka akan memburukkan lagi wajah anda? Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Keunikan pada anda adalah perkara yang disukai lelaki. Tidak perlu anda berusaha untuk menjalani proses pembuangan tahi lalat kerana ia adalah merupakan tarikan dan identiti utama untuk diri anda. Tiada alasan mengapa anda perlu membuangnya. (tahi lalat kt muka cantik what..manis jek - sbb aku ade 3 tahi lalat kt muke ngeee)


p/s ~ ape pun kecantikan luaran belum tentu dapat menjamin kebahagian...^^

8 comments:

SimplySeoul said...

Saya insecure sebab berbadan rendah. hehe tapi tiada manusia sempurna kan.

leya said...

badan rendah ke pnjang ke yg pnting hati kene ikhlas kn? kn? hehe

acheeqa farhana said...

waa..nice entry..cntik luar takkan lama..yang penting hati..kan? :)

leya said...

yes syg..bersyukurla dgn ape yg Tuhan bagi yg pnting think positive :)

rara pinkmafia said...

tp rara suke breast kecik.hehehe.rara punye agak lah disukai,but menjadi perhatian.bencik lah.


ayat last tu btol =)

leya said...

opppss hehe..mnjadi prhatian utk bhgian tu pn kdg2 agk krg slesa kn2..tp ape pun yg pnting natural hehe..tahi lalat tu btol kn? rara nye kt dagu tu sweet tgk nmpak cun

Cahaya Fajar said...

sya punya tahi lalat kt bwh dagu and ats bibir..;D

leya said...

yeke? sweet tau..suke tgk org taik lalat kt dagu...kn cntik jek tahi lalat kt muke ape ade hal hihi :)