Followers

Monday, 6 June 2011

~Telefon di Butik RCW malatop! kebaboommm!!!

leya | 11:24 |

hahaha...xleh blah btol tjuknye ye..meh le usha bce jap ape jdi kt Butik Cik Ta ni...



View Image
ni la RCW...xkn la ko xknal kot...


Gara-gara mendapat panggilan yang tidak henti-henti, set telefon di butik pelakon Rozita Che Wan, My Couture Sdn Bhd di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, dekat sini “meletup” sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Kata Rozita, insiden tersebut berlaku setelah dia menghebahkan nombor telefon butik berkenaan di akhbar menyebabkan pihaknya mendapat panggilan telefon tanpa henti.

“Bayangkan, selepas artikel berkaitan butik saya keluar, telefon berbunyi sejak dari pagi hinggalah malam tanpa henti.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku letupan kecil pada set telefon itu sehingga menyebabkannya rosak. Saya bukan berseloroh, sebaliknya ia benar-benar berlaku,” katanya selepas melancarkan Jari Spa, di Wangsa Maju, di sini, Jumaat.

Tambah Rozita, selain menerima pelbagai tempahan pakaian, dia turut menerima panggilan palsu, malah ada yang menyamar kononnya pemanggil itu merupakan Datuk K (Datuk Khalid Mohd Jiwa) yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini,
Bagaimanapun, Rozita menganggap ia mungkin satu perkara normal sebagai seorang selebriti yang memulakan perniagaan.

“Alhamdulillah, setelah mendapat liputan di media, My Couture tidak henti-henti menerima panggilan tempahan pakaian.
“Saya sudah biasalah dengan panggilan-panggilan palsu kononnya ada yang menyamar sebagai Datuk itu dan ini, sampaikan nama Datuk K juga turut disebut. Apa-apa pun, perniagaan saya semakin berkembang sejak beroperasi pada Januari lalu,” tuturnya.

Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.
Orang ramai boleh melayari laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.


p/s ~ amboih kemain rmai le yg nk ngorat Cik Jan ni ye...cmne aku leh xtau die ade butik kt sek 23 tu...dpn umh aku plak tu...ni yg nk kne usha nie...bole aku letupkan skali...kte bako je..ngeh3



2 comments:

suha said...

haha kalo jmpe dia,kem salam tau (^_^)

erk nk bg pndapat sket neh..pe kata guna pop up window je tok komen hehe lg senang tau,xyah nk loading lagi..nnti tukar kat setiing-comment..2 pon kalo berminat nak tukar..word verification pon xyah la kot ye syg..btw,blog ni cntik,cute je..cik suha suke (^_^)

newat,tq sbb folow cik suha,kalo senang2 terjah la lg ye hehe

leya said...

ohoooo...trimas byk2 utk cdangan tu...really appreciate...hehe leya pn xtau sbenarnye psl tu...ok dh tkr setting dh ngeeee ;p